Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, July 24, 2011

#764 Me Vs Hard To Find Here!

Semenjak balik dari Penang aritu lagi aku mencari kurma merah kering ni. Pergi Mydin Mall, Tesco, Nirwana, pasar siti khadijah semua takde. I know la kedai singseh Cina ada jual. Tapi leceh la nak pegi kedai tabib semata-mata nak beli benda ni aje kan.. Dulu kecik-kecik aku selalu ikut Puan Menteri beli longan kering kat kedai ubat Cina. 

Kalu takde choice jugak, kena cari kat kedai ubat Cina jugak la nampak gaya. Menyesal tak beli siap-siap kat Penang sebelum balik. Ingatkan sini senang jumpa. Sini tak ramai Cina kot sebab tu susah nak beli kat kedai biasa. Kat Penang selalu aje ada benda ni. Tak kira musim. Kalu kat sini, selalunya bulan posa ada la orang jual. Tapi yang dah siap masak la.
Am looking for this one.
Tapi semua tempat ada yang ini aje.
Korang yang buat milk booster sendiri ni pakai kurma merah yang mana? Kalu tengok kat tag, gambar kedua tu pun depa panggil red dates jugak. Tapi dah siap sira kot. Selalunya kat Penang aku buat laicikang pakai yang kering (gambar pertama tu). Yang gambar kedua buat kudapan aje. Takleh makan banyak-banyak sekaligus, manis sangat. Kalau ditakdirkan kurma merah kering dambaan hatiku tak jumpa-jumpa jugak, last resort-aku rebus aje kurma merah siap sira ni. Dah beli pun. Just incase la kan tak jumpa versi kering punya.
Tadi Iron Chef bikin popia. Semua orang kat dapur la sembang sambil tolong Iron Chef prepare popia tu. Encik Frodo aje tengok tv kat luar sorang-sorang. Tengah riuh kat dapur tetiba dengar Encik Frodo ketuk pintu nak ke dapur tu. Puan Menteri pergi la nak bukak pintu tu. Sekali baru perasan Encik Frodo main anak kunci yang tergantung kat pintu tu. Terkunci la kitorang bertiga kat dapur. Suruh dia pusing balik anak kunci tuh dia dah tak pandai nak buat. Lagipun anak kunci tu segugus. Haru la dia nak cucuk yang mana satu balik.

Strategi pertama failed. Puan Menteri kena keluar melalui pintu dapur keliling satu umah baru sampai ke pintu depan. Nasib baik Encik Frodo pandai bukak pintu utama tu. Teresak-esak kasi kunci satu gugus tu kat Puan Menteri. Tahu takut dok sorang-sorang kat luar. Tabiat mengunci tuh bila la nak hilang. Geram nak lempang budak hari ni. Tak habis-habis nak main kunci mengunci nih. Bila nak ambik iktibar tak tahu la. Kang lepas ni ada adik lagi bahaya. 
Popia kurus tak macam si pembuat ;p
Makaroni kuah. Kuah tak nampak sebab cedok sikit je dari periuk.
Malam tak makan nasik. Aku masak makaroni kuah aje. Ingat nak makan lunch tadi. Pastu tengok Iron Chef tumbuk sambal tempoyak makan ngan petai sama gulai ikan kering sama ikan cencaru sumbat kelmarin perrghhh terus kensel nak makan makaroni. Kira makaroni carry forward ke dinner la. Rupa makaroni aku tak berapa mulia sket. Tapi rasa tetap sedap, jangan risau. Iron Chef makan sampai 2,3 kali refill. Sebab makan dalam mangkuk kecik kan.. Haha..

Baby, bila mau keluar??? Tubuh sudah sakit situ sini... Kaki sembab tak surut-surut. Cepat la keluar.. Kalu buleh sebelum posa. Kesian Mamatuk nak handle banyak benda bulan-bulan posa ni. Tahun lepas sambut cucu bulan posa takpe la tangan dua-dua masih gagah perkasa.

Haih... Tatau la.. Semoga Allah permudahkan segala urusan perbidanan ni nanti... Amin.

6 comments:

Anonymous said...

kan kakak dh royak dh beli kurma merah (yg keirng mcm gambar 1st tu) for u smlm..beli 3 paket.total dlm 450gm.tak cukup ckp..i can buy somemore.

Anonymous said...

i'll bring back asap
-kakak-

NikNadimah said...

wahhhhhh popia itu nampakkkk enakkk sekaliiii....

hoh mu sokmo g bli mano longan kering?aku mencarinya....

K-Addicts said...

mah:aku sblm ni sokmo2 beli kat penang. tok ingat doh carrefour ko tesco..kat bahagian bahan masakan (cendawan, gula merah, kekacang, etc) hok timbang2 tuh.

klate nih aku masih mencari kat mana melayu jual. kalu kedai ubat cino tuh ado sokmo2 pun. aku jah mls nok beli. kalu buleh nok beli la kat melayu kei...

tu kakok aku oyat dio beli kat tesco tuh.. tesco ampang kot hok sokmo dio gi. tra la tgk. dio oyat ado tuh.

Anonymous said...

haah me beli kat tesco ampang..rasa kat jusco pun ado..kat bhgn benda kering dlm paket..kat timbang2 pun ado gok raso.

teh..nok longan kering gok ko? if nak me cari n bawa balik. List down la apa nak. Senang..me leh beli masa lunch kat jusco or cold storage or mana2 la :-p
-kakak-

NikNadimah said...

ok roger...sapa tesco aku trus gi bhgn itu...