Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 4, 2011

#804 Me Vs Drama Surgeri Gigi

Kelmarin doktor gigi call untuk konfem dental surgery encik Frodo pagi ni. Terpaksa la Puan Menteri tuang kelas fisio dia. Ini je slot yang dentist free after so many cancellation of appointments. Musim doktor-doktor exam ni memang anaest pun tak free jugak.

Kali ni Puan Menteri aje yang teman encik Frodo. Time encik Jack ada, Encik Labu Labi ada baru ni doktor pulak tak ada. *sigh... Aku tak ikut sebab payah dengan budak kecik ni. Kalu ikut pun, karang mommy pulak yang drama air mata lebih-lebih tengok anak dikerjakan sebelum dipengsankan tuh. 

Berdebar dan tak keruan ibu muda ni kat umah memikirkan nasib encik Frodo. Kesian dia. Kalu aku pun, serius seram nak jumpa doktor gigi tua-tua ni pun. Kelmarin doktor dah pesan suruh dia puasa start kul 4 pagi. Subuh tu dia mintak susu. Kesian pulak tengok dia lapar. Tapi bila pujuk cakap nak pegi cabut gigi, terus ok. Hepi plus excited benar bila orang cakap pagi ni nak cabut gigi dia. Tak tahu sebenarnya cabut gigi tu cemana. Kesian. Aku siapkan baju polo shirt dengan jeans kasi dia berjangok-jangok. Lagi la naik syeh dia. Nak pegi tu aku hantar dia sampai ke pintu rumah, siap babai aku lagi. Seronok nampak?

Menurut Puan Menteri, tak sempat nak tangkap gambar dia pakai gaun OT yang double his size tuh. Nak bawak masuk dia ke OT pun macam-macam drama kucar kacir dicetuskan budak ni. Last-last mintak tolong atendan lelaki dukung dia masuk OT. Pujuk dia dengan menunjukkan lampu-lampu besar kat OT.. Kahkah. Kagum la kot sekejap. Pastu pakat pegang ramai-ramai nak sedate dia.

Doktor cakap, nak bius satu badan tak padan sebab objektifnya nak cabut 2 batang gigi je. Budak pulak kecik lagi. So, doktor kasi suntik ubat tido aje. Setel masalah. Then Puan Menteri masuk la OT tengok doktor pakar gigi kanak-kanak sendiri turun buat operation kat encik Frodo. Kalu tak sebab kenal, master student aje yang perform. Nasib baik jugak. 

Masa x-ray, doktor cakap gigi yang patah akibat tersembam dulu tu dah tertolak ke belakang. Oh selama ni aku ambik mudah je. It's like, oh nanti tumbuh gigi baru la later-later. Doktor cakap, nanti nak kena observe la bila gigi baru tu tumbuh. Maybe ada effect la sebab gigi asal dah tertujah ke gigi yang bakal tumbuh. Besar-besar sok kalu nak main bola ke, ragbi ke, boxing ke, memang kena pakai retainer la. Kes gigi berisiko tinggi la nih. Hummm... Kesian dia. If comes to worst, kalu muka lawa buleh la jadi duta Polident. Kehkeh..

Lepas operation, dia kena masuk wad kejap untuk observation. Nak pegi ke wad pun berdrama. Tak nak tido atas katil time atendant nak tolak tuh. Meraung-raung nak Puan Menteri dukung dia. Hayo! Terpaksa la yang patah tangan ni dukung. Jauh tu! Heiii... Kalu aku ada, biar je dia meraung atas katil tu sampai ke wad.
After operation, at ward.
kulit merah menyala.
Tido sesaat je atas katil. Pastu sibuk nak berdukung.
Sampai kat wad, time dah sedar tu ward hidangkan aiskrim kat dia. Habis licin dibedalnya. Lapar kan tak minum susu lagi sejak bangun. Puan Menteri kasi dia minum milo pakai straw. Minum sambil tangan dua-dua kat bawah kepala sebijik macam orang kaya-kaya berehat sambil minum oren. Pun habis jugak segelas.

Kat ward ni, kulit encik Frodo jadi merah menyala. Baru tahu dia alah kat ubat tido/ubat bius. Sebelum ni kan mana penah operate so tak tahu la dia allergy kat ubat. So, doktor suruh take note la nama ubat tu. In future nanti senang nak beringat. Doktor tu 2,3 kali jenguk encik Frodo kat ward takut jadi apa-apa.

Tak larat nak berdukung, nurse kat ward bukak playroom kat dia. Nah, dia sorang conquer satu bilik toys. Tengok ada keta, ada jeep terus lupa sakit. Doktor datang pun dia ajak doktor main sama. Pening lalat doktor nak paham slang Jerman anak aku ni.
Kat umah, aku sangat berdebar-debar menantikan khabar anakanda. Memang Puan Menteri update every now and then. Si adik pun sangat-sangat behave hari ni. Alhamdulillah. Nak masak lunch tu, aku taruk dia dalam stroller, heret park kat tepi sink tempat aku buat keje. Sempat la basuh beras, potong sayur dengan perap ayam dengan ikan, dia menangis. Ok, nak tido la tu. Aku K.I.V la dulu keje dapur ni. Tolak stroller ke luar nak tidokan dia. Belum sempat sampai ke ruang tv, tengok-tengok dia dah tido dalam stroller tu. Aku pun tolak balik stroller tu ke tempat lipat kain kat dapur. Pasang kipas, park je stroller kat situ. Aku sambung masak.
Budak berjurus hari ni.
Sempat la masak sampai sudah. Ngam-ngam setel, dia menangis. Puas dah tido tu. Kira lumayan la tu. Selalunya tak sempat nak buat apa. Allah make it easy for me today. Alhamdulillah. Bagi susu, tido balik cik mek ni. Buleh la aku makan dengan sembahyang dengan aman.

Kul 2 petang, diorang sampai kat umah. Mintak tolong jiran pegi jemput diorang. Sampai kat umah, memang ceria la muka encik Frodo. Tapi satu badan merah menyala-nyala tak hilang lagi. Macam lobster bakar. Gambar mangsa sendiri gagal dirakam. Tak nak bagi kerjasama. Marah-marah kalu orang nak ambik gambar dia sambil tutup muka. Haha. Wak luuu~~
Kelakar seram caption bungkusan gigi encik Frodo. Nurse mana la yang tulis.
For the tooth fairy ;p
Petang, dua-dua terbongkang. Si adik bila tido banyak sangat pun aku risau jugak. Takut berjaga malam karang pulak. Si abang, memang knock out la. Penat atau sisa ubat tido tadi masih ada. Kesian dia. Ingatkan small matter aje kan tengok gigi dia dulu buruk camtu. Tatau pulak serius macam ni. 2 tahun lagi la baru gigi keluar. Sementara tu takde gigi ke? Alahai... Malu la dia nanti kalu pegi sekolah.
Zaraa tido ikut stail aku.
The good girl. For today.

3 comments:

zahira said...

ohhh...serius jugak gigi adam yea!

K-Addicts said...

kaklong:tu lah.ingatkan mcm budak2 lain je. patah, nanti tumbuh la yang baru. harap gigi yg baru nanti tak la 'jo' macam skang... kesian pulak kat dia, malu2 nak cakap ngan orang
skang.

Anonymous said...

kesiannyo tgk muka sedih adam kat dlm wad tu..zaraa lok wak muko sweet juruh hehehhe zaraa tido supo ore dewaso doh gayonyo
-kakak-