Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 2, 2011

#814 Me Vs Entri Sesaje

Sedar tak sedar dah 17 hari encik Jack dan MIL kat tanah suci. Inilah tempoh paling lama aku dengan kanak-kanak ribena kat umah ni kena tinggal kat encik Jack. Tiap-tiap hari tengok Khabar Haji or anything related to haji yang tersiar kat tv. Tiap kali tu la imagine encik Jack kat sana dengan MIL. Tiap kali tu la aku imagine encik Jack mengelat tak pegi masjid, dok kat bilik menonton F1.

Anak teruna aku dah mula memanjang. Bila flip entries aku yang lama-lama, sangat mellowdrama sekejap. Rupa fizikal dah lain. Perangai pun dah jauh berbeza dengan dulu. I'm gonna lose (ke lost?) my baby! Sekejap je kan 4 tahun berlalu. Sebelum dapat adik, perangai sangat-sangat behave masyaAllah. Now what happened. Tak salahkan sesape. Salah aku jugak tak pandai didik anak. Macam tu lah bila tiap kali sakit hati dengan perangai dia skang, aku bagitau diri sendiri yang semua ni berpunca dari aku jugak. Hands down.

Baru ni pegi KL sebelum bersalin tu, semua kat sana puji encik Frodo sangat patuh. Cakap apa pun semua dia ikut dan dengar. dengar dan ikut. Perasaan aku sebagai ibu, hoho sangat senang bila orang puji macam tu. Now not anymore. Perangai dah macam hooligan. Siang malam terpekik-pekik. Pantang ditegur, cepat je naik kaki dengan tangan dia kat kita. Penah aku pukul dia sampai kebas, sampai berdenyut tapak tangan. Tapi dia menten rilek jugak. Pakai hanger pun pernah. Tapi dia tetap macam tu jugak. Psst, penah dia pulas telinga aku and say, 'degil'! hahahaha. Ini belum masuk school lagi. Dulu jumpa kawan main elok je. Now, dia la kepala pengatnya. Nanti encik Jack balik haji ni, aku mau tengok cemana dia handle si Duci tu. Penakut jugak kah atau sudah downgrade toleransi terhadap being bullied. Mari kita nanti dan saksikan ye anak cucu gemulah encik Ramli.

The princess today dah 94 days old. Dua tiga hari ni dah terjadual sikit tido bangun dia. Oh baru ni dia tak kareb sehari. Hati sangat runsing wo! Takut jadi macam anak Puan S yang constipate sejak dalam pantang lagi sampai la ke setahun lebih and counting. Zaraa dah kurang kerap kareb skang. Sebab dia kurang menyusu atau apa ye? Dua tiga hari ni aku tengok si Zaraa ni suka menyusu sambil mengiring. Sila jangan tiru ye. Sangat bahaya untuk bayi. Tapi aku takde choice, dah tu je gaya dia nak menyusu. Lepas habis sebotol, aku angkat la kasi burp. Dah beralih bulan kot dia. Alhamdulillah la. Dah pandai tengok tv skang. Takde la nak kena berdukung siang malam macam dulu. Kesian kat Puan Menteri jugak.

Tido itu bagus. Tapi aku tetap runsing satu hal lagi. (pulak dah!) Tu lah dia, kalu dah jadi mak orang ni ada je benda nak dirunsingkan. Begini, ececeh... Tuan Puteri kecik ni skang ni kalu nak tido, mesti nak ada pacifier kat mulut. Hoho... So not cool ok. Tapi kalu tak bubuh benda ni, tuan puteri ni tak nak tido. Infact, benda ni sangat membantu la. Kasi dia ralit sikit. Buleh la nak letak dia and buat apa-apa yang patut. Kalu asyik nak berdukung cemana nak buat keje ye tak? Bahaya ni. Bila dah tahap macam ni, aku dok pikir cemana nak pisahkan dia dari pacifier ni pulak. Hayo.Dulu dia tak tido kalut cari pacifier nak suruh tido. Now dah tido lama, kecoh nak cari jalan tak nak kasi hisap pacifier pulak. Drama betul la Blog Diva ni kan! Tuan Puteri kalu hidung mancung memang double thumbs up. Tapi kalu gigi yang mancung ke depan ni, disaster la weh!
Sesambil tunggu encik Jack balik dengan gelaran Pak Haji Orang Kaya Baru, aku berkoyaan sorang-sorang la dulu. Wakakakaka....
 Sekali duit tak cukup wak luuuu!!!!~~~











1 comment:

ibu adam said...

Pesan orang tua-tua..bacakan Ya latif 7 kali (byk2 kali pun takpe kot) kat ubun2 dia masa dia tidur..juga tiupkan pada makanan dia..beserta doa2 mugo dia jadi anak yg dengar kata...
Biasa la tu you, baru dapat adik mmg gitu ah..mintak attention kita la tuh..my Adam ada gak buat perangai sekali sekala tu..kalu kita marah mmg dia melawan balik..tapi kalu kita diam n buat 'silent treatment' kat dia..otomatik dia yg serah diri..hehhe..try la kot2 it works for him too..time tu bagi la nasihat2 yg berguna..mugo2 dia dengar.. =)
All the best eh! jangan stress2 sgt!