Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 18, 2012

#838 Me Vs Manusia Celaka

Selalunya aku sebut cilakak,cilakak kan. Tapi aku tak betul-betul maksudkan. This time is different. I curse on this lahanat. Umah Puan Menteri kena pecah lagi. Oh come on, for the third time? 

Tadi nak pegi pasar ajak Puan Menteri join. Dia cakap nak dok umah aje ngan Zaraa. Balik je dari pasar, tengok Puan Menteri calling-calling sana sini situ sinun. Dengar dia sebut polis. Rupanya jiran kat kampung call bagitau Puan Menteri, umah habis digeledah semalam. Tiga pintu dapur, grill diumpil. Habis kabinet dapur digeledah, ingat kita sorok barang kemas or duit celah kaserol agaknya. Lampu kipas satu rumah tak tutup. Panas agaknya sambil-sambil geledah tu. Kali ni mulia sket. Tinggal lampu kipas je tak tutup. (nasib baik tak pasang ekon). Dulu, siap tinggal pintu fridge ternganga. Ai, pergi mencuri tak makan kenyang-kenyang dulu kah?

Rasa terkilan sangat-sangat. Tiap kali kejadian berlaku, Puan Menteri ada kat umah aku. This time, time dia mai teman aku ngan anak-anak kat sini time encik Jack kursus. Sedey sangat tau. Dia datang teman aku, tapi time dia diduga, aku tak dapat tolong apa-apa. Adam pun dah sekolah, takleh la nak balik lama-lama macam dulu. Rasa bersalah la jugak. Konon sebab aku, umah dia dimasuki pencuri.

Tapi kan, to think back again..... Ada baiknya dia kat sini. Aku rela orang naik umah time takde tuan. If not, jangan la yang jenis acu parang kat tuan umah, ikat kaki tangan tuan umah or worse (.....), tak nak cakap la... Huhu. Nauzubillah! Tapi melihatkan pada modus operandi, tak ubah macam style perompak kat umah mak kawan aku yang aku pernah citer dalam entry-entry sebelum ni. Habis dikapaknya pintu, tingkap sampai dia berjaya masuk. Pastu ketuk pintu bilik, bila tuan umah bukak, terus hunus skru driver panjang tu kat leher minta duit ngan barang kemas. Huhu.... Puan Menteri pun menyatakan kesyukurannya sebab kejadian berlaku time dia takde kat rumah. Kalu tak, sure trauma. Takut la kan. Manusia skang ni makin berani buat macam-macam.

Pagar yang Puan Menteri taruk serpihan kaca pun senang-senang pencuri tu 'ratakan'. Takde tang tajam lagi dah. Professional betul. Buat keje tengah malam, jiran takde sorang pun dengar. Padahal kalu nak kira, keje mengapak pintu and gril tu bukannya slow bunyi. 

Baru minggu lepas kitorang kat sini kecoh jiran depan umah aku dimasuki perompak. Kali ni umah Puan Menteri pulak yang jadi pilihan. Cctv pulak disable sebab baru kena panah petir. Too bad. Kalu ada pun, ingat pencuri ni tak reti ke nak sorok muka. Umah jiran Puan Menteri yang ada cctv, pencuri lalu depan cctv sambil membongkok, tutup muka dengan cap. Hah, cemano? Tak nampak jugak muka. Takat nampak susuk tubuh je la. Pasang alarm pun, diorang buleh snip-snip je kasi disable.

Malam ni jiran-jiran tatau nak tutup pintu dapur pakai apa. Diorang cakap pintu 3-3 dah takleh pakai lagi dah. Kena buat lain. Puan Menteri suruh sendal je dengan apa-apa. Tutup betul-betul, taruk mangga, taruk grill pun orang cungkil jugak. The world is not safe anymore. (where's the cheerleader to save the world?)
Syukur alhamdulillah. Sebelum datang ke Penang ni, memang Puan Menteri bawak semua barang berharga. Cash pun tak simpan kat umah. Sebab dah kena pecah banyak kali dah kan. Memang beringat la. Rasanya pencuri hanya berjaya ambik duit syiling belen beli-belah tu je dalam bilik aku. Ada satu tin duit syiling. Plus jam tangan buruk Nik Pareh yang takde bateri. Pc tak ambik pulak ye? Microwave ke. Tv ke. (sebab bukan tv plasma/LED/LCD kot).

Kos barang hilang memang tak lumayan. Kitorang tak kisah pun takat bawak lari pot duit syiling ngan jam tangan buruk tu. Tapi kos nak baiki pintu, grill tu la yang menyakitkan hati. Menyusahkan orang betul. Nak kena kemas balik semua isi almari. Kesian sama Puan Menteri. Sepanjang nak balik ni memang susah hati betul dia. Dia kat sini, orang kat sana kecoh panggil polis gitu gini. Semua harapkan jiran-jiran yang tolong.

Celaka lah pencuri tu! Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang setimpal.

Ish geram nak panggang orang.

No comments: