Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 26, 2011

#799 Me Vs Pandai Pun Susah!

Aku nak delete Google Chrome dari pc Puan Menteri. Pakai Internet Explorer je la. *kembali ke 90s! Motif? Anak jantan dah memandai bukak youtube. Kalu bukak nak tengok benda-benda learning takpe gak. Ni takde benda lain, car crash, car race, car game etc... Pokoknya celik mata, keta-keta-keta! Kalu dah pop up link tuh, haruslah keluar benda-benda tak senonoh kan. Hari tu dia dok klik-klik sebarangan, keluar la keta, pastu keta, pastu keta, pastu bontot pompuan, pastu t*t*k, pastu keta, pastu iklan seluar dalam.... Errrkkk... Puan Menteri dah banyak kali geleng kepala. Uh uh uh...

Encik Frodo skang ni dah menyesakkan napas aku. Napas segar pun berbau kambing kalu tengok dia kacau adik nak tido. Huh.. Dah la si Zaraa skang ni susah benar nak tido. Letak je kat tilam, dia sedar. Bila dah meraung, nak kena tenangkan balik. Penat seyy... Bila adik dah tido, si abang ni lompat-lompat, lari-lari, main keta langgar-langgar tepi adik. Anak-anak aku semua telinga lintah! Kalu dan tido tuh, nak kentut pun kontrol valve!

Bab kacau tu kacau lah. Bab menjawab mulut skang ni pun tak kurang hebat jugak. Takleh nak salahkan sesape. Aku perasan dia start jadi camtu lepas aku bersalinkan Zaraa. Tak cukup kasih sayang la tu. Nakkan perhatian. Aku pulak tak reti nak divide attention lagi. Lagipun memang penat nak jaga budak kecik yang dua-dua tak berehi tido nih. Kat Penang aritu aku tengok dia budak inesen lagi. Skang ni dah takde inesen dah. Suka hati je pukul aku balik kalu aku pukul dia. Pendekatan pukul memukul memang dah kalis bagi dia. Risau ni. Nanti encik Jack pegi haji lama tu, dia nak takut kat sape? Takat mulut aku ni, memang takde kesan kat dia. Geram tau. Ikutkan hati  seboleh mungkin memang tak nak pukul dia. Tapi kalu dia memang dah over, pukul jugak. Tapi pukul pun, sakit aje yang dapat. Pengajarannya tetap nan ado. Pastu dia buat lagi.

Citer budak kecik ulat sagu ni pulak. Seminggu dua ni dia start muntah-muntah susu. Biasa la kan. Encik Frodo dulu pun camtu jugak. Keluar ikut mulut, ikut hidung serentak. Aku bukan risau pasal dia muntah. Tapi yang aku risau skang ni, dia makin tak gebu. She keep shrinking. Risau weh. Menyusu pun nampak tak excited mana macam awal-awal aritu. Kadang-kadang kalu aku yang pegang, memang dia tak nak susu botol. Okaylah. Bukan takleh kasi susu badan. Bagi. Tapi nak harapkan susu aku ni mana nak cukup. Makin kecik la dia. Masalah berat ni. Dah la doktor Iraq tu plot graf baru ni pun growth dia dah bawah line. Kalu tengok gambar, nampak macam montel kan. Tapi kat luar ni dia nampak makin kecik from day to day. *kecik ati dadi nak tinggal lama ke?

Itu hal menyusu. Ni hal  tido pulak. Budak ni aku heran betul. Kecik-kecik dah tak minat tido. Seharian dok meragam tak nak tido. Tapi malam dia tido lena la. Sampai kekadang kena kejut untuk feeding. Part tido lena malam tu memang best. Tapi siang hari sangat sakit tulang belakang asyik usung dia kulu kilir. Letak, nangis. Tido pun atas angin je budak ni. Kalu ada buai pun, ikut pengalaman encik Frodo dulu, tiap kali henjut buai tu dia tido. Bila buai brenti, bolat la bijik mata dia. Pastu, nak buat keje cemana? Skang ni kat umah Puan Menteri buleh la gilir-gilir dukung dia. Memang nak patah riuk tulang ni. Just imagine dari pukul 12 tengahari sampai kul 10 malam nak kena macam tu. Nampak dia lena, letak atas tilam tak sampai 5 minit dah bangun. Nak meroyan jugak sape-sape yang menjaga.  
Mak aku cakap, budak bila dah beralih bulan memang macam tu. A'aah. Encik Frodo dulu camtu la. Bila musim tido stengah jam, stengah jam je la dia tido. Macam alarm clock. Cukup time je, jaga. Stengah jam tu la nak makan, nak mandi, nak smayang. Masak kekadang sesambil dengar dia nangis. Kalu nak harap berdukung je, makan pasir la aku.

Cepatlah beralih bulan lagi... Belakang aku memang sakit-sakit skang ni. Tiap kali lie down, memang kruk-krak-kruk buleh dengar bunyi tulang belakang berkeriuk. Kekadang dukung sambil berjalan pun buleh tertido. Letih!!!! Baru ni kan jaga 2 babies. Memang rasa la cemana orang beranak kembar rasa. Hui mintak simpang malaikat 44... Tak mau lah. Jaga anak sorang pun dah sekeping body aku jadinya. 

Rasa macam susah je jaga anak sorang ni. Ishk... Kena istighfar banyak-banyak. At least anak aku sihat. Tak colic. Malam tak berjaga lama. Takde masalah-masalah kronik. Ada lagi orang yang diduga dengan macam-macam situasi. Aku ada mak yang tolong jaga. I shouldn't complain.. 

5 comments:

Anonymous said...

saba la mek..think of how lucky u r ado zuriat while thr are others really2 nok zuriat tp Allah tak kurniakan. syukur sesgt kan.

malaikat sebeloh tu pong 1 saat tok lupo tulih..byk sgt pahalo teh duk jaga anak etc. setiap penat leloh tu tak sia2..Allah bg ganjaran nanti.tu la istimewonyo insan bergelar ibu.

i know it's tiring tp setiap kali teh penat..look and see yr mom..brp lamo doh dia jd seorg ibu compared to you..she is much much older and she will feel double penat than you..think of brp puloh thn dia duk besarkan anak2, now bersusah pyh jaga cucu pulok..nvr ending for her.

i am dam tired (mentally & physically)too but when ever i'm tired, i think of her..and i know she is far more tired than me..but she nvr complain so that makes me stronger..i must do more for her...insyallah ..

Always take care of yrself...if u sick, mama will be double pain & tired as She's old and will hv too take care of u and yr kids & Amalkan la doa2 tuk kekuatan diri and god will give u the same strength as mama.Insyallah..
love,kakak.

NikNadimah said...

yes u shud stop complaining!hahaha same goes to me....tapi aku komplen dale ati je la,x terluah dgn tulisae.kade2 encik N jer la tlg dgr.

K-Addicts said...

mah: mu ado jgk en N tlg dgr bobelan mu. aku, en jack kei sibuk prepare nok g haji. aku pun mls nok ngadu gapo2 ko dio sbb napok xlek konsentret jah..

Anonymous said...

Zaraaaaaaaaaaaaaa cik long miss you!

Anonymous said...

Here's a gentle reminder for you:
Negativity can come in the form of cynicism, criticism, whining, attacking, pessimism, discontent, perfectionism, and hyperintensity. All of these behaviours can push people away, including your spouse. So, you need to sit back and think, what is it that is turning you into a chronically negative-minded person? You need to do something, friend!