Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, November 26, 2011

#829 Me Vs The 3 Longest Day To Wait

Yay 3 hari lagi encik Jack bakal pulang ke tanah air bersama teman pergossipan aku; MIL. Hihi. Tak sabar you! Nasib baik barang yang encik Jack pos bulan lepas tu dah sampai minggu lepas. Ni lah rupa kotak yang di nanti-nantikan mengalahkan debaran nak bukak pandora's box tu. Terjelir jugak aku sama Puan Menteri mengusung kotak ni masuk umah. Tangan agak gatal mahu mengintai apa isi di dalam. Tapi telah ditegah tanpa was-was oleh Puan Menteri. Tak baik katanya, sebab tuan empunya barang sendiri belum sampai. Biarlah tuan empunya sendiri yang bukak. Huhu. Bertindak mengikut arahan! (*eh macam santa claus pulak bawak hadiah untuk dibahagi-bahagikan kat Apal nanti)
Sehari dua ni aku dah start berkemas kain baju serta barang-barang yang patut. Dah 4 bulan aku berkampung kat kediaman Puan Menteri. Haruslah harta benda berada di merata rawa kan. Encik Jack balik ni tak tahu lagi bila nak kembali ke Penang. Aku kemas je la ye. Dia nak balik tahun depan pun, barang dah ready. Sedikit teruja nak balik Penang nampak?! *wink
Bersempena tema encik Jack nak balik haji ni, encik Frodo pun sibuk la nak pakai kopiah. Tadi pepagi dah keluar pegi kutip Bos IBM kat stesen bas KB. Elok pulak dia pakai dari turun umah sampai la habis bedal satay ni kopiah masih terpacak atas kepala. Selalunya pakai tak sempat 5 minit dah kalut nak tanggalkan.
Bos IBM bawak balik cereal ni. Konon nak makan dengan encik Frodo la. Encik Frodo ambik bau je. Bau je buah-buah, terus rijek. Hekeleh. Eh tapi sedap lah. *harga pun! Aku manalah beli benda-benda tak murah macam ni. Buleh pengsan tengok harga dia. Berbaloi lah. Rasa dia macam granola/muesli bar. Tapi lagi rangup. Bila bukak plastik dia, aroma apricot terus menerjah ke lubang hidung. Sangat yummy! Bonus:- rasa dia manis-manis buah je, tak macam cereal yang biasa aku beli yang oversweet. Sedap sedap sedap. I don't bother to put milk whatsoever. Makan gitu je aku tadi. Bau apricot dia memang takleh blah la...
Konon kan sangat iri hati dan cemburu buta tengok kawan-kawan dah start weaningkan anak-anak diorang, aku pun koya la kasi Zaraa try. Wakakaka.. Eh tapi dia suka la! Seminggu dua ni memang suka benar dia hisap tangan orang. Dari dok jilat tangan kosong tu, baik la aku kasi benda perisa sedap-sedap sket kan. Dia punya suka tu sampai hancur cereal ni dihisapnya. Cayalah Zaraa. High taste. Macam mommy bab makan. :P buwek!!!! Tapi dia baru 4 bulan (lusa). Aku kasi try sikit je. Kesian takut  perut comei dia terkejut pulak awal  sangat dah sumbat macam-macam. Hoh, kalu dah 6 bulan gaya makan macam ni seronok jugak tukang suap ni. Watching my baby eat is something therapeutic to me!
Bagi yang nak cuba, beli beli jangan tak beli.

1 comment:

zahira said...

woooo...apa agak2nya isi dlm kotak tu? yg pasti jubah mesti ada, hehehe