Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 23, 2011

#798 Me Vs Her First Journey

Encik Jack balik semalam. Bawak balik Kia dulu. Keta dua-dua kat Penang sape nak tolong panaskan enjin time dia pegi Haji nanti. Next week sebelum pegi haji dia akan bawak balik Nissan pulak. Apasal ayat aku macam tak naik syeh je ni.
Dalam umah gelap, kita tengok kat luar. Putih ke pocahontas?
Sehari dua ni Puan Menteri dok cakap Zaraa putih macam dadi. *tak putih la tu. Yep, tak seputih macam encik Frodo dulu. Hoho. Hati ini sudah kucar kacir. Pocahontas jugak kah Zaraa ini? *tak best Keluar dari perut aku putih-putih pinkish gitu. Tapi lepas dok bawah phototherapy 4 hari tuh, inilah hasilnya. Huhu.... Baby girl kalu tak putih tak syok lah. 
Man at work.
Encik Jack tiap kali balik tengok anak dara dia, memang tak lepaskan peluang membantu apa yang patut. Tengs sayang! Berbaloi la balik jumpa jarang-jarang ni. Lepas ni nak tinggal lama. Balik nanti, Zaraa dah 4,5 bulan. So, dia nak cover la masa-masa berjauhan tu. *Nik Pareh, sila contohi kemithalian encik Jack!
Sudah 4 segi macam spongebob.
Pagi ni kitorang balik Apal. sesambil Puan Menteri nak jumpa MIL sebelum dia pegi Mekah. Aku pun tak tahu lagi cemana plan nak hantar encik Jack ni. Entah pegi, entahkan tidak. Nak angkut anak-anak sekali, aku tak gemar meletakkan anak-anak aku dalam kelompok manusia yang sesak. Budak-budak kan senang nak terjangkit batuk, demam ngan selsema. Tak worth nak bawak.

Nak tinggal kat Puan Menteri dua-dua pulak, kesian kat Puan Menteri. Si zaraa ni skang trend dia start tengahari sampai tengah malam tak nak tido atas tilam. Nak kena dukung, beriba la sepanjang masa. So far, memang bergilir la dukung dia time nak pegi toilet, nak makan, nak smayang etc. Encik Frodo pulak punya la suka kacau Zaraa dengan aksi-aksi yang menyesakkan mata dan dada. Letih weh. So, agak-agak la kalu nak tinggalkan dua orang ni kat mak aku. Memang naya la. So how ah?
Ni first time Zaraa keluar dari rumah selain pegi hospital ngan klinik. Memang Mommy pantang betul-betul la tak keluar rumah selama 40 hari. Memang nampak Zaraa culture shock tengok dunia luar. 50 hari dok tengok dinding sama je kan! Kesian dia. Tengok sana, tengok sini. Lenggok sana, lenggok sini. Tak terbunyi apa pun sepanjang jalan selain tido.
Tapi kesian budak kecik ni, on the way balik KB, muntah berjelanok atas keta. Mabuk keta jugak ke? Hayoh, apasal anak-anak tak menurun lasak macam aku hah? Nasib baik bawak baju spare with lots of kain napkin. Muntah macam paip air. Nak balik Penang hujung tahun ni kena spare bekas tapewe buat tadah muntah dia. Setakat kain-kain ni, tak memadai lagi.
Budak muntah sudah salin baju.

No comments: