Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, February 17, 2012

#837 Me Vs The Faux French Door

Most of the people yang pernah datang umah aku selalu tegur pasal pintu putih ni. Macam-macam pertanyaan dilemparkan. Okay meh kita stori mori sket. Kot-kot la buleh bagi manfaat kat sesapa yang berminat nak tukar pintu atau yang mencari solution untuk ruang-ruang sempit macam umah aku. Let's share. Teruskan membaca after the jump. Ewah.
Googled
Aku sebenarnya dah lama koya nakkan pintu French door macam gambar kat atas ni. Terpengaruh dengan blog-blog mat saleh punya pasal la. Memang cantiklah di mata aku. Berkenan sesangat nak letak kat laluan nak ke dapur tu. Partition-partition aku tak minat. So, masa umah aku belum siap lagi, aku dah bagitau encik Jack aku nak buat pintu untuk pisahkan area dapur ngan hall. Alasan lain: 
  1. menghalang bau masakan ke ruang tamu.
  2. menghalang udara sejuk ekon ke ruang dapur.
  3. menghalang bunyi bising masak memasak sampai ke luar time anak tido
  4. time tetamu datang, takde la nampak direct apa yang aku buat kat dapur.
  5. menghalang Zaraa dari menyibuk kat dapur (so far berjaya lagi la)
Disebabkan progress menaiktaraf umah aku ni berlaku masa aku dalam pantang hari tu, so tak dapat la aku memantau semua pembinaan. Aku cakap A, yang siapnya B. Nak buat cemana kan. Arahan semua kasi melalui phone. Asalnya aku nak french door kayu, bukaan style swing. Tapi kontraktor (yang sama yang buat wardrobe and kitchen cabinets) cakap tak boleh buat style swing sebab kalu nak bukak dari depan, nanti sangkut kat pintu stor. Kalu bukak dari belakang, nanti sangkut kat pintu bilik bibik. So, kena caras la style swing. Dia suggest buat pintu style sliding. Nak tak nak, aku iyakan aje la. Ingatkan dia guna material kayu, bila siap rupanya dia buat guna material macam acrillic/glossy tuh. Huk aloh. Lubang cermin pun 3x3. I supposed the real french door patut 3x4 baru nampak betul. Ini dah tersasul. Nak buat cemana, dah siap pun. Kalu aku ada kat sini time dia tunjuk sketch tu buleh la aku betulkan. Time tu aku kat kampung. Terima je la benda dah siap.
Hasilnya instead of looking like the first picture, macam ni je la hasilnya. Ok je la Labu! Setakat ni aku puaskan je la hati. Not bad sangat pun. Part best, pintu ni sound proof. Mengumpat kat dapur, dari hall tak dengar apa. Padahal umah bukannya besar. Kuikui.
Memang baguslah ada pintu camni. Time masak buleh tutup pintu. Takde la bising sangat. Bau pun tak lekat kat perabot dan kapet. tapi kekadang terlepas jugak. Pintu ni beroperasi secara senyap. Nak tarik/tolak sangat smooth takde keluar bunyi-bunyi.

Overall, walaupun tak jadi macam french door yang aku harapkan tapi tetap rasa puas jugak la. Booooleh la.

4 comments:

NikNadimah said...

aku lah akan jadi ore pertama komen entry mu.hikhik...

ya slide is the best one sbb jimat ruang.aku pun berangan nak tuka pintu gni sebagai pemisah dry & wet kitchen.tapi masih berada dlm list x berapa penting lagi la.hukhuk...

neway keep on updating!mak skeeee sgt!!!intreprem family hall sket nk tgk.

Blog Diva said...

mah:mano ado family hall, vip hall. 1 tu jah hall of fame aku nyo.umoh mu best la ado 2 hall, 2 wet dry kitchen. aku ni serba satu jah.huhu.

jie @ azie said...

suko!!suko!! tq teh buat entry pintu tu..wpun tok samo mace omputih tp aku meme suko konsep mu tu :)

Blog Diva said...

jie:sama-sama.lucu la mu ni.