Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 18, 2011

#823 Me Vs Tak Sampai-Sampai

Dah dekat sebulan or memang sebulan dah encik Jack pos bungkusan dari Mekah. Tak sampai-sampai lagi. Sepupu dia pos barang the same day pun dah lama sampai kat Besut. Semalam encik Jack sms kasi nombor parcel untuk aku check e-tracking dari sini. Ada dua bungkusan yang dia hantar. Satu buleh trace. Tapi 8 haribulan lagi bungkusan tu dah sampai kat KB. Tapi apasal tak hantar ke rumah lagi? Satu lagi tong air zamzam 10liter tu tatau ntah sampai ke mana. No record available. Huh, sampai ke negara mana dah tong air zamzam kitorang tu? Choiii...

Kalu takde orang kat umah masa penghantaran pun mesti la diorang call kan. Kalu tak dapat call baru tinggal notis kan. Tinggal notis sampai 2,3 kali kalu takde orang claim baru diorang lupus kan. So apa citer nye skang ni.

Esok ingat nak pegi tanya khabar kat GDex depan KBMC tu. Apa hal lama sangat ni. Silap haribulan, mak aji ngan pak aji dah tiba kat tanah air. Barang yang diorang pos tatau apa status lagih. Orang datang jumpa nak kasi buah tangan apa? Lemah betul la pengurusan penghantaran ni. Dah tahu musim haji ni ramai yang nak guna perkhidmatan ni, upgrade la. Tambah staf ke. Tambah van ke. Tambah working hours ke.

Baru ingat nak pesan karpet Parsi sebidang dua. Kensel!
Anak dara aku ni pulak, last entry kan aku ada citer dia dah buleh mengiring. The same day dia buleh angkat dada ngan terlentang. Meniarap belum berjaya lagi. Sangkut kat bontot. Pompuan kan berat bontot ;p! Lepas hari tu, terus tak nak try dah. Asyik nak duduk atas orang aje. Bila masa nak prektis meniarap ni?
Zaraa sudah nanges. Kena publish teruslah.

2 comments:

zahira said...

mak aiii! lama giler pos tak sampai2 lg? udin pakai courier apa?

Blog Diva said...

kaklong: errr..tadi baru org courier call. tu pun bukan sbb nak dtg hantar. saje je call tanya umah area mana. nak hantar tak tahu bila lgi. so, kitorang pegi kutip terus kat pejabat dia. senang. tu pun mintak tolong orang dia angkat kotak tu pun berkira! me dok riba zaraa. mama yg patah tangan tu mana la larat nak angkat kotak 14kg tuh.