Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 21, 2011

#807 Me Vs Kerenah Anak-Anak

Oh tak boleh, tak boleh. Kena create entry jugak ni. Tak tahan meroyan dengan perangai anak-anak yang macam-macam. Baru anak dua kan. Yang besar dengan kerenah dia. Yang kecik tak kurang juga. Hayo.

Kelmarin keluar ke Nirwana beli pacifier kat Zaraa. I know it's not a good solution. Tapi apa nak buat weh. We want to try every possible method to put her to sleep. Payah benau ngat nyer. Heran benar budak ni sorang. Aku suka sangat tido. Tapi dia tak menurun sikit pun kegemaran aku yang satu ni. Menurun sape nih tak berehi tido?

Macam-macam cara dah cuba untuk buat dia tido. Letak meniarap (langsung tak menjadi sekarang ni), mandikan sebelum tido (kononnya kasi sedap-sedap sket nak tido), taruk dalam buai (kononnya buleh kasi efek feeling-feeling di awangan), tidokan dia dalam bilik jauh dari kebisingan encik frodo, letak dalam rocker chair, yang terbaru kasi puting pacifier tuh. Semua tak berhasil. Harap iman akan terus kuat dari membeli ubat batuk untuk dia... Kahkahkah. Kata payah benar nak tido kan.
Dalam stroller pun try jugak.
Hobi terkini Zaraa - tak nak hisap susu botol. Meaning? Bergantungan lah! Hoh kalu kasi t*t*k, sehari suntuk pun takpe. Macam sleeping pill terus. Tido lah selagi mana benda tu ada tersembul kat molot. Kalu buang, otomatik terbeliak bijik mata. Jangan harap la nak tengok dia tido lagi. Hayo pening la... Aku dah kehilangan waktu-waktu bergoyang kaki dan kebebasan untuk mengarang blog. Now you know why aku jarang update blog. Nak singgah blog brader pipiyapong tuh pun takde masa skang.

Tahu sangat-sangat kebaikan breastfeeding ni. Ye, susu ibu adalah yang terbaik di dunia. Tapi kalu susu tak banyak dia langsung tak nak additional susu botol ni aper cer?? Kalu nak harap kat bm ni, terbantutlah pembesaran dia. Aiseh. Dulu feeling-feeling bagi fm kat dia takut dia dah tak nak susu aku. Skang apa dah jadi. Kecanduan habis-habisan kat t*t*k. 

Bab feeding pun satu hal. Puting yang lubang besar keluar air laju dia tak nak. Memang beli saiz S dah. Tapi tatau la lubang masing-masing tak konsisten luasnya. Berapa banyak puting dah try ikut rentak dia. Pasni nak try Doctor Baby pulak. *geli bila tengok puting kuning lekat daki susu lama-kelamaan.

Hari ni dah 82 hari umur dia. Kalu ikut encik frodo dulu, by 100 days old tuh elok-elok je berubah biological clock dia. Tido bangun macam ramai-ramai la. *tapi baby lain bangun pagi lewat jugak, dia?-subuh lagi dah bangun.

Sejak ada Zaraa yang tak suka tido ni, Blog Diva dah terer karang blog pakai sebelah tangan je. Dengan lajunya.

Hey, semalam encik Jack call dari tanah suci. MIL pun sempat jugak join call. MIL dok promote buah-buahan sana yang sedap. Terasaaaaaa sangat buah tu. Wah, mak aji sibuk beli stroberi kat sana. Kellllaaaasssss MIL. Pak aji pulak hari-hari beli eskrem kat sana. Memang pun, Puan Menteri cakap eskrem Mekah sedap. Tekstur lembuuuuuuut je.

Pak aji cakap blekberi kat Mekah RM500+ je. Tatau la tergoda ke tidak. Henpon dia kan tengah nyawa-nyawa ikan duyung

Oh rindu kat gossip partner aku weh. (MIL)... 40 hari aku takleh nak bergossip dengan dia. Kehkehkeh.

3 comments:

Anonymous said...

nurun me la kut..me mana tido siang muahhahhaha unless super tired tu pun kenot lama2.. :-pppppppppp
comel gambar Zaraa hehhehe pasang la lagu2 ngaji biar dia tertido.
-kakak-

faerni said...

kat indon blekberi muroh... hehehe... mari kita berblekberi!!!

mok tu bawok pitih banyok gi di nung!! takde hal punya, hehehe!

K-Addicts said...

nyoh:muroh2 pun ratusan jgk...xdok modal weh.nok2 plk dekat nok naik umoh baru nih.lapu kipah xbeli lagih!