Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, November 15, 2011

#822 Me Vs Khabar Kelat Manis

Okay. Satu berita penting. Bukan nak hebahkan pada dunia. Tapi sekadar nak meluah yang terbuku di hati. Harap tuan empunya diri tak marah aku update stori kat sini. Sebab empunya diri sangat busy I belief, nak tunggu dia sendiri announce mungkin entry ini akan kepam. Gila punya ayat.

Okay Nik Pareh dengan Puan Bini dah dapat bertukar ke Semenanjung. Minggu lepas lagi tahu tapi belum sure dapat kat mana. Tahu la dapat kat Pahang. Tapi tak tahu daerah atau sekolah mana. Petang kelmarin Nik Pareh call Puan Menteri. Katanya result penempatan dah keluar. Dapat kat Pulau Tioman, Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek. Dulu dalam borang pertukaran memang Nik Pareh mintak area Rompin. Hah, hambik. Kena campak kat Tioman. Rompin jugak kan.

Makcik yang susah hati ni terus google petang kelmarin jugak. Google imej sekolah,  google imej satelit pulau, search fb sekolah. And the result.... Alahai...... *tak nak cakap lah. Of course bila orang dengar Pulau Tioman, people will say oh bestnya! Buleh pegi Tioman! Tak payah sewa hotel! Buleh makan hangin! Sekolah baru! Murid tak ramai! Kuarters berupa umah semi-d double storey baru siap! Dapat elaun kesedihan RM 500! Seafood murah! Hakikatnya?

Andai semua yang dikata orang itu benar, mengapa la hati ini tidak gembira ye? For me, ofkos la kalu pegi makan angin tu memang la seronok. Tapi ni nak pegi makan gaji dek non. Part seronok tu biarlah. Ni, part yang patah riuk macam kat Mukah aritu apa citer. Dulu nak balik susah sebab melibatkan macam-macam jenis pesawat nak menyampai ke Semenanjung. Kali ni if anything bad happen, kucar-kacir menunggu ferry pulak. Kalu memalam ada kes emergency cemana? *aku pulak tukang sibuk

Okaylah sori kalu aku spoil mood orang yang tengah excited dapat tukar ke pulau tu. Kasi try lah. Mana tahu jumpa duyung. Orix tak pun. Orang dah seronok nak pergi. Semoga apa jua keputusan yang dilakukan difikir panjangkan dan tidak menyesal dikemudian hari. 

Istiqarah apa kata?
Oh hey, dalam kelat-kelat pun Allah bagi jugak yang manis kat aku (alhamdulillah). My Zaraa dah nak mengiring. Kalu letak meniarap, dah boleh angkat dada macam nak pumping...hehe...  Good job girl! Nanti daddy balik buleh meniarap insyaallah.

7 comments:

nik faris malik said...

penempatan satu hal. hal lain keje. keje kat situ ok sebab hanya handle 130 budak jer. budak2 pun ok je xde yg geng gengster. parent pun ok. skolah sama laki bini tu pun dah kira bertuah kalu kat semenanjung. lagipun opsyen kami bab sains ngan math yg mmg berlambak kat sek biasa. nanti kang g sek lain kena ajar subjek bukan opsyen.tu semua kena amek kira. wat pe tempat ok tapi keje stres. transports no hal sebab ada dua syarikat feri. ada dua jeti lak tu. tanjung gemuk n mersing. flight pun ada. berjaya air. flight atr bukan twin otter. bukan aku sesaja pilih rompin. dah kat pahang tu ada 2 je tempat kosong. rompin n bera. bera meme tempat jin bertendang ler. pape pun aku nak g survey dulu tempat dalam cuti ni. kalu ok aku on. kalu x mmg cari sek lain. still tengah pikir pro n kontra. bukan senang nak wat keputusan..

faerni said...

ok now i imagine kids in mabul island. tanned dengan rambut keras sebab pantai je kan.. jangan aaa aleesya gitu sudah... err ina pindah tioman gak ke?

any how, being posted in remote area is far better than teaching in town. hati senang balik umah takde nak pikir apa.....

ada hikmah di sebaliknya... syukurlah setidak2nya dia di semenanjung juga.... rasa2 nak tukar ngan i boleh gak... hehehe

nanti laa nyoh tny kawan dia org kuat ppd raub kot laa ada kosong!!! asal masuk pahang dah senang je nak tukar nanti

Blog Diva said...

nik pareh:baiklah!

Nyoh:tu la mama oyak kalu mcm raub ke bentong ke ok jugak. nak balik pun dekat sikit. tp xdok org kenal nak spelek situ.kalu ada org nyoh kenal, buleh la try2 skodeng.let me know later. kena tanya empunya diri jugak. kot-kot dia nak jugak dok kat pulau.

some may want to stay in town. but some like to have a laid back life.

Blog Diva said...

nyoh: p/s: a'aah kak ina dapat satu sekolah ngan abe jgk. tu syg nak lepas tioman tu.

NikNadimah said...

aku ajin g pulau tioman.not bad la...tapi aku g kg salang.tekek tu naik feri sapa situ dulu.salang last skali.tapi leh naik katube berjaya.xdok la jauh dgt dari mersing.naik feri lamo la tapi bot laju setgh jam sapa jeti doh.hehe.

enjoy dgn laut dio comam...napok sutum bereney2 masa snorkling.

Blog Diva said...

mah:bilo mu g tioman? hanimun kah?

mu g best la mugo gi makei angin. acu keno dok ctu 10tahun.

NikNadimah said...

ala2 hanimun la....haha jolo jgk g smeta sero sedak la..acu tah keno bermastautin!