Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, October 30, 2011

#813 Me Vs Cerita Sama

Masih lagi dengan citer yang sama. Tak payah baca pun takpe. Aku saje je nak meroyan kat sini. Hari-hari asyik hujan je  tak dapat ke mana-mana bikin hati sangat resah dan gelisah. Si Zaraa makin hari makin tak nak menyusu botol. Nak mengabiskan 1oz pun sangat seksa skang ni. Semalam aku paksa dia minum. Kul 10 sepatutnya dia feeding. Aku angkat dia tengah tido, suakan botol. Mulut terkunci rapat. Aku tonyoh-tonyoh jugak nak suruh masuk puting botol tuh. Masuklah. Susu aku bancuh 2oz. Kul 11malam, tak habis-habis jugak. Puas tonyoh tak abih jugak. Tercalar jugak kesabaran.

Tadi buat 1oz, tak habis jugak. Melalak-lalak tak nak. Aku bukannya obses nak memaksa sangat. Tapi kalu tak paksa, takut dia tak cukup zat pulak. Pipi pun makin kurang berisi dah skang ni. As a mommy, takkan tak risau kan. Nampak gaya petang ni nak kena paksa suap vitamin la kat dia. *sigh Aduyai... Nape la anak-anak semua ikut DNA aku yang tak lalu makan ni? Kan senang kalu selera makan minum ikut daddy.

Terlintas jugak di fikiran, apa kata kalu aku ikut je. Wait and see bila dia lapar. Kalu dia lapar sangat, dia minum jugak kan? Hmmmm.. Nak kata menyesal introduce dia kat miss Boobies pun tak boleh jugak. Dah memang hak dia pun miss Boobies tu. Fine, aku takde masalah kalu dia nak bergayut sehari pun. Masalahnya memang miss Boobies dah kering kontang skang. Cik Zaraa pulak dah pandai menggigit skang ni. Protes la tu gayanya bila tak cukup supply tuh. Takde gigi pun sakit wo.

Itu part feeding. Part tido dah ada improvement sikit. Tido la jugak siang hari. At least buleh la tinggal untuk smayang ngan makan. Tu pun kena gilir-gilir jugak dengan Puan Menteri.. Belum terjadual elok lagi dia. Hari ni dia 91 hari umur. 9 more days to go to see what she might be. *sigh

Encik Frodo satu hal lagi. No more an innocent boy I raised. Tiap hari ada je bikin semua orang kacip gigi. Kacau adik, buat bising, terlompat-lompat sana, terlompat-lompat sini, mintak itu ini, menjawab mulut orang tua, pukul orang, main ganas-ganas, kedekut mainan, etc. How I wish Duci was here! Time Duci ada tu takde pulak dia berani-berani macam ni. Hoi serabut betul la. Time adik nak lelap mata je, time tu la dia sengaja-sengaja nak berteriak, bertempik melalak segala. Bukan tak tahu Zaraa ni telinga lintah. Kalu encik Jack ada, aku tak jamin la budak ni selamat. 

Baru anak dua!

2 comments:

R I N I . R A N I said...

Symptom2 En Frodo sama dgn symptom batrisyia masa mula2 dpt adik dulu, and still continue smpai skrg. Bkn setakat kacip gigi doh, bulih bikin sakit jantung. Why eh? Aku buntu doh, sesapa ada cara nak bg kurang symptom2 ni kat anak??? Please help... huhu

Blog Diva said...

rini:batrisya tu gap dekat je ngan faris.supo adam ni gap 4 tahun suppose cerdik doh kei.tu lah. aku tak tahu doh nok wak gano.suruh dengan nada yang lembut, dio xdgr. pukul kuat2 pun xdok efect gapo2 ko dio.buat sakit tangan aku jah behei kuat2 tp dio tetap degil.huhu....series aku pun buntu. serabut gilo sero.