Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 23, 2011

#797 Me Vs My Kid's Mykid

Hari ni Encik Labu Labi ngan Iron Chef kucar kacir nak pergi daftar kelahiran baby Hazim. Tetiba baru teringat Mykid Zaraa dah sebulan siap tak ambik-ambik lagi. So, aku join diorang la pegi Wisma. Sebelum tu singgah hantar Iron Chef ke wad 1 TB dulu, nak tengok Hazim sambil hantar susu.
Masa sampai, Hazim tido (macam biasa la!). Baru lepas feeding. So, susu perahan Iron Chef ni takde la dia hisap bersungguh sangat. Nampak kuning dah kurang. Esok-esok discaj la kot insyaAllah..
Siap berkasih sayang kat wad ni, kitorang meneruskan rancangan asal ke Wisma. Sorang nak kutip Mykid, sorang baru nak buat Mykid. Aku punya keje kejap je setel. Orang pun tak ramai. Tapi baby Hazim punya kes sikit punya banyak soalan nak menjawab. Maklum la kawin international kan. Nama IC ngan nama pasport bapaknya lain. Panjang la pulak citernya. Butir-butir pasport pulak tiap kali renew, tiap kali tu berubah. Memang potpet-potpet jugak la nak menyiapkan surat beranak Hazim. Kelllllasss kau Hazim!
Encik Labi Labi tengah kacip menjawab soalan pegawai pendaftaran.
Last-last kitorang pilih nak guna nama bapa ikut pasport. Sebab pegawai tu cakap kalu guna nama bapak ikut kad nikah tu, takut nanti bila Hazim besar sok, akan ada problem bila nak isi form. Nak mudah keje di masa depan, buat nama ikut pasport je la. Sebab pasport ni dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh emigresen negara dia. So, nama yang appear kat surat beranak adalah AHMAD HAZIM BIN SUKIBLEE MAMAH... Hihi.. Kelllaaaasss ko Hazim!
Akak ni takde kaitan.
Lepas setel semua, masa nak tunggu lif baru perasan pihak Wisma ni ada sediakan sudut penyusuan bayi. Bagus bagus bagus!!! Nampaknya skang ni kesedaran orang ramai terhadap isu penyusuan bayi adalah menggalakkan. Keep it up.

2 comments:

faerni said...

kelasssss wallet LV!!!

K-Addicts said...

nyoh:ahahaha... LV tuh kei Nik Deana bui tiko gi KL baru ni... wallet mahal pado isi dale kot...wakakakaka...