Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 27, 2012

#847 Me Vs The Move Like Jagger Girl

Cikgu suruh salam daddy.
Isnin lepas sepatutnya aku bawak Zaraa pergi cucuk imunisasi tu. Tapi terlupa on that day. Selasa Rabu Khamis encik Jack busy. Sudahnya harini baru bawak dia. Cucuk untuk bulan ke-6, tapi umur dah nak masuk 7 bulan. Nggeeeee~~~ So, tadi ikut gi hantar Adam pegi sekolah dulu. Merah mata dia tengok kitorang nak pergi tu. Biasanya aku ngan Zaraa takde. Ingatkan macam kitorang nak pegi jalan-jalan tak bawak dia. Olololo ciannye muka dia tadi. Nasib baik cikgu pandai distract dia.

Letak dia kat sekolah, kitorang terus ke klinik desa. Nurse tanya, anak dah boleh apa dah? Meniarap buleh dah? Aku jawab la dah buleh duduk, merangkak. Terlopong nurse. Siap cuit nurse lain lagi, cakap anak aku 6 bulan dah buleh merangkak. Hmmm... Aku tak bajet Zaraa ni dalam range oddities pun. Sebab baby Hazim yang baru 4 bulan tu pun Iron Chef dah bubuh dalam walker. Betapa tegapnya dia. Zum-zum-zum dok drift dalam umah. Makan pun tak layan bubur-bubur blend ni. Makan bubur bijik-bijik camtu je. Itu baru rare kan.

Timbang tadi 5.95kg aje mek aku ni. No wonder. 2 minggu lepas kan demam, batuk, selsema teruk. *boleh pakai la ye alasan ni. Biarlah kecik pun. Biarlah ringan pun. Asal sihat tubuh badan tak terlantar sudah la.
Made blogging hard now.
Made cooking so hard now.
Made resting so uneasy now.
Tadi tengahari time encik Jack ambik Adam kat sekolah, dia bayar yuran terus untuk bulan ni. *bayar awal buleh diskaun uols. Sambil-sambil tulis resit tu encik Jack sembang la dengan cikgu dia. Cikgu citer Adam makan mi goreng hari ni. *which is something odd to us bab makan-makan ni. Cikgu cakap Adam pandai Iqra'. Ofkos la, kan dah lama Puan Menteri ajar dulu. Seronok kan dengar cikgu puji anak kita ni. Biarlah pujian tak ikhlas pun, asal sedap didengar. *LOL

Cuma cikgu kata bila bagi kaler pensil suruh mengaler tu, dia calit satu line pastu stop. Budak lain kalu mengaler kan tahu cane. Hohoho. Belum masanya lagi kot. Haih, risau betul. Bab ABC, 123, alif ba ta tuh semua tahu. Tapi bila suruh tulis dia tak mau. Baik kat umah mahupun kat sekolah. Ayayaya.. Risau betul la Adam ni. 

One thing we love to hear from him - when he reads his phonetic book. Gelak golek-golek encik jack bila dengar anak dia baca. Hihi. 

3 comments:

zahira said...

pandai zaraa nmpk camera jer senyum!

Blog Diva said...

kaklong, zaraa senyum sokmo.nok capture best shot itu yang pyh. kalu ado kamera hok buleh snap 10 shots per click tu memei syok la.

Anonymous said...

mc teh pandai ambik gambar anak2 dio!
-kakak-