Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 23, 2011

#828 Me Vs The Sites I Visits Everyday

*mundar mandir.... Apa nak buat ni. Encik Jack tak balik lagi. Edward Cullen bakalan muncul di wayang-wayang terdekat. Berdosa Puan Kaunselor menggugat emosi saya yang berjauhan dengan chenta hati ni. Tapi nasib baik jugak Puan Kaunselor seru dalam blog beliau itu. Sebenarnya saya mati-mati ingat wayang dah lama tayang citer ni. Kihkih. Sangat la tak cakna. Tahu skang football match pun sebab kat pesbuk orang dok berlumba update status pasal bola. Sukan, sukan aku pangkah besar-besar. Tak minat.

Tiap hari, citer sama, rutin sama aku ni. Kalu ada luang yang membolehkan aku menatap skrin laptop ni, biasanya yang wajib aku bukak adalah
  1. dashboard blog sendiri
  2. komen-komen yang layak dipublish
  3. reply komen orang
  4. tengok sape yang update blog dan visit and read one by one, kalu bagus, tinggal komen
  5. facebook
  6. Nuffnang
  7. blog ct & senor (sebab theirs tak appear kat dashboard kalu diorang update blog)
  8. hmetro
  9. site ********* tempat aku melanun US series
  10. site *************** tempat aku cari english subtitles
  11. blog Hamis Jalikha
  12. google if i heard new word, new place
Sikitnya site harian aku.. No wonder kan kalu kawan-kawan tak update blog, aku rasa sangat-sangat boring. Down. Nak blogwalking pun skang asyik tak sempat. Kesian lah aku ni.

Baru ni baru teringat pasal minat nak belajar cara-cara ikat riben. Riben. Yes riben. Mesti pelik kan. Takkan aku tak pandai ikat riben lagi umur 30 dah. Hoho. Riben ni tengok macam simple. Tapi nak menghasilkan riben yang purrrrfect simpulannya, perfect loopnya adalah tidak mudah. Tidak mudah jika tidak tahu cara. If you want to be a good crafter, I belief you need to know how to tie a perfect bow.

Tapi itulah. Tiap yang aku nak sungguh-sungguhkan pasti ada halangannya. Anak-anak la. Tido tak sama dua-dua tu. Sorang bangun, sorang lagi baru nak tido. Sorang tido, yang sorang lagi pulak dah bangun. Dua-dua tak kasi chan aku mengadap benda ni. Adat orang beranak kecik la ye.. Sepanjang masa mesti nak kena entertain diorang je.

Encik Frodo skang ni risau betul aku. Baca, tulis tak reti-reti lagi. Nak reti cemana kalu tak belajar. Bukan aku tak ajar. Ajar. Tiap kali aku tulis ABC, dia berkeras suruh aku lukis keta kat dia. Aku berkeras nak ajar ABC jugak. Dia berkeras nak tengok orang lukis keta jugak. Bila tiada persetujuan dicapai, mula la sorang ke kiri, sorang ke kanan. Makcik givap lah! Dah umpan dia dengan reka citer cara nak tulis tu pun dia tetap nak cara dia jugak. Beli colour pencils, nak suruh dia belajar mengaler. Alih-alih buat macam alat repair keta-keta mainan dia. Entah kemana-mana dah perginya. Aduyai.... Malu la Mommy Daddy sama-sama dari MRSM PKP ni. Cream of the cream katanya... *kuikuikui.. Adam, Adam. pergi school nanti cemana.

Zaraa now dah nak pegang-pegang botol dia sendiri. Kalu nak, dia tarik tangan kita. Kalu tak nak, dia tolak-tolak tangan bila kita suakan something ke mulut dia. Kalu nak tido mesti main-main jari dia kiri kanan dulu. Tak minat duduk dah skang. Kalu pegang tangan dia, dia mesti ingat kita nak tarik dia bangun. Sekejap je dah bangun berdiri. Tak padan umur 4 bulan! Kalu posisi terlentang, suka benar angkat-angkat kaki dua-dua belah. Pegang-pegang kaki dia. Nak tido mesti ada puting kat mulut. Buang puting, terus sedar. Sepanjang hari seawal 5 pagi mulut dah bising-bising. Nak bercakap la tu. Puan Menteri geleng kepala. Dua-dua beradik ni spesis bangun awal pagi. Cucu Tokki belaka.

Aih, tinggal berapa hari je aku kat kb. Pasni nak balik Penang dah. Ingatkan aku je yang tak lena tido teringatkan nak naik umah baru ni. Encik Jack nun kat Madinah pun sama. Dah berkira-kira apa nak buat bila balik ni. Wonder, berapa la bil maxis aku bulan ni. Ngeh ngeh ngeh. International call tiap minggu apa taknya. Puan Kaunselor pun bakalan berpindah rumah. Best! Best! Buleh tengok prebiu umah baru beliau. I want details please! Aiseh, umah laki bini kojo nih mana la layak aku nak tiru-tiruan... Takat tukang tengok dan terliur je la... Progres umah aku dah ke laut. Huhu. Sedey, sedey. 

Kalu aku tak buat home tour tu, maknanya umah tak lawa la tu. *cakap awal-awal

2 comments:

FarhanaDr said...

Ohhhh.. Sis ade blog lain juga ya.. Saya datang dari blog Hallyu Talk.. Waaaaa.. Sangat best baca review2 kat sana dan saya dah bookmark mana cite yang berkenan untuk disedut.. Thanx a lot sis.. Really appreciate that.. Ur review helps a lot.. Dan seronok baca.. :D

Nik Nadimah said...

perasey dok bakpo tiap2 ari komen aku muncul dulu? hahahaha sbb loni cuti skoloh.lalalala so pagi2 sementara tunggu kettle bunyi siren & budok2 tido lagi aku online lersss...

aku x buko blog senor sbb x naik entry baru.lps mu oyt baru aku buko.hehe tapi loni aku lebih masa la sikit untuk blogwalking & bloghopping & blogshopping....aiyarkkk....