Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 22, 2011

#762 Me Vs Menanti Masa

Semalam lagi perut sebu. Nak tido pun tak selesa. Kejap rasa nak terjeluak. Kejap rasa kembung. Sangat stres mak buyung semalam. Nak mengiring tak kena. Nak terlentang pun tak kena jugak. Nak tertiarap manalah layak. Adoiii.... Seksanya... Petang kelmarin aku makan cekelat bittersweet Whittaker's tuh. Agaknya almonds dalam tu yang buat aku kekembungan sepanjang malam. *Menyesal makan.

Skang ni tiap kali aku mengadu tak sedap perut (aku tak cakap sakit perut), Puan Menteri merangkap bidan ke-7 diserang rasa panik. Sakit perut dah ke? Itu la soalan yang sering dia tanya aku tiap kali aku gosok perut dan bermuka konfius. Okey. Aku dah nak dua kali beranak tapi still tak tahu cane rasa nak beranak. Wei, mak bidan mana buleh panik. Kang lagi haru biru anak bidanan yang inesen abis macam aku ni.

Cane rasa nak beranak weh? Dulu aku mana la sakit. Hingga ke titisan darah terakhir pun aku tak sakit. (lepas operate je la kalu sakit pun) So kali ni memang saspen jugak. Semalam disebabkan aku serba tak selesa nak baring nak mengiring, Puan Menteri datang raba-raba perut aku. Kot-kot la kan buatnya dah sakit nak bersalin tapi aku ni yang bongok tak reti nak bagitau sebab ingatkan sakit-sakit biasa. Takde apa. Contraction biasa aje. Upset stomach je kot sebab makan makanan berkacang.
@Pasar Tani Pasir Tumbuh. Tunggu Puan Menteri beli jagung rebus.
Pagi tadi Iron Chef nak balik umah dia, dah lama keta antik dia kesejukan enjin kat kampung. Balik tadi nak panaskan enjin la tu. Sesambil tu singgah Pasar Tani Pasir Tumbuh shopping food and fresh fruits kat sana. Rembat pisang nangka, guava, jagung rebus ngan buah mata kucing 2kg. 

Kat pasar wakaf baru aritu lagi aku berjujuran air liur nak beli tapi Bos IBM pasti marah orang makan buah ni time dia ada. Lalu aku pendamkan saje hasrat hatiku. Skang ni Bos IBM takde, buleh la aku melantak longan ni sepuas hati... 2kg RM9. Okey la tu. Iron chef pesan, ini pesanan turun temurun dari warga-warga Thai, kalu beli fresh longan (mata kucing la) tu, kena rendam dulu dalam air for at least an hour before consuming. Sebab diorang sembur ubat awet mayat kat luar buah tu. Sebab tu nampak terik-terik. Wallahualam. For good purposes ni, ikut je la.
Harap yang dalam perut tu comel la. Tak buruk rupa macam aku.
Haha.. Ini sesambil tunggu makcik aku pegi kutip durian kat belakang umah. Sempat lagi paksa Iron Chef snap gambar aku. Kenangan la kan hari-hari terakhir aku menjadi mak buyung. Nanti pasni terkenang-kenang pulak perut kiut aku ni. Ini abaya yang mak-mak aji beli time umrah baru ni. Ada 3 helai abaya. Ini yang kedua aku baru test drive. Yang first aritu pakai masa Majlis Menyambut Menantu (bini orang kaya apal) kat umah MIL tu. Abaya aku ni takleh lawan la abaya jualan Puan Rini yang bling-bling iteeeew.. Cukup la abaya simple macam ni untuk aku. Kang kasi aku yang meriah sangat, segan pulak aku yang tak reti berjangok ni nak pakai.
Iron Chef pun nak posing sama. Baby kami dah nak sama berat. 2 minggu lepas baby aku lebih 20g aje daripada baby dia. Kuakuakua... Haiyyarkkk.... Diorang ni racing agaknya dalam perut. Baby dia besar sket takpe la sebab baby boy. Karang kalu baby girl yang lebih menyerlah sifat kegergasian tu, nampak tak syok pulak. Oh nasib baik la ada teman sesama mak buyung. Buleh la saling mengadu sakit situ sini. Tapi yang tak syoknya, semua warga umah skang ni bertaraf setara OKU... Huhu... Sorang takleh angkat berat, sorang takleh nak tunduk, sorang takleh nak drive.. Kuikuikui... Ingat sekali kelakar seram jugak.

Wuuuuuuu~~~~~~~ Rindu la kat chenta hati kat sana. Dia ada cakap nak balik weekend ni. Tapi aku suruh hold dulu. Manalah tahu kan kotnya minggu depan ke aku bersalin... Macam serba salah pulak nak gi mari ni. So, aku suruh tunggu je konfem labour sign tu dulu. Baru balik. Buatnya baru je sampai ke Penang, aku sakit perut tak ke haru nak kena drive patah balik KB semula. Rugi duit, rugi tenaga, rugi masa.

