Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 25, 2012

#845 Me Vs Budak Jahat

Semalam lagi encik Jack cakap harini nak lunch kat mekdi. Sebab mekdi tengah murah katanya. Hoyeh!!! Tak payah masak. *suka ** melompat-lompat Lama dah Adam pun dok mintak-mintak nak makan kat mekdi. Boleh la bawak dia kali ni. Yang enjoy lelebey sudah tentulah aku sebab tak payah masak kan. Peluang untuk Encik Jack cakap tak payah masak ni datang bukan selalu. Haruslah aku gumbira. Hoyeh hoyeh hoyeh *chicken dance

Sebelum pergi lunch tu kitorang beli belah dulu kat Tesco depan umah aku ni. Stroller tak bawak, so aku masukkan Zaraa atas troli terus. Selisih dengan orang, pakat senyum-senyum tengok aku buat kat anak lagu tu. Hek eleh, nak tiru la tuuuu..

Sesambil tu masuk kedai DIY beli kepala hos pancuran air yang patah baru ni. Aku tengok tiara cantik fit for a princess. Harga pun tersangat murah, so rembat satu untuk Zaraa. First time ni beli ekseseri kat anak pompuan okeh. Selama ni semua orang kasi. Teruk kan. Mommies lain aku tengok beriya beli itu ini kat anak pompuan. Inilah kelemahan jika anda tidak mempunyai kelebihan kuasa beli. Huhu. Kalu mommy ada duit, mommy beli banyak-banyak macam-macam kat Zaraa yea...

Setel beli-belah baru pegi menyumbat perut. Harini packed giler manusia dalam mekdi. Indoor outdoor semua penuh. Nasib baik time kitorang dok usya tempat, ada yang nak blah. Makan-makan-makan, Adam nak pegi main kat playground. Aku suruh dia pegi dulu. Aku menyusul kemudian, saje nak lepaskan Zaraa merangkak dalam playroom tu.

Time aku sampai tu, Adam dah beberapa minit main kat dalam. Tertengok la dia dok main kejar-kejar dengan sorang budak melayu ni. Umur dalam 4 tahun gitu kot. I suppose pompuan. Dono. Lelaki nampak macam pompuan or perempuan nampak macam lelaki. Unidentified. Aku ingatkan dia main kejar-kejar. Pastu baru paham. Rupanya budak tu bertindak monsterous kejar Adam. Patut la budak-budak cina lain dok menyorok belakang slide tu. Tak berani rupanya.

Mulanya aku tengok aje. Hoping that they can play well together. Pastu depan-depan aku budak tu tarik kolar baju Adam, nak smack down. Aku cakap leklok la kat budak tu suruh main elok-elok jangan mengasar camtu. Buat tak reti jugak. Adam lari jauh-jauh, dia kejar lagi. Bila dapat, dipanjatnya atas Adam sampai Adam jatuh tertiarap. Ini sudah over. Hot mama dah aku ni.

Aku pandang-pandang luar cermin tu cari kelibat mak bapak budak ni. Time aku melilau tu, parents Cina kat sebelah cermin playroom tu pandang aku sambil buat gerak mulut 'jahat kan?' referring to that kid yang buli Adam tu. Oh clearly she can understand what I'm feeling that time. Agaknya anak dia pun kena jugak la kot.

Tak tahan plus kesian tengok Adam diperlakukan macam tu, aku pun campur tangan la. Aku marah kaw-kaw kat budak kurang ajar tu. Pastu ajak Adam blah. Budak tu terkebil-kebil takde kawan dah nak buli. Dok tanya-tanya aku time aku nak pakai selipar tu Aunty nak balik dah? Hah aunty? Nak balik dah? Aku buat dek je. Malas aku nak layan budak jahat camni. Memang patut pun Cina tadi cakap dia jahat. Memang jahat giler. Benci lah! Kesian Adam. Nasib baik spek tak patah. Kalu tak, ngan encik Jack sekali hot daddy.

Yang aku herannya, parent budak anak jin tu takde pulak datang monitor anak dia ni. Letak anak kat situ terus tinggal pegi makan. Aku dok perati jugak nak tahu sape parent budak tu. Dekat kitorang dah nak balik baru nampak kelibat ayah dia pegi panggil dia. Nak balik dah kot. Hoh, baru tahu anak sape. Mak dia dok ngadap laptop. Patut la tak hirau anak ni dok buli anak orang pun. Bodo punya parents. Hish geram lah!

Parents budak lain pun jeling je bila tengok bapak budak jahat tu. Time budak tu ada dalam playroom tu, semua parents lain pakat bawak anak masing-masing keluar. Jahat giler, imagine je lah. Rugi tak hambik gambar budak tu tepek kat sini. Caption: Void this monster. Keep out of children's reach.

Kesian anak aku. Takleh main kat playroom. Aku mommy yang tak puas hati. Dok terbayang je rambut panjang budak tu. Gunting je rambut dia kasi gerigi-gerigi. Hohohohohoho.... *masuk setan
At the gate of 7 months old, Zaraa dah pandai memanjat. Tangga saje dah berapa kali dah dia test-test line yang berjaya membuatkan jantung aku macam nak tercabut. Terlentang pun is uncountable. I need a walker!

5 comments:

zahira said...

Teh...eloknya tepek skali gmbr mak pak budak tu dlm ni...hoh...tak puas2 ke mak dia dok ngadap internet sampai anak biar membuas buli anak org?

Mama said...

ygni aku kena komen...aku ada jugak terserempak dgn budak lebih kurang...tak sempat nk buat apa2...aku dah naik hantu...kena sound baik punya...siap aku buat mata helang lagi...tunggu 5 minit lagi...budak tu kena sepak baik dgn aku...rupanya...anak2 terbiar...mak bapak..kerja...siang mlm nkkaya...anak buang kat longkang...jagi punca perosak akhlak budak lain...aku punya berapi...nampak berpurdah...igt aku jenis slow2 ke....masa aku marah budak tu..semua ibu2 di taman permainan tu diam sepi...takut tengok Dr siti ni marah ye....last sekali...aku dgn mulut x cover...''oh..mak bapak kerja...kaya ke? kerja siang malam''...aku bawak anak2 aku blah...start keter...gi beli goreng pisang....dlm keter...aku tazkirah anak2...tentang good muslim n good parenting...gile takut aku tengok anak2 macam ni....kalau ye pun nk kaya....x yah beranak lah weh...cari duit...x de lah jadi mak bapak x bertanggungjawab macam ni...haih!...hangin aku!!!

Blog Diva said...

kaklong:tu la.xdak akai punya orang. prangai huduh. mulut pun huduh. dok kata "mati kau, mati kau" kat adam time dia buli tuh.

kalu duci ada, mmg buku bertemu ruas la.

Blog Diva said...

ct:selalunya aku diam je kalu tgk parent larang anak sendiri tuh.tapi this time aku naik angin sebab budak tu jatuh dari langit, takde org jaga kat playroom tu.

dah tahu anak sikit lagi nak macam anak jin tu, monitor la.duduk dekat-dekat. jgn sampai anak buat naya kat budak lain. tegur la anak sendiri. ni tak, biar lepas camtu je. tu yang aku tak kira tu, aku sound je budak tu.nak sound mak bapak xtahu sapa kan time tu.

geram weh.

Hasnor said...

huhuhu cute gigirll...bilo laa nk jupo aunty neh