Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, September 9, 2011

#788 Me Vs Hari Merombak Dapur

40 hari dah aku beranak. Orang tua kata hari ni hari rombak dapur. Mak mertua pesan, hari ke 40 kena dok diam-diam, jaga ibu jari kaki jangan tersepak. Sebab hari ni semua urat bertaut. Kiki... Itu dia pesan time beranak kat encik Frodo dulu la. Now cucu dah ramai. Pesanan makin berkurang. Kuikui.
Budak gemok sudah ada lurah dendam.
Fav sleeping position: kat perut Iron Chef.
Angry mom watch son playing Angry Bird.
Hari ni. Booolat!
Cepatnya masa berlalu. Esok habis la pantang aku. Eh pantang ke???!!! Kehkeh. Aku pantang la ais, seafood, sayur sejuk-sejuk, buah sejuk-sejuk. Alhamdulillah, this time memang aku lebih 'berdisiplin' pantang berbanding time encik Frodo dulu. Kali ni keluar pun hanya untuk urusan ke hospital and klinik aje. Other than that memang tak ke mana-mana. Almost 40 days kat umah. Pheeeewww!!! Baru ni keluar pegi klinik for her first jab tu pun baru perasan dah lama benar aku tak tengok dunia luar. Paling jauh aku pergi pun kat pagar umah Puan Menteri je. Rasa power pulak tak pasal-pasal.

40 hari dah hidup ada dua anak. So far memang takleh nak cope lagi life dengan dua anak ni. Memang tak get use lagi nak divide attention between the two kiddos. Kat umah ni takpe la ada ramai yang membantu. Bila balik Penang nanti, alah bisa tegal biasa la harapnya. Yang kesiannya kat encik frodo la. Kurang kasih sayang dan perhatian skang ni. Tiap hari asyik kena marah, kena buli aje kat umah ni. Kesian jugak. Tapi tu lah. Maknye ni tak reti lagi nak handle both at the same time.

Bila dah banyak hari ada baby ni, memang most of the time attention aku kat baby je la. Encik Frodo dapat belen-belen kasih sayang je la time baby tido tu. Time baby dah tido tu la baru ada masa nak observe si abang. Tetiba rasa encik Frodo dah besar skang. Aku dah terlepas banyak masa nak observe dia sepanjang ada baby ni. Kesian. Belum citer part kena marah dengan orang tu orang ni. Alahai, hancur hati tengok anak diperlakukan begitu. Tapi nak buat cemana. Memang tak terlayan dua sekaligus. At least for now.

Skang ni bila tengok aku feeding Zaraa, encik Frodo pun gedik la nak susu jugak. Kadang-kadang sebelah tangan pegang adik, sebelah tangan bancuh susu si abang. Nasib baik anak dua je. Kalu 3,4 maunya kaki-kaki pun guna sekali. Bila tengok orang sapu minyak angin kat perut baby, encik Frodo pun merengek la cakap sakit perut jugak. Tengok adik mandi, dia pun kecoh nak mandi kolam jugak. Attention seeker. Bila takleh merengek kat aku, Puan Menteri la jadi mangsa. 

Berpantang kali ni taklah stressful berbanding last time. Agaknya sebab aku dah buat persiapan mental awal-awal mengandung lagi kot. Lagipun second baby ni kita dah ada pengalaman lepas kan. Tapi memang lain la cara aku menghadapi dugaan-dugaan dalam berpantang ni bila dah ada persiapan rapi ni. Pantang kali ni aku takde la terliur kat banyak makanan sangat. Sebab aku dah bersedia dari awal. Sebelum bersalin dah makan, dah minum semua yang aku teringin. Kali ni tengok orang togok ais pun aku cool je. Takde terliur pun. Dulu masa pantang kat encik frodo, kan bersalin awal. Banyak benda tak sempat makan minum. Agaknya sebab tu masa dalam pantang aku terliur macam-macam. KFC pun bantai lepas 2 minggu bersalin.

Alhamdulillah kali ni berjaga malam pun tak macam dulu. Jiwa kental sket kot. *ahaha padahal ada orang lain yang tolong berjaga malam kat aku! ;p Harapan aku semoga hari-hari menjelang ke100 hari tu dia makin behave dan teratur jadual tidonya. Specially belah malam. I love to sleep! Dah pat tahun kan tido sedap katanya.

Sepanjang 40 hari terikat nih, aku menjadi peminat setia sinetron, telenovela dan drama bersiri astro. Gila kentang! Dah banyak tahun tak terjerumus ni. Apa nak buat. Dah jadi penunggu rumah ni, terminat la tanpa disangka-sangka. Boring pun ye. Sesambil bf Zaraa tuh (hey I'm still breastfeeding tho the milk is getting depleted day by day) sempat la jamu mata tengok hero jambu-jambu kat tv... Encik Frodo setiap kali lagu/ iklan Bella Calamidades tu berkumandang selalu cakap Adam nak tengok ni... Kehkeh.. Penangan!

Hari ni 40 hari dah. Esok nak gi mana ek? Dah boleh minum ais kan? 

;p

5 comments:

jie @ azie said...

Boooolat nyer zara.. dah berapa kg teh?

K-Addicts said...

jie:3.3kg

NikNadimah said...

aku tgk baru ni x boolat gitumo...smeta jah budok2 besar.

K-Addicts said...

mah:napok jah bulat.tp xdok la sgt luar nih. ringan supo tulo jah jgk aku rasa.

K-Addicts said...

mah:napok jah bulat.tp xdok la sgt luar nih. ringan supo tulo jah jgk aku rasa.