Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 13, 2011

#792 Me Vs My New Obsession

 
 
Sangat pandai letak hidung tak kasi suffocate.
Today @44 days old.
Zaraa tido. Hati berbelah bagi. Skang ni kalu baby tido, hati sentiasa dalam dilema. Antara berblogging /surfing /join tido jugak. Time tu je nak buat apa pun. Nak-nak pulak kalu si abangnya pun tido jugak. Saat yang sangat keemasan nak landing-landing tido sekali tanpa gangguan mulut becok dia. Tapi kali ni aku nak ambik langkah yang kurang bijak untuk berblogging. Aku memang berani.

Raya baru ni (sebut pasal raya, ramai betul yang berani-berani mintak aku create entry raya aku. Peh. Macam  tak tahu tak raya tahun ni. Rasa macam hari orang datang melawat aku bersalin je. Sebab aku dok umah je tunggu orang datang. Selalunya kitorang yang banyak menyerang rumah orang) sedara aku dari KL ada datang raya sesambil tengok Zaraa. Dia tanya aku tak letak Zaraa tido meniarap ke. Katanya anak-anak dia dulu semua bedung kemas-kemas, letak tiarap for 44 days (without failed). Tengok la kepala anak-anak dia semua cantik je bulatnya. Hoh, aku ni lemah betul kalu orang suggest benda-benda yang boleh mencantikkan anak ni. Membara-bara la jiwa nak try.

Sebelum sedara aku suggest tu pun memang aku ada letak Zaraa tertiarap kadang-kadang. Tapi takde la istiqamah sangat. Bila dia nangis, aku letak terlentang semula. Tapi sejak sedara aku cakap tu, otomatik termotivated nak buat betul-betul. Skang ni memang tiap hari la aku letak dia tido tertiarap. Mula-mula memang dia tak selesa. Tapi aku buat-buat tak dengar je tiap kali dia merengek. Lama-lama dia pun sedap sendiri tido camtu. Sedap la kan perut rapat ke tilam rasa macam orang peluk je. Tido pun lama tak terkejut-kejut. Mat saleh dah lama buat, aku baru nak try. Hekeleh.

Tiap hari memang obses letak dia terlangkup. Ada la jugak time dia tak nak. Yang penting, aku nak biasakan dia tido tertiarap. Tertonggeng-tonggeng bontot dia. Tengkok pun alhamdulillah dah steady. Malam-malam kalu letak dia tertiarap ni memang lama la tido. 

Petang ni tukang urut yang urut ngan tungku aku baru ni nak datang pelepas ngan sunatkan si Zaraa. Hoho aku kalu benda sadis-sadis ni ngeri nak tengok. Memang takleh tengok. Mintak tolong Puan Menteri je la pegangkan dia karang... Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

7 comments:

NikNadimah said...

just nk share,dulu2 memey mat salleh suko letok nerap sbb konon utk pembentukan otak bla bla bla..tapi loni demo tu x buat doh sbb takut SDS (sudden death sindrom) sbb budok lemas.tapi aku letok nerap jugok ms nujaid kecik2 tp siari je la sbb aku leh monitor.maley x berani.tido nerap memey lamo la dio tido nyoh sapa ko kito xtahu nok buat gapo doh lps setel kijo2.hahaha....

love.lorn said...

semangat baby zara!!! :)

Mama said...

betul kata mah...aku pun memang tahu pasal sds ni..memang kat uk pun di haramkan anak tido menerap....sebab sds...

anak2 aku Alahmdullillah....masyaAllah....kepala semua org puji cantik..bulat semua tak de leper2..sebab..aku memang jaga diorang ni tido...selalu pusing2 kan...kena rajin baru jadi..kalau malas...biar aje budak tu tido ikut sedap..meaning one side aje or what ever reason yg dia stick to one side...memang kepala dia jadi leper sebelah...

kalau tidokan dia menerap..u have to monitor....mesti check selalu....:)

btw....zara sgt chubby masyaAllah...and...look like ur husband kot...mata sgt bulat....tapi meh2 adam pun ye...aper2 pun sgt cute :)masyaAllah..:))

Anonymous said...

Zaraa so cuteeeeeeeee!
Sedak weh McZaraa tido! Raso ngantuk la pulok! hahhahah ada bakat jd sleeping beauty nih!hmm dakak mcZ ni beh nih!suko tgk pic 3,4,5! mato boooolat & dagu Ziela Jalil!comei comei.. hehhehe
-kakak-

Anonymous said...

oh ya..bakpo baju besar2? pesen ala semek ko? miss semek jugok...abe & ina sila balik cepat2 ke tanah air!

gambar adam so jah ko? mano gambar mama? mcna? tepek tepek.. lamo doh tok tgk them!
-kakak-

K-Addicts said...

mah & ct:pulok doh..zaraa kalu tido nerap behi senggeng palo.so aku xrusing la. ofkos aku monitor sokmo tgk hidung dio kat mana.so far alhamdulillah, senggeng sokmo. kalu loks ko dio tido terlentang gak, dio behi senggeng sebeloh jah.kalu aku bekki, memei xjdi jugok. memei dio ado fav alik nyenggeng tuh.so, letok nerap je la. kalu letok nerap, dio akan pusing2 palo dio sdiri.xpayoh buat xpo.smeta alik kiri, smeta alik kanan.

ayu:bilo nok mari jupo zaraa nyoh? kelih s'pore doh ko?

cik long:mek na xdok, kelik melor. mama xpakai tudung.

Anonymous said...

tok puah tgk gambar no 2..tgk lg buat sejuk mata & hati kena kerja di waktu mlm hukhuk
-kakak-