Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, September 11, 2011

#790 Me Vs Panas Punggung

@19 days old.
Kat umah baru aku kat Penang orang tengah sibuk install kitchen cabinets kelmarin. *mood deko deko kembali lagi!!!! Punggung terasa sangat panas nak pegi ke sana. Encik Jack mms gambar kc aku yang belum siap pasang sepenuhnya lagi tu. Bila tengok, mula la tertanya-tanya eh yang ni ke kaler yang aku pilih aritu... (rasa macam yang lain). Order dah setahun camni la jadinya. Sama ada aku lupa yang mana sebenarnya pilihan aku ataupun memang pihak satu lagi yang silap. Huhu. Dah pasang pun. What to do. Berkenan tak berkenan, kena terima jugak. Tak kisah la. 20 tahun lagi kalu ada rezeki aku tukar la pintu kabinet tu. Saje sedapkan hati.

Esok lusa lepas siap pasang kabinet dapur, depa nak pasang wardrobe pulak. Jangan tersilap kaler wardrobe pulak sudah la. Gigit bantal lah aku. Skang ni semua urusan pemilihan material saat akhir dibuat melalui henpon secara jarak jauh. Main calling-calling aje. Lantak la. Ikutkan memang takut tak puas hati dikemudian hari. Tapi nak buat cemana, dah takde masa. Encik Jack describe lebih kurang aje via handphone. Discuss pun gitu-gitu je. Memang tak biasa buat camni. Tapi dah takde choice.

Encik Jack mungkin akan berangkat ke tanah suci end of this month. So, anything related to the new house, kena settle sebelum beliau berangkat ke sana. Kunci umah dah serah kat kontraktor. Pandai-pandai la buat keje pasni. Kalu curi tulang pun kitorang memang tak tahu. Janji, siap semua keje-keje renovation by the time encik Jack dah sampai ke tanah air semula.

Memang lari planning la hal-hal umah baru ni. Time aku available, kunci umah tak dapat lagi. Bila kunci dah dapat, aku pulak dah beranak kat kampung. Nak balik Penang pun serba salah dah. 2,3minggu lagi encik Jack dah nak balik dan bersiap untuk berangkat ke Mekah. Hui.... Segala serba serbi sab-sab-soi aje lah. This is so not me. Takleh nak diskas-diskas, pilih-pilih sampai puas hati. Now is the time to pick and pay only. *pick pun yang murah-murah aje. Rosak plan asal aku. Takpe la. Allah Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup aku. Ikut je la.

Skang ni segala urusan hal umah baru encik Jack handle sorang-sorang kat sana. Rasa tak best tak dapat take part. Take part jauh-jauh ni feel dia tak grand. Kalu salah describe, salah la pihak satu lagi imagine. Hmmm... Memang lari tema la umah aku. Dulu koya lain. Yang jadinyer lain pulak. 

Ah. Malas la nak pikir. Siap la cemana pun. Huduh-huduh pun aku masuk jugak nanti. 

2 comments:

NikNadimah said...

vavavooommm....tjuk la mms encik jack itu!nok tgk etep kemewahan interior dapo mu itu.

K-Addicts said...

mah:xdok mewoh2 heh. serba muroh jah blako.mms malu nok tunjuk mugo xsiap lagi pasei.kubei lanar dapur aku.lgpn terasa tak puas ati tgk kaler supo bukei hok aku pilih. (awo lamo doh kei booking)