Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 1, 2011

#801 Me Vs The 62 Days Old Princess

Syyhhhh!!! Budak telinga lintah tengah tido. Sambil menaip sambil makan, sambil minum, sambil melanun. All in one. Encik Frodo kat laman, main basikal dengan disupervisekan oleh Puan Menteri. Detik yang keemasan lah bagi aku. Kalu tak, mana sempat. Tangan kiri kanan fully occupied. Hoh, baru anak dua dah takde masa nak berblogging. Nak naik basikal tua kelmarin pun kecoh berebut dengan encik frodo. Jaki betul la gamaknya tengok aku nak try basikal besar tuh. Serabut betul.

Kelmarin kitorang pergi shopping diaper Zaraa kat Nirwana. Jadilah tu after such a long time kitorang berkurung lepas aku beranak ni. First time la keluar dengan Puan Menteri drive lepas dia patah tangan. Memang kucar kacir lah bawak anak 2 orang ni. Macam tak cukup penjaga aje dok kawal encik frodo sorang. Kesian Puan Menteri tension sepanjang masa keluar. Haha. Dulu nak tengok dia jentik cucu ni jangan haraplah. Skang ni, nak jerkah pun tanpa ragu-ragu dah. *semek sila berhati-hati dengan mamatukmu. Encik frodo skang ni dah jauh berubah. Dah tak inesen macam dulu lagi. Kalu orang tegur, dia menjawab. Memang tak syok lah. Apa nak buat. Lumrah budak dapat adik kot. Apapun, memang Puan Menteri tensen la bawak kitorang keluar kelmarin. Lepas ni aku tak nak dah ajak dia keluar. Tak berbaloi. Balik umah semua orang tensen dan penat. Zaraa tak banyak onar. Sepanjang masa keluar asyik ZzZZzZZzZzzz aje. Best kan dapat naik dukung orang tak letak-letak. Yang trouble makernya encik frodo je la. Kesian jugak kat dia asyik kena marah aje kat semua orang. *sigh What to do?

Adik manis ni dah 62 hari umurnya. Sehari dua ni dah pandai senyum-senyum kat orang. Aku tahu sangat la. Selalunya senyuman dia ni petanda tak baik. Lepas senyum-senyum-seyum, dia akan cranky-cranky-cranky-cranky yada yada. Pun dah pandai nak berdiri melonjak-lonjak kaki halus tuh. Skang ni siang hari perangai masih sama tak berubah-ubah. Kadang-kadang belum tengahari lagi dah bising nak berdukung. Sampai ke malam la. Till she fall asleep. Hadoi... Memang tak boleh berblogging la. Time dia buat perangai ni semua mak-mak orang pun weng nak menghadap kerenah dia.

Ni aku dok pikir cemana nak gi mengantar Encik Jack yang nak gi Haji 16 hb ni. Nak tinggal budak ni memang tak boleh la. Kesian Puan Menteri nak kena dukung dia 24jam sorang-sorang. Orang tu dah la tangan belum elok lagi. Mana nak masak, mana nak mandi, mana nak smayang kalu budak ni tido sekelip aje. At least nak kena ada sorang lagi tolong tengokkan dia. Iron Chef dah balik ke pangkuan Raja Perempuan Melor. So how? Encik Jack dah bilang, takyah susah-susah pegi hantar dia. Sebab pegi drop je dia kat epot KT tuh. 8.30am dah kena check in. Takkan sempat nak feeling-feeling berkasih sayang pebenda nya. Hmmm... Tapi kalu aku tak gi apa pulak kata famliy belah encik Jack. Aduyai, tersepit betul. Kan senang kalu depart je dari epot KB nih. Puan Menteri dah start driving. Tapi dia tak berani nak pegi jauh-jauh lagi. Dok drive area dekat-dekat aje. *tu lah sape suruh takut sangat nak ambik lesen keta!

Encik Jack, nanti ai pikirin cemana. Ada jodoh, nanti ai pegi hantar you okay! Tapi kalu banyak halangan, ai tunggu you balik nanti je la. By the time nak pegi tuh, dia pun dah tak sempat nak pikir-pikir sape pegi hantar sape tak... Huhu..
Oh hey, my princess ada dapat dua lagi gift. Satu dari cik Mimi, satu lagi dari pihak Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Permatang Pauh (nak kena sebut panjang-panjang ke). Tima kasih ye! To cik Mimi, sorry ai baru dapat hadiah you ni. MIL lupa nak kasi sekali hadiah yang Mommy Nadia and Cik Pah tu. Dah lama baru nak ucap tima kaseh. Sori na, ai pun baru tahu. Segala kesilapan amatlah dikesali. Ececeh.. Eniwei, hadiah sangat cantik. Tengkiu abang Nuh! Yay!!!! Zaraa dah ada 3 dress..  Semua orang bagi. Mommy sendiri tak beli-beli pun lagi. Takde masa, tak berapa banyak duit. kita beli belah ikut priority dulu skang. *lampu kipas umah baru pun belum beli. Nak tengok anak melawa ke nak duduk dalam gelap kat umah baru nanti?
Tq Cik Mimi!
Tq FKK!
Semalam kat umah baru dah pasang hood and hob and pipe. Lepas ni, kitorang dok diam-diam dulu sebab duit dah takde. Kahkahkah.. Duit kena reserve untuk first payment umah baru nanti starting this November. Baru citer pasal gril and cabinets aje. Dah kering fulus ;p Gambar reno nanti-nanti la ai reveal bila dah siap semua lepas pindah umah ye. Malu lah. Umah ai tak grand pun. Semua yang biasa-biasa. Kalu tertakdir terkaya lepas ni tak tau lah ;p *amin! *macamlah?! *korang paham tak ni?
Blog Diva kantoi makan tat dalam pantang.
Eh Syawal dah berlalu ke? *dish!!! Tetiba teringat kat tat gulung lagi! Wuuuuuuuuu... Sedapnya tat gulung~~~~~

4 comments:

Mama said...

auw...chomel2 dress utk tuan yg chomel juga masyaAllah...:P

seronokkan ada anak pompuan...memang habis duit kalau x control...aku still tak boleh control...anak pompuan sorang...auw...:)) masyaAllah

Anonymous said...

OMG doh gelembong balik ko?
suka suka suka! tak saba nok balik kenyet!
-kakak-

NikNadimah said...

pipi tu kembong nyooo...nok kekoh sero!hahhahaha....

wei aku prasey loni naufal mudoh menar nok ngaju...tensen aku.pastu suko mmecok.maroh sikit ngaju+triok...xtau la sbb impak ado adik atau mmey perubahan hormon budok umo 4thn.tapi dio mmey sayey ko adik.nok bui kokre pun xleh.

kadae2 sero bsalah jgk maroh sokmo ko dio.tapi wut to do.supermom adalah manusia biasa.

K-Addicts said...

ct:aku nasib baik la fulus tak brp kencang lagi ni.haha..

mah:stakat ngaju tu xpo lagi. (btw anok aku xreti ngaju pun) ni gak, kalu kito maroh, dio jawab mulut balik. dgn tgn2, dgn kaki2...xtahu la bljr mano. sero supo didik dio jd lelaki budiman doh kecik2 mulo.