Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 24, 2011

#811 Me Vs When Zaraa Is In Grooming Mode

Kelakar pulak rasa bila dengar Raja Perempuan Melor lari dari rumah sebab merajuk dengan chenta hatinya. Ohoi, dah tua tu buat la cara tua. Burok la merajuk tua-tua ni. And then, kalu nak lari dari rumah tu lari la. Tak payah calling-calling bagitau dia merajuk. Choiii lah.

Okay tadi kitorang pegi visit bini sepupu aku bersalin kat KBMC. Dengar citer cikgu-cikgu dapat harga special pakej (bersalin) kat situ. RM1200 untuk bersalin normal. Entah, jangan tanya aku butir-butir selanjutnya sebab aku tak reti benda-benda berbayar ni. Aku beranak semua free. Masuk wad rooming in tu je kena bayar untuk makanan yang dihidang dalam wad. (sebab real patientnya kan si Zaraa, aku peneman aje)
Tunggu mamatuk bersiap. Saya dah!
Lil Miss Universe buat pose glenya.
Time sampai, takde orang. Cuma Hanif ngan MIL dia aje yang ada meneman bini and baby. Bilik sangat sempit. Bilik bapak aku masuk kat Hospital Pakar Perdana double this size. (cajnye pun) Kat Perdana for maternity they charge RM3800 for normal delivery. Disebabkan bilik sangat sempit, Zaraa jadi cepat cranky. Hayo, claustrophobic ikut mommy ke? Lenguh betul pegang dia. Nak letak buat hilang lenguh pun takde tempat. Budak ni pulak asyik bergerak-gerak tak dok diam. Ke darat baju gaun? ;p Last-last aku tumpang baby cot baby baru lahir tuh. Lantaklah. 
Nak masuk 3bulan umur baru nak penuh cot?
Woh sibuk tangkap gambar anak sendiri. Maknye pun darat tengok anak dara pakai baju gaun! Haha. Pilih baju ni sebab yang ni paling kecik.. Tengkiu ye abang Nuh sebab kasi gaun kiut miut kat Zaraa! Baru tangkap gambar sekeping, dah meraung budak ni. Last-last sampai ke sudah tak sempat nak ambik gambar baby baru lahir tu. Tak cukup tangan!

Lagipun, Puan Menteri kucar kacir membantu menyelamatkan keadaan. Tatau la apa kes. Darah kat kepala baby tuh (darah bersalin) tak dilapkan elok-elok. Kasi baby dengan darah-darah lekat kat kepala, kat muka.  Kering bertepek. Nurse baru kot. Buat keje pun takut-takut. Hei seram tengok. Aku ingatkan kepala dia luka ke apa. Heh, rugi tu. Bayar mahal-mahal buat keje sambil lewa camtu. Puan Menteri la jadi McGuyver tolong cucikan darah kat kepala baby tuh. *agaknya nurse memang tak mandikan lepas lahir tu terus bungkus kasi parent. Adoyai. Kesian baby tadi.

Balik dari spital tuh, aku suruh encik Frodo tanggalkan jeans dia. Saje je, karang kalu nak kencing payah nak bukak belt bagai tuh. So, suruh dia salin pakai seluar harian dia tu. Aku tanya dia, Adam, Adam nak shea(kencing) tak? Sekali dia jawab Tak nak.. Kan Adam dah shea kelmarin. 

Dush!!!

* * * * * * * * * * * *

Teringat kat encik Jack. Dok kat sana tengok F1 jugak ke dia? Kalu kat Mesia ni, jaman dating dulu pun sanggup skip jumpa aku sebab nak tengok F1. Ada 5 perkara yang aku musykil dia buleh get use ke tidak kat sana...
  1. F1 tu la.
  2. Kereta. Mana pernah berenggang dengan stereng.
  3. Internet.
  4. Keje. (He is a workaholic just like my late FIL.)
  5. hand wash. (entah-entah pass kain baju kat MIL kasi basuh!)
  6. masakan aku
  7. aku
Hehe. Nak tergelak aku membayangkan dia jadi anak bongsu MIL kat sana. Ke mana saje berkepit. Encik Hilal sila jangan zeles ye.. Wakakakakaaaaa...

6 comments:

zahira said...

huiyo! jangoknya Zaraa! hehehe...

K-Addicts said...

mak long, hor la.dok dumoh dok pakai baju bersamamu jah.nok jugok merasa jangok.nok tubik pun payoh kei.

raudhah sutrisno said...

ooooooh...Zara sangat cute!!!
comel anak dara pakai dress!

K-Addicts said...

raudhah:dress pakai time keluar je.sayang kan katanya.tp nak keluar tu sangat la jarang kat kb ni. (i missed my driver so much)

dress byk dpt.tp semua size besar2. kena tggu dia bsr sket baru buleh hias dia macam pokok krismas ;p

NikNadimah said...

alohhh supo doh pokok krismas tu keno hias ko mok dio...napok lebar doh tubuh tu,brp kilo doh ni?

K-Addicts said...

mah:napok lebar la mugo baju baru moseh2, keras2 lagih.dei basuh byk kali gak nyo lembut napok kecut la sikit.haha..

berat terkini xtahu la.lps raya ni epoimen jab kat klinik desa. maso jab bln lps 4.4kg jah baru. Tok tahu la. mugo dio pun napok xsei pek mano lonih. dok alik nok ko kopek jah, kopeknyo kurei air...