Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, February 23, 2012

#842 Me Vs The Cabinets

The Kitchen Cabinets
Ini cerita lama. Aku tempah dari tahun lepas lagi. Konon macam ingatkan dapat kunci tak lewat sangat kan. Hambik. Bulan LAPAN baru dapat. Tapi good things is, takde la kitorang nak kalut ribut mencari kontraktor time encik Jack busy nak gi haji, aku bersalin, et cetera, et cetera. Nasib baik kontraktor tak bising lambat.
Dapat kunci je, terus call kontraktor kabinet suruh start keje. Semua keje-keje dibuat masa aku pantang kat KB. Encik Jack update progres thru phones aje. Hasilnya? Bila siap, harus la aku terkejut baboon dengan kaler kc ni. Dalam hati berkata Eh what hepen? Rasa TAHUN LEPAS aku pilih yang lain. Tak silap aku, kaler sama dengan wardrobes anak-anak kat  atas. I'm pretty sure about this. Dalam resit, untuk wardrobe dia catat kod warna pilihan aku. Tapi untuk kc, dia lupa nak tulis. So aku takleh nak argue la. Lagipun masa kitorang bayar duit muka tahun lepas tuh, dia dah habaq, nanti bila dah konfirm inform balik la kat dia. Sebab aku ala-ala tak tahu nak pilih yang mana for kc. Mungkin salah aku jugak kot. Tapi apasal aku macam sure giler-giler yang aku pilih kaler macam wardrobes tuh? Biarlah. Benda dah siap pun. Kang kalu argue-argue, nak suruh tukar kena keluar duit pulak. Malas lah.
Maka siaplah kitchen cabinets aku yang bertema ala tarzan ni. FYI, aku memang tak pernah minat kaler belang celoreng-celoreng camni. So there's no way la kalu dia cakap aku yang pilih. Huhu.*Benda yang lepas dikenang jangan
without tabletop
Mula-mula tengok kc yang dah siap ni, menangis jugak dalam hati. Kenapa jadi begini? *tolong bayangkan scene mak mertua mintak ampun dengan kassim selamat Tapi encik Jack pujuk, okay je nampak kat mata I. *sejuuuuuuuuk ati Nasib baik matching ngan backsplash tiles. Kan.
ugut kontraktor bagi rak besi ni. dapat.
His choice granite. Dapat.
Aku pilih granite kaler ni sebab nak kasi kontras dengan kaler kabinet. *supposed to. Pilihan asal aku tu kan kaler gelap. Supposed memang naik la dengan granite kaler cerah ni. Tapi disebabkan kesilapan teknikal pihak sana, dapur aku kelihatan agak 70s. Dan tak menarek seperti yang aku plankan. *Barang yang lepas jangan dikenang. Huhu.
I requested for this duct hole outside . Dapat.
Tempah kabinet, free hood + hob. Pakej.
Curtain lawa. Mata dah tak tengok kc lagi dah.
Mula-mula pindah memang terpaksa menahan sakit mata tiap kali memandang kat kabinet dapur ni. After some time, dah kalis kot. Takde nampak buruk sangat pun. Not bad, not bad. Setakat nak tutup benda-benda kat dalam tu je. No need to be fuss. * tapi kalu orang nak sponsor, i definitely will change my mind hoho.

The Wardrobes
Tempah sekali dengan kontraktor kc. Ini pun satu hal. Aku cakap nak cermin kat luar. Bila siap, depa lupa nak bubuh. Alahai. Tempah TAHUN LEPAS kan.
Adam's
Zaraa's
Both wardrobes look like this. kc aku pilih kaler ni la.
Master wardrobe. Pun tak bubuh cermin jugak.
Nampak.kurus.sebab.bini.jauh.
Budak rambut kobis bunga dah bangun. Potong stim.

No comments: