Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 3, 2011

#815 Me Vs Racing Against Time

Woh, anak-anak tido. Time ni la nak tengok mekap tutorial kat youtube, time ni la nak update blog, time ni la nak jenguk blog kawan-kawan, time ni la nak tengok downloaded movies and series, time ni la nak berfesbuk, time ni la nak pilih series nak download, time ni la nak cari subtitles, time ni la nak berehat. Hayoh... Nama je duduk kat umah. Tapi masa untuk diri sendiri makin depleted. Childish kan.

Walaupun encik Jack kat Mekah skang ni, aku tetap tak dapat lari dari memikirkan tentang urusan pindah umah ni. This is something grand for me. Maklum lah ni pertama kali pindah umah melibatkan lori barang. Frowning? Ye lah. Kat sini baru start membeli belah perkakas rumah yang besar-besar. Dulu pindah umah angkut barang pakai kancil je. Aku pun macam tak percaya kalu ingat-ingat balik. Sangatlah basic kehidupan ketika itu. Tapi hidup tetap hepi.

Encik Jack touch down ujung bulan ni. Mek Ganu pulak nikah tengah bulan depan. Ikutkan hati nak sangat la ahli keluarga yang datang untuk attend majlis kawin dia stay kat umah baru aku. Bila kira-kira balik, macam tak sempat je. Kitorang ada masa 2minggu aje nak siapkan umah tu. Nak buat wiring baru, hunting lampu kipas, nak hire orang pasang lampu kipas, nak beli katil dan tilam yada yada. That's seem so impossible. Dengan cuaca tak menentu skang ni lagi. Bulan depan would be our last month renting the kondo. Mana la larat nak bayar dua-dua. Ada ke orang baru balik haji ada banyak keje nak kena buat sebanyak ni. Puan Menteri cakap, kalu payah sangat, kalu tak sempat nak siapkan rumah, diorang sewa hotel aje. Huhu.. Ye lah , kalu ramai-ramai manalah muat nak sumbat dalam kondo sebesar lubang hidung ni. Lagipun, cadar towel semua dah masuk kotak. Tak cool la kalu nak kena bukak balik.

Install and reinstall barang umah ni ambik masa jugak ke? Ie: aircond units, hot shower, Astro, fixed line, internet, lampu kipas, rod curtain, curtain, yada yada.... Dah la katil yang aku berkenan tokei perabot tu bilang kena tempah dua minggu baru buleh hantar. Apa hal la banyak sangat halangan nak bagi orang stay kat umah baru ni ye. 
Macam kepala daddy.
Tadi mintak tolong encik Labu Labi bawakkan encik Frodo pergi trim rambut. Balik-balik, dogol terus kepala dia. Biarlah. Budak-budak ni lebih afdal rambut rapat camni. Senang nak handle. Sedang molek la by the time daddy balik haji nanti rambut dia dah panjang. 
Cik Mek aku ni sehari dua ni mata asyik bertahi aje sebelah. Orang lain bulu mata tumbuh ke luar. Dia bulu mata bawah tu tumbuh ke dalam. Asyik dok dalam mata aje bulu mata tu. Agaknya kuman pergi ke mata la sebab tu asyik bertahi aje.
Anak jantan aku dah hitam legam skang. Hari-hari main beskal. Kaki dua-dua belah memang penuh parut dan biru-biru akibat menggunakan brek kaki. (brek pakai tapak selipar) One good thing yang aku amazed pasal encik Frodo, dia sangat terer mencilok beskal. Setakat ni, walau selaju mana  pun dia kayuh beskal, tak pernah scratch lagi kereta-kereta yang ada kat umah ni. Ruang sempit pun dia buleh celah dengan laju tanpa tersangkut kat mana-mana. Terer jugak budak ni. Kecik-kecik dah nampak telen rally dia. 

2 comments:

zahira said...

perrghhh...tajam dagu Zaraa! :)

Blog Diva said...

kaklong:dagu Ziela Jalil ;p