Skang ni kaki sudah sembab. Kalu ikut bidan-bidan tak bertauliah yang tengok kondisi aku ni, memasing semua bagitau ramalan yang sama - sembab means tak lama dah nak bersalin. Surut sembab tu bersalin la aku kononnya. Huhu... Saspen weh. Bukan tu je sign yang dah mula nampak. Aku skang ni aktiviti membuang pun dah makin lawas. Dulu sekali sehari aje. Now kekadang sampai 3 kali sehari. Kadang-kadang tu kerap rasa nak membuang. Tapi feel je lebih. Bila pegi toilet, feel hilang. Cemana tuh? 

Wiwi skang pun makin kerap. Pinggang pun makin lenguh. Bidan ke-7 cakap tu tanda baby dah makin ke bawah dan tengah try-try laluan baru dia. Doakan saje biar semua dipermudahkanNya. Tak perlu ulang alik ke hospital akibat false labour sign, tak perlu ulang-ulang kali check jalan (paling tak syok bab beranak), tak perlu menanggung sakit yang lama.. Tak perlu vakum, tak perlu forceps... Just a smooth labour macam SIL aku. Laki nak register pun tak sempat. Bini dah beranak kat dalam. (3 kali tak sempat masuk teman bini beranak) Seb baik sempat tolak masuk labour room je. Else, free show la kat A&E tuh. 

Bestnya kalu mudah beranak camtu kan... 

(ingat diri tu taraf wali ke semua nak senang nih...)

10 comments:

R I N I . R A N I said...

Mc Teh, so sweeeeet lah mung pakai abaya :D

Yup Mc Teh, kalo kaki sembab tuh tandanya nak dkt beranak ler tuh. Aku ingatkan mitos org tua jer tp rupa2nya btul...hehe. Time aku dulu, bila kaki sembab, dlm 2weeks after, aku pun bersalin

K-Addicts said...

rini:alos, mano buleh lawei mu pakai abaya jangok denu tuh.. abaya aku plain jah.

mu sapa spital dei duduk lamo ko sebelum dibenarkan push tuh?

R I N I . R A N I said...

Hok beranok anak 1st, lamo aku duduk spital. Dekat 2hari aku duduk dlm wad, pastu doc induce sbb lama sgt nok terbukak. Dok main kat 5-6cm jah. Aku pun lelah dok tanggung sakit. Pastu baru set2 tuh tolak masuk labor room. Amik epidural weh, tak tertanggung sakit induce tuh. Hok 2nd, semetar jah. Sampai2 spital, duduk semetar dlm wad, dlm 1 jam, pastuh duduk atas wheel chair, demo tuh pakat tolak masuk labor room. 3 jam dlm labor room tuh, tokdan nok mintak epi. Doc oyat, tokleh amik, terbukak besar doh. Hahaha

K-Addicts said...

rini:dengar cito ore supo mudoh jah beranok blako.huhu..takut weh! overdue pun takut jugok.takut keno induce tu la.aku dgr mcm2 cito psl induce ni.ado hok meraung-raung. ado hok sapa guling2 atas katil spital... hoho scary weh.

loni gak, sokmo berdebar tiap kali perut sero pelik. gastrik dengan contraction pun xleh nok bezo doh..

NikNadimah said...

berok lawas tu tnda2 nk branok jgk...jln makin terbuka i think...aku both pregnncy dkt2 branok koho kerap berok.

NikNadimah said...

longan tu milk booster...minum byk2

K-Addicts said...

mah:kalu mudoh beranok supo mu pun best jugok.sapa spital terus buleh kekeng push slaluh.

weh, longan tuh xsakit urat ko minum lps patei? ko minum panas2?

NikNadimah said...

mcteh,insyaAllah kali ni g spita kekeng tubik slaluh.

longan tu aku minum hok seasons kurma+longan dlm tin.tp aku rs x molek la skmo minum hoktu sbb dlm tin mesti ado bhn awet.not good.mulo2 minum gitu slalu,lamo2 haihhh sero x sdap la wei togok trus.hehe aku boh dalae peti minum sejuk.nyamannn sehhh....ngelat patey..

mu tra bli longan kering phtu rebus sdri...aku x jupo lg nk bli.di hypermart xdok.

K-Addicts said...

mah: memei kb ni payoh nok jupo. td aku gi psr tani melor. mokcik tu oyat jumaat ni dio nok bowok kurma merah kering tuh. mu ado lagi ko kb ni?ko kelik klang doh?

bulei poso ni kot2 mudoh nok cari heh. mugo skalo kei ramai hok jual air laicikang dgn buoh daro siro tuh..

mari kito samo2 cari.

air tin seasons tu memei aku raso x ekonomi pun kalu nok minum utk jangka masa pjg. bab awet tu satu hal.

weh, kalu jupo hokkering tu oyat getek kakku... hok kb ni la..

NikNadimah said...

aku kembali ke perantauan doh...nok prepare2 la gapo patut nk menghadapi ramadhan nanti (padahal poso x abis gati lagi)...nok prepare mental utk kembali bekerja skali...huhu malasnyooO!