Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 22, 2011

#763 Me Vs My Postnatal Room

Macam aku citer dalam entry sebelum ni la, kan aku kata nak buat operation desert storm nak banteras Stuart Little habis-habisan. Petang tadi kitorang buat rush. Tapi tiada tangkapan dilakukan. No trace of them at all. Eh, pagi tadi nak smayang Subuh aku dengar bunyi dia gigit-gigit something. Tapi takde kesan apa pun. Semua barang dalam bilik masih intact. Oklah tu. Alang-alang dah operasi ni kan, aku spring clean terus la. Nak beranak tak tahu bila, anytime aje from now. Bilik baru hari ni kemas dan cuci. Nasib baik tak meletup lagi kan.

Aku tak bercadang nak hias bilik ni bertemakan pink. Walaupun yang diwar-warkan mungkin baby girl yang bakal menginap kan. Ah, semua tu sengal bagi aku. Asal pompuan nak kena pink kah? Kecik-kecik dah tanamkan pengaruh Princess Syndrome kat anak. Bila besar ngengada nak salahkan sape? Hoho. Membebel.   Takde niat nak hias-hias pun nursery room ni. Nursery katanya! Takde belon-belon tertera It's A Girl!!! atau Congrats on ur newborn princess!! Buat mudah-mudah je. Tapi sesape nak hantar bunga aku alu-alukan walau bunga tu takleh makan. Flowers can ease my stress. Patut la mat saleh suka kasi bunga kat orang sakit. I like the idea. So much.

Terfikir jugak cemana kalu nursery aku ni serba lengkap dengan peralatan baby. Ada baby's cot. Ada changing table. Ada rocking chair untuk nursing. Ada baby walkie-talkie. Ada rak buku for bedtime story telling. Kira macam orang putih la. Seronokkah? 
Berdendam ngan Nik Pareh nape dia  cat kaler gelap nih.
Lepas ni kena salin cadar kaler plain off white la kot. Tak mau corak-corak. Nanti stress aku tengok time-time tak cukup tido tuh. Cadar mesti simple. Baru tak serabut kepala aku dalam pantang nanti. Hehe. persediaan mental itu penting! Especially for someone yang memang takleh terganggu jadual tido macam aku ni. Ngehngeh. Esok-esok la selongkar kabinet cadar cari yang aku berkenan. Masalahnya kan, kalu pasang awal sangat, berdebu. Cicak berak. Stuart Little berak. Kalu tak pasang awal-awal, kang time nak beranak tu semua kelam kabut dah tak terfikir dah pasal ni. Time nak bawak balik baby ke rumah tu baru la kucar-kacir nak pasang cadar. Cadar baby pun belum bubuh kat tilam dia. Same reasons.
Beg nak gi hospital dah almost 90% siap. (tak siap-siap lagi???) Haha... Ada la 4,5 items lagi tak finalised.  Mostly dah masuk dah dalam tu. Tak cukup takpe, umah dekat je ngan hospital. Someone can run home to get it for me. Katanya. Apsal beg ni macam tak muat je aku nak isi barang. Ke aku yang yo-yo je nak mengangkut macam-macam dalam tu. Tapi rasa macam semua pun mustahak.. Hmmmmm...
Kain baju baby yang dah basuh. Nak susun dalam bakul, same reasons pasal cadar tu la. Debu, taik cicak, lipas, tikus. Potong stim betul arrr.. Semua last minute baru buleh buat. Teringin jugak nak tengok semua dah tersedia rapi. Tapi itulah. Banyak sangat halangannya... Tak berbaloi aku nak prepare awal-awal.

Barang baby dah almost cukup. Bilik pun dah cuci dan kemas. Tinggal tunggu masa nak keluarkan tuan puteri yang dinanti-nanti ni je la. Semakin hari, makin cuak aku. Tiap kali rasa pelik kat area perut dan ke bawah tu, aku mesti cemas. Dah sampai masa ke? Should I call encik Jack? Yang keluar tu air ketuban ke? Sakit perut ni sakit perut dah nak beranak ke? Camni ke rasa contractions? Dah kena pegi hospital ke? Macam-macam soalan berlegar-legar dalam fikiran. Maklum la. Benda berkaitan deria rasa ni aku sorang je la buleh tahu. Orang lain tunggu signal dari aku je. Lagi cuak.

