Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, November 7, 2011

#818 Me Vs Zizi Dah Kawin

 Esok makcik update kat sini jugak tau. Malam ni makcik pancit.

**Updated**
Okay sorry I took an extra day off. Orang anak dua la katakan. *bwek!

Citernya, last week member aku (yang bukan pengantin dalam gambar-gambar ni) sms aku ajak pegi wedding Zizi (the bridezilla ni la). Kitorang bertiga classmates masa form 3. Member aku ni dapat la kad undangannya. Memandangkan aku tak dapat kad aka tak dijemput, aku cakap aku malas la nak pergi. Member aku ni segan nak pergi sorang, takde teman. Tanpa berputus asa, dipaksanya aku temankan dia. Last-last aku givap la. Dalam kepala terbayang kot-kot bebudak maktab or the Zainabians reunite kat wedding dia best jugak. Buleh la berjumpa-jumpaan dan saling bertukar khabar. Okaylah makcik ikut dengan muka tak malu sebab pergi jugak walau tak dijemput. Ekceli Zizi dah pesan kat member aku, ajak la sesapa lagi yang dia kenal. Kira jemput jugak la tu ye. *cover, cover

Kitorang sampai umah pengantin kul 2 lebih. Tak susah nak cari umah dia memandangkan aku dah pernah pergi umah dia di zaman persekolahan dulu. Cuma after belas-belas tahun tak pergi ni pemandangan sekitar lorong masuk tu dah banyak berubah. But we managed to find her house eventually. Time kitorang sampai tu pengantin tengah kucar-kacir tukar persalinan dalam bilik. So, kitorang letak hadiah (bawak hadiah recycle tau! ko pernah? hahaha), makan dulu sementara tunggu diorang keluar. Dia jemput tak ramai agaknya. Sebab kul 2 tu meja dah lengang. Kalu time aku dulu, kul 2 tengah sesak. Nak jumpa aku, kul 6 baru buleh sembang. Tapi hari ni, dengar nenek Zizi citer, kul 12 lagi diorang dah bersanding. So, rombongan pihak laki dah balik time aku sampai tu. Orait la tu. Aku kan tak suka sesak-sesak ni. Lagipun datang bukan nak jumpa rombongan lelaki.

Tengah melantak, tetiba tertengok kelibat pengantin. Walaweh, terkesima aku. Nasib baik aku pun pompuan. Kalu tak, berjujuran la air liur tengok laki dia Zizi yang sangat gojes itu. Oh lupa nak citer, (*edit je kan buleh?) masa mula-mula sampai tu, mata sangat terpaku kat pelamin yang sangat indah. Dalam hati tertanya-tanya, mak andam KL ke, mak andam KB ni? Macam tak logik je mak andam KB buat cantik dan classy macam ni. Apasal time aku dulu takde hek camni? Ehem, kalu ada duit, lebih dari ni pun buleh buat. *doubt Maklum la tokei-tokei pelamin ni hampeh buat keje last minit. Nak-nak pulak kat KB ni. Nak cari yang professional tu payah.

