Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, August 14, 2011

#779 Me Vs Sentuhan Tok Guru

Lepas sahur tadi (orang lain la, aku tak) semua gerak ke rumah Tok Guru Nik Aziz. Kira semayang Subuh kat sana teruslah. Aku tak ikut sebab ngantuk giler berjaga malam tadi. Lepas semayang Subuh berjemaah ngan Tok Guru, Encik Jack ambik Zaraa bawak pegi bercukur jambul ngan beliau. Sepatutnya biasa baby lain depa bawak hari ke 7 untuk bercukur. Tapi Zaraa ni apa nak buat, hari ke-7 dok dalam wad lagi. Skang je baru free. Kebetulan pulak Encik Jack pun ada.
Ni lah dia sentuhan emas Nik Aziz kat Zaraa. Sekali nampak macam punk oi! pulak. Kellas Zaraa. Kocik-kocik dah jumpa Nik Aziz. Bukan senang pompuan bukan muhrim nak jumpa beliau tau. Like semua pun tahu, Nik Aziz tak suka didekati perempuan bukan muhrim. Masuk wad pun, nurse pompuan takleh masuk dekat tau. Semua nurse lelaki yang handle.

Lepas bercukur, (pagi ni ada 5 babies aje yang nak bercukur, alhamdulillah sangat-sangat. Kalu pegi hari Jumaat beratur la jawabnya) balik umah si Zaraa ni dok terkumat-kamit lagi molot dok kulum buah kurma yang Nik Aziz suap. Banyak benau! 

Alhamdulillah.. Harap berkat doa dan sentuhan Nik Aziz ni Zaraa Deana membesar menjadi anak solehah amin. Baru tahu cara-cara nak bercukur baby ngan Nik Aziz ni. Encik Frodo dulu mana sempat cukur jambul. Keluar wad pun dah 40 hari. Si semek pun sama la. Balik semenanjung dah sebulan usia. Kira cucu Puan Menteri, Zaraa ni la first time nyer. Mudah pun mudah. Tak payah nak kena jemput orang masjid ke apa. Duit pun tak keluar satu sen. Yang penting, orang nakkan berkat tu. Orang jauh-jauh dari negeri lain pun datang nak bercukur dengan Tok Guru jugak. Hepening la Nik Aziz nih.

4 comments:

MiJa said...

aku xtau pun org g cukur bby dumoh tok guru.hehe.zaraa sgt la btuah.. :)

NikNadimah said...

aku duo2 anok x berkesempatan nok bertahnik dgn tok guru. huhu...

mija, nanti anok no3 deh....hehe.

K-Addicts said...

mija:lamo doh weh org dok buat.tapi aku hok ni br berkesempatan. nok ko mudoh sebenarnya.kalu tahnik dumoh nih, byk kijo kei nok keno panggil org masjid, nok keno jamu org etc. buat gini la mudoh. tok guru pun x amik byrn gapo.

K-Addicts said...

mah:mu keno branok klatam la baru dei g umoh tok guru mek.