Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, February 21, 2012

#841 Me Vs His First Glass

Adam dah kene pakai spek. Huhu. 5 tahun dah defect. Mungkin sebab dia premature dulu kot. Walaupun dia dah lulus semua eye assessment kat HUSM dulu, it doesn't mean that he'll be fine for the rest of his life. Biasa la tu. Premies ni kekadang tak menunjukkan sebarang defect until at some age it'll start to show up. Sedey la pulak anak 5 tahun dah kena pakai spek. Tapi spek ni takde power, cuma untuk silau aje. Vision maveles 6/6. Alhamdulillah.

Itulah... Setiap musibah yang Allah bagi tu memang terkandung hikmah yang kita tak tahu. Aritu kan Adam sakit mata yang sangat-sangat severe. Kena refer 2 hospital jumpa pakar mata. After some TCAs and tests, dari situ la dapat tahu yang dia ada masalah silau. Bila aku fikir-fikir balik, kalu Tuhan tak uji dengan sakit mata tuh, sure sampai skang tak tahu dia silau. Dia pun bukannya reti nak bagitau.

Mula-mula masa doktor cek vision dia, kitorang macam in denial jugak. Campur was-was. Tahu je la kan, kalu eye test cemana. Banyak tanya, banyak ulang. Adam ni jenis cepat boring. Kitorang bajet mesti dia fedap orang dok tanya-tanya, dia just jawab ikut dan je. Tapi bila next epoimen pun repeat test, result sama jugak. Was-was jugak, test kat kedai spek pulak. Pun sama. Memang dia silau. Vision ok. Belum rabun lagi. Tapi kalu tak buat cepat, lama-lama dia akan jadi rabun jauh. Benar kah? 
Prevention is better than cure, buat je la. Kelmarin siap. Otw nak pegi kedai spek tu, mak bapak yang eksaited lelebey. Ye la, sejarah penting ni. Rasa tak caya pulak anak aku dah besar, dah kena pakai spek. Sesambil tunggu diorang pack spek Adam, aku gi test mata aku. Lupa dah berapa tahun tak test power, tak tukar spek. Sekali tokei tu tunjuk lens dah terkeluar dari frame. Dasat gilo aku tak perasan pun selama ni. Rasa tak percaya pun ada dengan kesibukan aku skang ni. Tapi power belah kanan turun 50. Is there such thing?
Dah dapat spek Adam tu kitorang pesan macam-macam la kat dia. Bimbang la kan pegi skolah ni takut dia bukak, baling,  tertinggal, jatuh, patah etc. Percubaan pertama ni kitorang tak tempah yang mahal kat dia. Lens pun bukan multicoat. Tak berbaloi buat mahal-mahal kalu tak tahu lekat ke tak dengan dia. Encik Jack beli siap ngan tali. Hmmm... Berkesan kah?

Balik umah nasib baik dia tak bukak. Dah pujuk meleleh-leleh la kat dia, suruh jangan bukak. Time makan tu boleh pulak bising mintak nak bukak. Ada kaitan kah? Aku cakap kat dia, nak tido baru bukak. And he did what I told him. Semudah itu? Sungguh aku tak percaya. Dah la balik tu makan nasik ngan sup ayam ngan makan buah jambu batu. Which is, so-so-so unbelievable to us. Takyah citer la kenapa. Families know it well.

Zaraa sungguh kelakar bila tengok Adam pakai spek. Dia tengok je Adam macam penuh pertanyaan. Bila Adam tenung dia dekat-dekat, terus meraung takut. Hihi. Lucu la Zaraa. Jakun spek.
Balik keje join aku bermesyuarat tingkap ngan jiran.
Petang aku keluar bawak the kids jalan-jalan. Konon nak ambik gambar awning yang Puan Blogger Taat nak tengok. Dah siap pegang kamera dah pun, baru perasan aku jemur tilam bebudak kat beranda atas. Hekeleh. Potong stim betul. Next time la ye Puan Blogger Taat. Sebab pemandangan sangatlah tak syok.
Aku sibuk angkat tilam kat beranda, ni keje dia kat dalam. Hihi. Cheeky sungguh mek Zaraa ni. Dah boleh merangkak tapi 2,3 steps pastu sambung menyulur ala military bak kata encik Jack.
 
Daddy's>>Mommy's>>Adam's. Harap takde la Zaraa's.
Spek Ben10 Adam looks yummylicious la pulak. Nak tukar spek jugaaaaaaaaakkk!~~~

7 comments:

jie @ azie said...

laaa.. tok sabar aku noik tgk awning tu..takpo2 nest time, hihihi.. ;)

zahira said...

anak2 cousin najib ramai gak kecik2 dah pakai spek...

Blog Diva said...

jie:aloh biaso jah heh awning aku. kalu buat glass awning lagi tebabo. asal ado pitih jah.

kak long:tu la kecik2 start paka doh, nok blh ko bsr gak brp la power spek tuh. my fren ado sapa power sribu. last2 gi laser.huhu.

Hasnor said...

weh...hihihihi lamo gilo weh aku x baco blog mung!
pindoh dh ko?

hihih cute jah adam paka spek..hehe :)
zaraa pon besarrr dh tuh :)

Blog Diva said...

senor:hor la.update blog pun dok.update la, aku suko tgk umoh mu ;p


aku pindoh 30disember aritu.

Hasnor said...

laaa yo ko...2 bulan aku delay! ahahah

comey siott umoh mung..
mmg tabik spring lah..renovation dan renovation ;)

Blog Diva said...

senor:umoh aku kecik jah. buleh la reno byk skit ;p kalu bsr gak, xdok modal jgk nyo.