Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 28, 2011

#766 Me Vs Fidyah

Mr Frodo in action. Mau goreng roti canai frozen.
Pagi ni ikut Iron Chef cek gula kat Klinik Desa Melor. Pasni nak tuju ke kediaman agam Ahli Parlimen Melor berkaitan ngan fidyah aku. Minggu depan dah nak posa kan. Fidyah belum bayar ni apa citer. Kelmarin dah suruh Ahli Parlimen Melor tanya imam Masjid Melor.

Lepas Iron Chef siap cucuk kancing gigi, kitorang terus ke kediaman agam Ahli Parlimen Melor. Belum pijak tangga lagi dah dengar suara Ahli Parlimen Melor sambut kitorang kat laman. Dia cakap imam masjid situ cakap kena bagi beras, duit-duit tak nak terima. Pulak dah. Buleh imagine tak 3-3 OKU ni nak pikul 44 cupak beras cemana? Hayooo... Disebabkan was-was dengan kata-kata imam itu, aku ambik keputusan nak tanya Ustaz Alwi, jurunikah merangkap sedara aku dulu. Meantime, aku kasi tugas kat Ahli Parlimen Melor suruh cari orang-orang yang tergolong dalam paras kemiskinan dan bersolat. Penting tu. Incase ustaz Alwi cakap sama dengan yang imam masjid melor tu cakap, aku beli je la beras then mintak tolong Ahli Parlimen Melor bagi kat individu-individu yang telah di shortlistedkan.

Sebelum balik umah Puan Menteri, kitorang singgah la umah Ustaz Alwi. Dia takde, pegi mengajar ceramah ugama kat area situ-situ jugak. Bini dia aje yang layan kitorang. Takpe, dah biasa. Potpet-potpet, bini dia cakap takpe, kasi je duit tu kat dia. Kalu nak kena agihkan pakai beras jugak, dia buleh uruskan yang selebihnya. I like this idea better. Ofkos la... Mana la larat mak-mak buyung nak heret 44 cupak beras weh. Nak cari orang miskin pulak kat mana. Anak yatim aku caras awal-awal sebab nanti bulan posa diorang lagi mewah dari kita yang tak yatim ni. Hotel-hotel berebut nak panggil diorang sahur & berbuka. Baik kasi kat fakir miskin. Pendapat aku la.

Oh banyaknya fidyah kena bayar.. Tahun ni pun takleh posa banyak hari jugak sebab bersalin. Kalu tahun depan kesihatan masih di takuk lama, berganda-ganda la kena bayar fidyah. Huhuhuhu.... Kalah gaya tokei beras la aku. Apa nak buat. Semua ni ujian dari Allah. Aku pun tak nak kalu buleh.

Itu bab fidyah. Bab zakat simpanan pun aku belum setel lagi.. Kadang-kadang alpa yang diri banyak hutang dengan Tuhan. Dok pikir hutang dunia aje. Hutang dengan Tuhan asyik terlepas pandang. Hisy... Bila dapat durian runtuh, diri rasa seronok. Sebab banyak dapat kan. Tamak dan haloba mesti datang together-gether.  Tapi diri sebenarnya lupa dalam yang banyak itu ada sedikit yang bukan hak kita yang wajib dikeluarkan. 

Wallahualam.

4 comments:

NikNadimah said...

aku x abis kiro lagi nih brp ari nk kena fidyah...tahun ni hrp2 dpt poso penuh walaupun bf...masa naufal dlu ms poso dia 3bln & dpt poso penuh.alhamdulillah.

aritu masa aku kijo opis,lembaga zakat mari sney la nok byr fidyah.loni x reti nk buat lagumano.bui pitih la senei dih ko pihak masjid.

K-Addicts said...

mah:tu la sstgh masjid xsei ambik pitih, demo nok beras terus.mls kot nok keno gi beli beras pah nok bagi2 lagi.

pyh ko kiro fidyah?bukei kiro ari hok kito tggl pahtu kali harga secupok beras hok kito beso makei tu?

NikNadimah said...

senei jah kiro,aku blaja ngan pegawai zakat aritu.tapi xdei lagi nok kiro sbb aku sero ado lagi hok thn 2009 aku x gati...rasanya 2 hari.jadigak 2x2thn dih.sbb berganda tahun.

K-Addicts said...

mah:hor.aku pun 2009 ada jgk tggl. ganda dua la.sbb tu jadi sapa 44 cupok tuh. malu kokghe...tp nok buat gano.bukei sngeleng pisoh tggl kei..