Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 18, 2011

#824 Me Vs Kalau Saya Dapat...

 
Pernah tak korang terkoya kalu korang dapat duit nuffnang berkepuk, korang nak buat apa? Selaku blogger yang mempunyai earning di tahap yang masih menyedihkan, ofkos la aku berkoyaan kan. Nak beli apa-apa harapkan duit gaji, manolah ada. Duit belanja yang encik Jack kasi bulanan tu ada la. Tapi sangat ciput dan aku guna untuk back up apa-apa kecemasan. Tapi aku masih bernafsu untuk berbelanja seperti orang lain.
 
Merayap jugak earning nuffnang aku ni. Nak jadi blogger terbaek macam mommy nadia tu emmm lambat la sket kot.. Hahaha. Nak join apa-apa forum ilmiah ni aku kurang minat. Tak ada masa pun ye. Buatnya terjumpa forum melanun, sehari suntuk melekat bontot depan lappy ni. Naya. 

Nak bloghopping pun tak sempat skang ni. Tatau nak mula kat mana pun ye. Kalu ghost readers singgah tak tinggal jejak, mana la aku tahu kan sape yang baca blog aku. Kalu tinggal jejak, buleh la aku jenjelan kat blog orang pulak. 

Okay, berbalik pada nuffnang tadi. Entry ini adalah berkenaan saya mengajak anda semua berimaginasi tentang apa yang saya ingin lakukan jika saya mendapat fat check dari nuffnang. Saya memang dari dulu lagi mengharapkan payslip dari nuffnang. Tapi orang kata, kalu mengharap memang tak dapat. So, saya buat-buat tak mengharap je la. *pejam sebelah mata

Ada banyak benda yang saya idamkan. 
  1. branded make up items
  2. footwear ikut warna baju dalam lemari
  3. nak beli perabot umah baru (sofa, coffee table, beds, side table, etc)
  4. tudung awning terbaek macam yang pengacara/pembaca berita tv pakai
  5. water filter yang bagoes, bagoes. Kalu buleh nak nano tech punya.
  6. nak tukar spek mata. Current one longgar.
  7. LCD tv. Ke ada lagi canggih nama lain?
  8. nak beli set Tupperware yang Puan Kaunselor jual.
One word. DUNIAWI. Huh, kalu nak list out memang panjang berjela siap bersambung ke blog orang. Antara 8 yang aku malu-malu nak senaraikan tu pun tatau mana satu yang priority aku. Spek kot? Makanya, bilalah aku nak dapat duit nuffnang aku ni. Seronok kan tengok orang dapat 3,4,5 angka. Aku, dapat lebih sket dari duit encik Jack bagi bulanan tu pun cukup lah ;p  Saje je la. Biar ada benda yang aku buleh buat kenangan jasa titik peluh aku mengarang kat alam maya ni. Membebel tanpa henti sampai dekat 1000 entries kalu tak dapat apa-apa memang saje la.

Seminggu dua ni aku perasan my boy memang tak minum air kosong pun sehari-hari. Asyik minum air manis je. Kalu tak susu dia, susu coklat, cultured drinks, milo, teh o etc. Memang dia tak minat minum air kosong. The only plain water yang dia minum pun -ice cubes. 
Baru ni try off lactulose dia. Sampai bila kan asyik kasi lactulose. Lagipun orang yang selalu tolong prescribe lactulose free tu dah pencen. Lactulose ni kalu nak kena ambik berterusan macam encik Frodo ni memang sakit tangan jugak nak membayar. Satu botol besar dah RM24. Sebulan je pun kalu sempat. Kalu habis, nak kena beli lagi.
So, aku ngan Puan Menteri try la off ubat tu kat dia 2,3 hari. Kes terlupa sebenarnya. Tambah pulak time tu raya haji semua farmasi tutup. Disebabkan tak kasi 2,3 hari tu, encik Frodo tak kareb seminggu. Kesian dia. Kalu rub perut dia, memang rasa ketul-ketul keras stool dia. Tiap hari mintak suruh orang sapu minyak kat perut. Memulas la agaknya. Bila dah jadi camtu, understood la kan dia belum boleh off lactulose lagi.

