Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 20, 2011

#825 Me Vs Entry Takde Motif

Cilakak. Aku dah karang berjela time Zaraa tido tadi. Tak tekan save rupanya. 
Tv or Henney? I want both! 
Biarlah. Bagoes jugak. Tak payah aku publish entry panas hati kasi orang satu donia baca. Okeh, mentang-mentang kakak ipar cakap skang ni orang dah memuja LED tv instead of LCD, aku pun ye-ye je la menggoogle. Selaku blogger berprolifik (kahkahkah), aku tidak boleh ketinggalan dalam bab-bab kecanggihan teknologi. Cilakak wikipedia kasi aku gambar bekas-buah-hati-tak-jadi aku ni. Dah jadi model LED tv rupanya dia ye.

Hari ni memang produktif dan proaktif. Pegi pejabat tanah di Tunjung ngan kutip parcel yang encik Jack hantar kat GDex. Kejadian mengunjungi dua-dua premis tu pun aku takde hati nak citer. *sebab tadi dah karang panjang-panjang but then lupa nak tekan save terus shut down laptop. Dua-dua buat hati rasa kelat. Kerenah birokrasi dengan orang-orang yang rude dan tak mesra pelanggan. Cukup. 

Mari kita maniskan hari yang gloomy ini. Anda tonton drama Payung Emas semalam kat TV3? Berani-berani betul TV3 tayang citer yang mampu meneteskan air liur aku ye. Saje je nak menguji tahap rindu dan candu aku kat encik Jack nun jauh di mata sana. Oh okay aku baru tahu Remy Ishak sangat pandai melakonkan watak romantis. Oh sebab inikah orang sangat-sangat tercacak di depan tv menantikan Nur Kasih dulu-dulu tu? * Remy Ishak hero Nur Kasih eh? Okay, okay aku memang failed drama Melayu. Mengaku. 

Nyaris-nyaris nak samakan Remy dengan Edward Cullen.*lariiiiikkkk!!! Disebabkan hati sangat rasa tak puas hati tengok benda-benda romentik time encik Jack takde ni, aku tarik comforter dan suruh encik Frodo off tv. Fair! Hahaha. Senang hati tak payah tengok sampai habis. But then bangun pagi ni tertanya-tanya pulak citer semalam ending cemana?

Dalam sebulan, aku akan ada hari-hari di mana mulut aku terasa nak makan benda manis. Chocolate. Or dessert or anything yang sedap di mulut aku. Baru ni Puan Menteri beli wafer ni kasi try. Sedap wooo!!! Bagi sesape yang sukakan Kit Kat tapi tak sukakan harganya, silalah beralih pada Crunchy Bite Wafer ni. Rasa sama je ngan Kit Kat tapi rege murah. Aku suka! Ada sikit-skit rasa macam Kinder Bueno jugak. Pun aku suka. Kinder Bueno mahal wok skang ni. Time aku kat uni dulu sempat la beli dengan harga RM2.10 sebatang. Dulu suka makan benda manis-manis ni time-time PMS. Oh hey, aku belum period lagi. Berapa bulan ek lepas bersalin normally akan datang bulan balik?
Hari ni encik Frodo tak tido langsung seharian. Kesian Puan Menteri dah mentally abused dengan kenakalan encik Frodo. Tensi je tiap hari menangani kerenah encik Frodo. Orang bapak dok jauh ni camtu la kot tak dengar kata. Hari ni entah berapa kali aku hangerkan dia. Takde perubahan jugak. Tarik muka macam tu la jugak dia. Bikin kita yang memukul ni lagi tensi ada la. Dah la kat pejabat tanah tadi pun kucar kacir handle dia sambil diskas dengan pegawai perunding harta pusaka tu. Kesian kat Puan Menteri la asyik tensi aje kat anak aku. Mesti dia tak sabar-sabar nak tunggu aku balik Penang kan. 
Cik Mek ni pulak asyik cranky sepanjang hari. Menyusu pun tak kerap. Runny nose. Tido pun kejap-kejap. Bila puting tanggal, dia tersedar. Nanges lagi. Kena dukung lagi. Skang ni dia langsung tak nak duduk-duduk dah. Dah berdiri mencancang dengan sokongan kita. Meniarap tak reti lagi dah nak berdiri. Uh uh uh.
Walaupun dia sangat cranky, time aku usik-usik dia tetap sangat sweet hooo. Siap gelak-gelak lagi dua harakat. Anak-anak aku memang susah ketawa ok. Zaraa ni pun kira baik sikit la. Time Encik Frodo dulu jenuh nak buat dia senyum je pun. Berpeluh-peluh nak tengok dia senyum dua saat. Haih.

Hujan sangat lebat. Aku mau tido.

4 comments:

ibu adam said...

Ahhahhhaa..itu adalah wafer kegemaran kami (Adam dan ibunya)juga!!
Siap kena sorok kalu beli se-pek tuh, kalu tak, sekali hadap je Adam makan tanpa rasa bersalah! =)
Zaraa, memang sangat comel!!!

-raudhah

Blog Diva said...

raudhah:ahahahaha...banyak sungguh rupanya persamaan kita ni yek?!

NikNadimah said...

aku dey tgk setgh jam jah payung emas sbb nujaid cranky nk tido.waktu tido aku wat masuk dale bilik ngopek dgn aku skali tertido.frust xdpt tgk cito tu.tapi ore kato best key?

wahhh cokelat apekah...rumoh aku ni kit kat digunakan utk membuatkan naufal jadi jurus.umpan kit kat semo mendo dio buat dgn tulus ikhlas.tapi mahal keh....nati aku nk tra la bli Crunhy Bite nih.

Blog Diva said...

mah:tadi tubik ngepen wafer ni kat tv. baru lagi kot di psrn sbb tu baru tubik d tv. adam oyat 'coklat ikan'. wakakak. sebab ado ikon ike jos kei...

btuoh la mu ado jgk bendo buleh buat upe kot nopal.aku gak kalu nok ngupe, keno bui main game je la.tu jah hok dio minat loni nih. makei2 sori la dio memei xlaye.