Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 11, 2011

#778 Me Vs Perkhabaran Tidak Indah

Sepatutnya hari ni kena attend hearing kat Pejabat Tanah, tapi apa nak buat dah terberanak kan. Hehe. Oh hari ni ada hal lagi penting dari harta pusaka aku kena attend kat HUSM. Hari ni hari ke-3 lepas discaj, aku kena bawak Zaraa buat blood test sekali lagi untuk observe kuning dia. Alhamdulillah.. Kuning dah takde.
Lepas ambik darah.
Skang ni bab kuning dah tak risau. Tapi yang merisaukan aku kepekatan darah merah dia. Sejak masuk wad kuning aritu lagi, result blood test dia tak stabil. This time, result menunjukkan nilai kepekatan darah merah dia lebih satu angka dari paras normal. Normal babies hemoglobin 20, Zaraa nyer 21. Hematokrit (aku belasah je eja ni, tapi bunyi camtu la) normal babies 60, dia nyer 61. Kat kad kesihatan Zaraa aku tengok nurse/doktor tulis asymptomatic polycythemia. Sejenis penyakit darah la gitu. Hmmm....
Dengar nurse kat klinik Paed ni citer (diorang kan banyak ilmu jugak sebab banyak spend masa kat NICU), dia kata biasanya kalu hematocrit lebih dari 65 baru didiagnosed sebagai polycythemia. When this happened, memang individu tu akan terlebih darah la. Simptom: letih, tak aktif gitu la. Rawatan: Kena pegi buang darah bila blood test result menunjukkan darah sangat pekat. Nauzubillah... Kesian Zaraa kalu sepanjang hayat nak kena buat blood test, buang darah bagai. Tak sampai hati nak tengok anak disakiti lagi... Huhu.. Kenapa la ye. Tiap kali beranak nak kena lalui semua ni lagi. *nanges lah!
If you ask me, ofkos I'm damn sad by this situation. 15 September ni nak kena test darah lagi. Pagi scan kepala. Petang cek darah. 12 Disember, epoinmen untuk cek mata. Sebab dia lahir dengan berat badan yang kurang normal sket dari baby lain. She's still considered as an IUGR baby. Like I told you before. Encik Frodo dulu takpe la puas hati ulang alik 40 hari gi hospital tengok dia pun, in the end memang dia sihat walafiat takde cacat cela. Yang ni tak tahu la aku. Tadi Puan Menteri tanya paed, diorang cakap nilai 61 tu masih acceptable sebab Zaraa baru berapa hari lahir. I hope that's true la. Mana tahu Puan Menteri saje nak sedapkan hati aku like she used to be.

Haritu kat wad dengar doktor dok berdebat pasal darah dia pekat tuh, takde la rasa apa sangat. Biasa la, denial state kan. Dah ni, one after another blood test pun masih lagi menjadi isu, aku dah start rasa tak sedap hati dah. Is she really polycythemia?

Hati dah tak seronok nak jadi mak orang.

3 comments:

Anonymous said...

sabar la teh..jgn putus asa..once ada rasa frust or putus asa will be very pain & hard to go thru life..Zaraa need u,Adam need you, Zahir need you & kesian gak kat mama. So do your best to be strong ya dear sister! Allah tak kan uji teh kalu dia tau teh tak mampu nak hadapi ni..Insyallah there is somthg great a head for you..see Adam dulu..he turn out to be a bright boy rite! and healthy one too! Insyallah Zaraa will be fine.. we just keep on praying for her. As a mother jgn sekali sangka buruk or fikir buruk..yela once kita risau memang otomatik akan fikir mcm2..do yr best to avoid..coz it doesnt help and takut jd mcm doa pulak..

jaga makan..so that u will be strong to take care of yr baby. She wanna see yr smile etc so that will make her feel better and stronger.

Love, Kakak.

Anonymous said...

suka tgk pic no 2 tu..comelnye dia hug you! sweeeet!

jie @ azie said...

Teh,
Sedih baca entry pasal Zaraa.. betul kato kakok mu tu. keno kuat utk anak2, en jack & family mu.

Setiap orang ada ujian/dugaan yg diterima, hanya kecil & besar jah la. Be strong babe!!!