Encik Jack selalu jugak mengomel sampai bila nak kasi lactulose kat dia. True. Tapi kalu tak kasi, tak kesian ke kat dia berminggu-minggu tak kareb. Nak kareb seksa pulak tu. Nak cakap cemana ye. Air tak nak minum. Buah sayur tak nak makan. Nasik jarang-jarang je jamah. Hari-hari asyik nak makan popcorn chicken aje. Mati akal ngan Puan-Puan Menteri sekali. Orang ingat aku malas serve anak kan. Now dah berbulan dok ngan aku, tahu sendiri la. (memang la aku ni pemalas. Tapi kalu berbaloi buat memang aku buat)

Seronok tengok anak orang makan serba-serbi. Takde masalah constipation. Hopefully Zaraa tak ikut selera aku la.

Oh hey, Zaleha Textile dah bukak cawangan depan HUSM! Yay!!! Tak payah pegi Jerteh to get one. Dah rembat dua lai pun tudung awning. Sebelum masuk punya la berkobar-kobar setan whisper suruh beli tudung mahal. Tetiba bila masuk je rambang mata. Tangan asyik terpergi ke arah tudung murah jugak. Menggigil nak bayar agaknya kalu ambik yang mahal ni.

Okaylah, RM30 selai tu aku kira mahal la pada aku yang dok umah je ni. Last-last terbeli tudung saiz SS dengan harga cuma RM11.90. Hak elah... Saiz dua-dua aku beli SS. Tapi bila sampai umah try, satu singkat satu lagi okay. Both aku beli awning made of thai silk tuh. Kain pulak jenis T-shirt. Memang sedap pakai. Warna pun jumpa yang aku berkenan. Tapi tu lah. Singkat. Cilakak.

Keluar membeli belah dengan bebudak camni la jadinya. Kelam kabut. Nak try, nak pilih elok-elok pun tak boleh. Serabut je. 

8 comments:

najmi said...

mommy nadia, mmg dapat payment berkepuk skrg, tgk cheque Nuffnang dia mmg pitam,jeles2

kak teh tambah gossip2 artis ah jadi beautiful nara hehehe,

mata zara tu mmg besar sungguh gerammnye

Blog Diva said...

mimi:ahahaha..kan?!!

ishk gossip artis silap haribulan kena saman tak pasal2! kita blogging nak cari duit, tetiba duit pulak yang melayang.tak kuasa..hahaahahaha..

psst, brp ek mommy nadia dapat skang? ehehe..

NikNadimah said...

wahhh namo aku dalam senarai wishlist?ahahahha....

wei ore duk kalut nuffnang...aku langsung x ajin amik tahu.tapi aku tau la serba sedikit tu mengenainya.nati nok blaja nge mung lah.

Blog Diva said...

mah:aku register jah. TNC tok baco abih pun lagi.ahaha...

zahira said...

teh...skrg org tak pakai LCD doh. Lor ni org beli LED! hehehe...

mommyNadia said...

Apapun nk gelak smbil gollek dulu!!!
Ekusme pn diva,mommynadia tk smp level cik hanis or abe nara lagik pun.jauh lah weh.kalu duit nuffnang nk beli 8items diatas,dak mampu lg monmynadia.
Apapun yg penting nullis entry dgn ikhlas,tkdok niat selain sbg kenangan n reference kawan2*tu pun ngarut jah tullis*
Org kata nyelam smbil minum air.so far bila g event nuffnang mmg best,free goodies paling best!!makeup branded tu senang weh nk buleh!!!
Mek,tips nk bg sket,bw n komen kt blog org lain,is the best way to bring readers to ur blog.ramai reader keppuk ah duit NN.seriusly,blog mek ni ada potensi!!keep on writing my fren!!!
Apapun proud to b inside ur entry.wakaka!!*sorry over plak ngomen*

Blog Diva said...

kaklong:baiklah! kahkahkah..napok benar xtahu peredaran semasa benda2 elektronik nih...ado pitih buleh la ambik tahu.kihkih.

Blog Diva said...

nadia:time ado maso blh la nok bw n komen blog org.tp tu lah. lately ni xdok maso. tunggu zaraa 3 tahun la baru ado maso balik..hihi..