Orang lain siap order ubat-ubatan set bersalin. Aku rilek je. Hihi. Brutal giler. Last time pantang ada la ambik set Herbanika Nona Roguy. Tak tau la perut aku sensitif sangat ke, aku yang manjakan perut sangat ke, aku perempuan sengal ke apa. Asyik cirit dan memulas-mulas perut. Terus stop. Pastu takde makan apa-apa ubat bersalin dah. Just makan tablet haruan ngan kapsul jamu sakit urat tu je. This time pun rasa macam trauma lagi  bila teringat kesan minum air herbanika tuh. Tatau la kalau Puan Menteri ada perancangan nak paksa aku minum air reneh manjakani ngan rempah ratus macam yang dia buat kat Iron Chef lepas dia keguguran 2 tahun lepas tu. Aku pahit-pahit ni degil sket tekak nak telan. Kasi kapsul aku on je.

Setakat ni macam kompiden je body aku akan baik-baik aje tanpa set bersalin tuh. Kahkah. Perasan kebal apakah aku ini. Nanti kalu sakit-sakit badan baru aku pikir apa plan kontigen yang berpadanan. Macam bagus je kaaaaann~~~~

10 comments:

nik faris malik said...

sakit nak branak lagu nih. mung akan sakit setiap 15 minit. pastu dia akan turun kepada 10 minit skali pastu 5 minit sekali n baru mung leh gi spital. kalu awal2 gi spital, mung lamo la nunggu deknu.

K-Addicts said...

nik pareh:biso mu.bilo mu beranok?

nik faris malik said...

hahaha.. apo la mung ni. aku hok tok branok pong bantok tahu dari mung..

MiJa said...

chaiyok,mummy!smgt siapkn blk.aku kelik dr spital br nyipey blk.haha.

aku pun bli NR herbanika tp xminum ag teh tu.phytonatal pun arini br try.ank aku kunin key.teh tu sdap ko?huhu

K-Addicts said...

mija:teh tu sero gano eh...xingat doh.. sero tawar gitu la rasanya. yg penting x pahit. cuma aku x tehei side effect perut memulas tu je.

ahaha...bilik itu propa je lebih. arini pun xbubuh2 lagi cadar...sajo jah spring clean belei2 wat hilei gemuruh saspen nok beranok ni kei...hahaha...

NikNadimah said...

aku pom x try lagi uncang herba tu.pahit ko eh?pythonatal pun makei ari ke31.tp so far ok la...sedap tubuh bak kata org tua.

K-Addicts said...

mah:x pahit.tawar xsero gapo. aku minum tu buleh.tp xtehei mulah perut tu jah. tiko kareb pun mulah, tiko dok sajo pun mulah. atas ore jugok kot. mungkin body mu ok, body aku plk xleh terima.

NikNadimah said...

yoko...aloss mung aku make pytonatal 2 butir sari pon mmulah sero.so aku mkey sutir jah.tu pon berlari2 nok g jambey.lawas & membuang angin.aku suko.dari segi kemantapan ghano?hehe...sila jwb.

K-Addicts said...

mah:aku raso hok mulo tuh mkn phytonatal la kot. (hok butir tuh) aku mkn xikut dos pun. sero mkn sebutir jugok mulo. xtehei sakit perut. buat down mood aku jah.

aku xreti la nok komen bab kemantapan nih. mugo aku x patei mano mulo. patei asmaradana jah 100 ari. hok lain makei minum aku bedal jah blako. seafood dok la.susu pun minum hok dlm peti xpns2 pun. padahal mikrowave ado jah. haha. tiko aku branok mulo keno musim pns gilo.mano tehei godaan air sejuk. air ais betul aku xminum la. cuma susu sejuk jah la aku ngelat.hihi..

NikNadimah said...

haha samo la asmaradana jah 100 hari.hok lain pantang tengok...maso branok dulu aku tehey x minum sejuk (mungkin anok no1 x brani lagi)...hokni aku minum jgk kadei2 hok sejuk (tapi tadok ais la)..sekadar nok hile kering tekok...haih jamey elnino supo loni memei xleh la x togok hok sejuk.x kuat iman betul la.