Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, July 17, 2011

#756 Me Vs Esok Sudah Term

Nanti la aku citer dulu.

Alhamdulillah. Tak sangka pulak result turned out to be so good. Tadi pegi hospital untuk epoimen dengan perasaan yang blank. Semalam dah feeling-feeling dah ingatkan last night buleh tido dengan encik Frodo. Siap peluk-peluk, cium-cium dia time dia tido. feeling abis la kan kotnya hari ni dah kena warded. Dulu kena masuk wad secara tiba-tiba, tak sempat nak spend masa terakhir ngan encik Jack. Kali ni bila dah mampu buat prediction tuh, ofkos la aku nak pulun seberapa banyak masa dengan the love one. Kali ni encik Jack takde, encik Frodo pun jadilah.

Semalam kejap-kejap tersedar. Memang tido tak lena la sangat. Bila terjaga, aku pandang encik Frodo dengan perasaan penuh keibuan. Peh! Berpisah dengan laki ok lagi. Tapi kalu terpaksa berjauhan dengan anak ni, tak tahan woh. Walaupun kat blog aku selalu hangin kat dia, tapi hakikatnya mana buleh berpisah dengan dia.. Nyawa aku tu. Tak payah cakap pun semua orang pun tahu.

Pagi ni aku blur blank hulur buku merah kat kaunter pendaftaran O&G. Dah la carta tendangan janin tu aku tak isi pun. Malas giler nak buat. Nurse kat Klinik Desa Bukit Tengah memang check dan strict suruh isi. Tapi minggu lepas doktor HUSM ni macam tak kisah je FKC aku. Sebab tu aku ala malas-malas nak isi. Lantak la dia nak bebel pun. Aku rasa macam kompiden je anak aku gerak lebih 10kali. Nyotnyat-nyotnyat nonstop.

Masuk je bilik doktor (awal gile panggil arini. Nasib baik aku tak merewang kat luar), doktor ajak pegi scan bilik sebelah. Cek buah pinggang, dia cakap looks fine. (alhamdulillah) Tak henti-henti aku baca doa yang MIL ajar time doktor dok scan perut aku. Then ukur kepala, panjang kaki etc. Pastu estimate berat baby. Pastu cek air ketuban. Baby tadi dah 2.1kg woh. Air ketuban 10. Last week baby 1.673kg, air ketuban 8.1. Alhamdulillah... Tak terkata rasa. Tak sangka the result is so good. Aku dok bajet kalu naik berat pun dalam 100, 200 gram aje.

Timbang berat aku, naik setengah kilo je (which is normal) dari last week. Setengah kilo tu naik kat baby je la. Ok dah tu. Memang semua ikut progress dah tu. Alhamdulillah. Tak kena tahan kat wad hari ni. Weeeee!!! Buleh balik tengok encik Frodo lagi!!!! Buleh balik gomo tapai beras lagi!!! Buleh balik update blog lagi!!! Tak sia-sia aku tak kemas kain baju baby lagi. Esok genap 36 minggu. Baby dah term! Yay!!!!!! Tuhan masih bagi kesempatan untuk aku kecap kemanisan sebagai potential pregger. Syukur sangat-sangat. Aku dok bajet semua underpar hari ni. Nasib baik meleset semuanya.

Kalu orang tanya cane aku buat, I don't have the answer. Inilah yang dinamakan kuasa Tuhan. I eat, drink, sleep, pray as usual. (maybe some extra nasik berlauk, nasik kerabu, nasik bukhari, goreng pisang nangka, air kelapa muda did help a lot ;p) Mungkin berkat doa dari semua orang. Oh tengkiu for all the wishes! Aku keluar hospital  je tadi berjujukan orang bertanyakan khabar. Call, sms, fb, chat.... Telegram aje takde. Woh memang rasa macam Diva bebetul la! Tengkiu ye semua. 
Tadi dalam bilik doktor aku ambik kesempatan tanya sebanyak yang aku suka. Tanya why this and that happen. Oh macam baru je tahu yang air ketuban tu fluctuate from time to time. Doktor cakap minggu lepas maybe baby aku tak kencing sangat. Sebab tu air ketuban kurang. Kan air ketuban tu circulate dari aktiviti baby meminum air tu then kencing then minum then kencing.... Gitu la.. Bila fikir balik, adakah kerana penat + stres sebab packing barang nak pindah umah baru ni menyebabkan terkesan pada baby aku? Perhaps. Aku pun bukan pakar perbidanan. Manalah aku tahu.

Tadi doktor dah explain segala komplikasi akibat pembedahan ni. Dan dah explain apa plan bersalin terhadap aku kali ni. Puas hati la pompuan sengal nak kena kerat ni dapat segala info yang didambakan. Okeh, I changed my mind. Tak jadi nak operate. Hahaha. Pandai sungguh doktor menakut-nakutkan aku kan.

Semuanya sudah ok. Tapi tetap perlu berhati-hati. 

3 comments:

R I N I . R A N I said...

Alhamdullilah Mc Teh. Syukur. Aku doa dari jauh je lah...tahu progress mung pun through blog je. Apa2 pun, syukur semua back to normal. So lohni, tunggu masa jer lah ni. Jeng jeng jeng...Hehehe...InsyaAllah sumer selamat...

p/s : Mc Teh, doa apa hok mung baca (yg MIL mung ajar tuh). Share please??

K-Addicts said...

rini:tengkiu. woh aku sangat saspen nih. anytime je aku buleh beranak bermula hari ni.

doa MIL aku ajar tuh hok nabi saw ajar ko siti fatimah x silap aku.tiko tuh siti fatimah ngandung. doa minta dijauhkan anak dlm kandungan drp segala yang tak baik la.pendek jah doa tuh.1 ayat jah.nok taip kot arab aku x reti. nok taip kot rumi bunyi lain pulok.

nati aku tulis la pastu aku upload. itu pun bila berjaya mencantikkan tulisan jawi aku ;p

Mama said...

Alhamdullillah...mek...Allah knows best..yg penting...doa dan tawakal pada Nya...:)