Okey back to the story. Time tengah makan pengantin keluar beramah mesra. Aiseh, malu betul surirumah ini nak bertegur sapa dengan pengantin. Aku ni sapa, pengantin dua-dua tu sapa. Segan giler ah. Bila Zizi bukak mulut je, tetiba terasa pelik. Nape minah ni cakap cam lain ek. Aku saspek mesti dia pernah pakai braces. Tersusun rapi je gigi. Cakap pun kepit-kepit control ayu. Eh memang dia ayu dari sekolah dulu apa. Lagi satu, kenapa dia cakap LUAI? Husband pun orang Pasir Puteh je dengar nenek dia cakap. (nasib baik nenek cakap kelantan lagi) Oh Zizi sudah berubah. Bukan rupa je makin cantik meletop, malah slang cakap pun dah lain. Ewah ayat.
Spot backdrop pelamin macam Marion Counter kawin dulu.
Lepas makan, kitorang masuk untuk bergambar sama pengantin fofular ni. Aku memang bajet tak bawak kamera, pakai hp aje. Kalu bawak kamera pun, malu jugak tengok orang lain perang DSLR, aku jugak hunus digital kamera tok kaduk lagi. Member aku ni tertinggal blekberi dia dalam keta. Cilakak. Terpaksa la  guna hp cabuk aku ni nak tangkap gambar. Buleh mengerti tak perasaan malu aku terpaksa menghunuskan hp buruk cabuk aku ni? Kalu buleh hulur bawah meja, aku hulur. Malu giler! Tapi nakkan bukti pergi wedding Zizi punya pasal, aku tebalkan muka jua.
Tak sempat nak zoom in hantaran satu persatu. Looks gojes tho. Macam SSF-made.
So Puan Kaunselor, gambar up close takde ye. Ni pun habis tebal dah muka nak bergambar dengan pengantin. Kira bagus sangat dah teaser ni. Kita nantikan wedding album Zizi kat fesbuk la ye. Aku pun nak tengok jugak. Kira heran jugak la aku, sepanjang aku kat situ takde pun muka-muka yang familiar. Dia tak jemput ke schoolmates? Kalu nak jemput, thru facebook pun boleh kan? Mungkin dah jemput, tapi ramai yang tak free kot. Biasalah tu.
Cilakak. Pesal perut tetiba nampak BOR ni.
Dari khabar yang sempat dirisik, laki Zizi ni keje offfshore, oil and gas. Masyuk la Zizi. Muka pun hensem. Dah la banyak duit, hensem pulak. Uh uh uh. Semoga berkekalan ke anak cucu ye Puan Zizi. Make lots of pretty babies like you.
Balik-balik umah, tengok anak dara dah berpakaian bibik. Tadi masa tinggal elok je aku pakaikan dress merah red riding  hood tuh.
Baju kelawar Zaraa dari Bali.

9 comments:

NikNadimah said...

majangae loni moden sungguh...ai laikkke!sapo nikoh ni?

Blog Diva said...

mah:aku x kelip mato kelih pelamin nih.tersangat la suko.bakpo heh time kito mulo xdop style ni? (kalu ado pun supo la aku mampu nok buat)

sapo nikoh?hahaha..bespren mu la si Zizi tu nikoh. memei wow la dio. muko lain (mekap efek kot), cara kecek lain, koho comei la pendek kato berbanding jamei kat mktb mulo. hubby dio pun looking good jugok. samo padei la duo ore tu.

Anonymous said...

Hehe tahniah zz, dio tak oyat ko sapo wedding advisor dio ;), btw teh blog awk sy suka baca walaupun panjang tapi cukup dh mengubat kerinduan kt kwn kwn tambahan lg ada gmbr anak dara Zara yg meleCUN tu~selalu ternanti nanti post baru :)

-ayu-

Blog Diva said...

ayu:haha..ternanti2 la konon.aku tok dei nok nanyo byk sbb segan telajok nok kecek nge dio..mugo aku ni kei ore xdok kijo...huhu

NikNadimah said...

eh aku komen pagi takdi,tapi bkpo missing?huhu prah nyoo...panjey aku tulih *sadis sadis

Blog Diva said...

mah:hok alooh...wat epen?aku xdok terimo pun komen mu itu.praaaaah, praaahh...taip smula la.aku sudi membacanya.

NikNadimah said...

sero supo tekey publish doh...huhu takpo aku pun x igt doh gapo aku tulis.sadis!

niSamiR said...

Zizi budok jenab jugok ko mek teh?ko mrsm mu?

Blog Diva said...

nisa:senget la mu ni.kei kito 3M1 skali mulo kat ZS. mu partner nge Dina kei. Zizi nge nik noor aida ko gapo namo dio. pengawas putih2 jurus tuh.


tu hok aku g skali dlm gmbr tu mu xcei ko sapo? Nik Hanaliza. 3M1 jugok. partner nge nik noorul azeera.

zizi masuk mrsm skali jugok nge aku pastu.