Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, November 14, 2011

#821 Me Vs Last Night's Robbery

Last night, umah jiran merangkap mak kawan aku dimasuki perompak. Trublu punya stori nih. Mak kawan aku ni miss J, tinggal ngan cucu dia. Tapi cucu dia laki, tido bilik lain. Kul 2.30 pagi, mak kawan aku ni dengar ada orang ketuk pintu bilik dia. Dalam mamai-mamai dengan tengah berkemban dan rambut kusut masainya, tak pikir panjang terus dia pegi bukak pintu. Ingatkan cucu laki dia tu la yang ketuk.

Bukak-bukak pintu terus perompak tu acu pisau kat leher. Warning mak kawan aku ni siap-siap supaya jangan menjerit, kalu tak dia tikam. Mak kawan aku ni dah tua. Kurus kering sakit jantung pulak tu. Cakap pun termengah-mengah. Perompak tu mintak barang kemas. Mak kawan aku ni bagitau la kat perompak tu dia mana ada barang kemas. Dia orang susah. Dok pun tumpang anak-anak aje. Ececeh. Ayat saiko la. Perompak tu terus geledah dalam laci, dalam almari. Dapat gak la henpon dua bijik, cincin berlian dua bentuk. Nasib baik rantai emas macam rantai basikal tu dia dah lama tak pakai harian. Dah sorok kat tempat strategik. Alhamdulillah perompak tu tak perasan kat rantai dia tu. Mau belas-belas riban jugak kalu dapat tu.

Time perompak tu geledah, mak kawan aku ni tengok je la. Nak melawan takut diapa-apakan pulak. Yang aku nak tergelaknya si perompak agaknya termakan la ayat saiko mak kawan aku ni. Siap interview lagi mak kawan aku ni sesambil dia menggeledah barang berharga yang boleh dia ambik. Makcik ni umur berapa? Mak kawan aku ni layan la jawab. Nenek ni dah tua, 70 tahun dah. Nenek ni sakit jantung. Bla bla bla...   

Hahahaha... Siap bersembang mujur tak jamu teh o aje. (teringat kat penyamun jebon dalam doremi tu sembang ngan tuan umah) Pandai jugak mak kawan aku ni saiko perompak tu. Lepas perompak tu blah, mak kawan aku terus pergi jenguk cucu dia kat bilik sebelah. Tido tak sedar apa. Memang perompak tu tak usik pun bilik cucu dia.

Mak kawan aku ni selalunya memang beringat la. Tiap kali nak tido, mesti baca ayat-ayat pendinding etc. Tapi entah macam mana semalam, dia rasa mengantuk sangat-sangat dari awal. Baca bismillah yang 21kali tu pun lepas baca-baca, tak ingat berapa kali, ulang lagi. Entah berapa kali ulang. Nak baca ayat kursi pun jadi terbalik kuang lintang pukang takleh nak baca tak ingat. Padahal tiap malam pun baca jugak. Lagi satu, dia pun tahu style cucu dia kalu nak cari dia akan ketuk pintu sambil panggil Nenek takpun kasi salam. Tapi tu lah, dalam mamai-mamai mak kawan aku ni terlupa segalanya. Benda dah nak jadi.

Perompak masuk melalui pintu dapur. Pintu dapur je berjaya dikopak. Habis pintu depan, tingkap keliling umah dia try nak kopak tapi barang baek ni payah benau nak terbukak. Tinggal kesan kopakan aje la. Buruk la keliling umah mak kawan aku ni. Cilakak. Bergalur-galur frem tingkap ngan pintu utama perompak tu cuba nak pecahkan. Pintu dapur memang la kayu murahan sket. Gril pun takde. Lagipun abang kawan aku ada dua orang yang tinggal belakang umah mak dia tu. Diorang selalu pesan kat mak kawan aku supaya tak diselak pintu dapur tu so that kalu sakit demam senang diorang nak masuk. Just kunci tombol je la. Unfortunately, anak-anak yang tinggal belakang umah dia tu pun tak dengar apa semalam.

Tadi mak kawan aku perasan, dua gugus set kunci umah tu lesap sekali ngan henpon dan cincin. Hai, perompak kebas kunci umah nak buat kunjungan mengejut sekali lagi ke? Mak kawan aku cakap, yang rompak dia semalam tu lelaki dalam 30an. Berbadan gempal. Scary, scary. Dunia sudah tak selamat.

So memandangkan Puan Menteri dah dua kali berdepan dengan kes kecurian ni, mak kawan aku mintak la pandangan Puan Menteri (nak report polis ke buat senyap je). Pada Puan Menteri, kes mula-mula tu memang dia report. Tapi bila polis datang dengan keta peronda tu, dia kata macam menyesal pulak. Sebab mencetuskan chaos bila jiran-jiran nampak pakat datang bertanya khabar. Kecoh la jadinya bila nampak polis ramai-ramai kat umah. Malu, kecoh tapi barang tak dapat semula. Sampai ke hari ni pun senyap je takde berita.

Itu pendapat Puan Menteri. Which I agree at some points. Bagi aku pulak yang selalu terdidik dengan tayangan CSI semua sekuel ni, aku rasa baik report. Yes I know barang yang hilang tu takkan dapat dah for sure. Tapi kalu report ni, ditakdirkan pesalah ni tertangkap satu hari nanti (walau tersabit kes orang lain sebagai mangsa pun) at least buleh tambah details dalam CV convict ni. Haha. Dendam punya pasal kan. Yang sepatutnya 5 tahun penjara, buleh jadi sampai 20,30 tahun penjara- sebab banyak kesalahan, dakwaan etc. Kalu mangsa-mangsa macam kita ni tak report, sedap kat pesalah tu la. Buat salah 40 perkara. Tapi yang orang report cuma sorang dua je. Yang 30 perkara lebih lagi tu free-free je lepas kat dunia ni.

Bila jadi mishap macam ni kan, sangat la risau kat Puan Menteri ni. Duduk sorang-sorang. Henpon selalu lupa letak mana. Memang la dah install alarm system serta CCTV serata rumah. Tapi manusia buleh buat macam-macam. Setakat pecah masuk  ambik lari barang takpe. Kalu ambik lari nyawa cemana. Mak ni kalu ada jual kat Harrods buleh kumpul duit beli lagi. Itu kalu mati terus. Kalu left cripple cemana... Hisy... Nauzubillah. Semoga Allah melindungi mak aku, mak mertua aku dan mak kawan aku dari manusia yang berhati iblis. Amin.

Jika anda di tempat mak kawan aku ni, what would you do? Report? Or do nothing? Or tempah gril baru?
Takut heh nak duduk umah atas tanah lepas ni nih.

2 comments:

farhanna said...

kena beringat, buat gate baru spy lbh secure..sgt menakut kan..

Blog Diva said...

farhanna:yay!!!ada reader baru!!! (takde kaitan dgn entry)