Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, February 21, 2012

#840 Me Vs The Porch Makeover

Sebelum siap diduduki (adam kecik lagi)
Dah 2 bulan pindah. Gate dibawa untuk modifications.
Sayangnya kat tanah itu..... :(
Bye-bye tanah. *sobs
 
Bukan suka-suka nak perabih duit buat auto gate. Memandangkan gate yang asal adalah jenis fold, memang payah la nak bukak tutup. Specially time musim hujan. Tambahan lagi dengan bunyi-bunyian sound effect besi berkarat tu lagi. Jiran-jiran memang mostly pasang autogate. Mudah kan. Mostly modify aje gate asal yang developer kasi tu, tambah roda kat bawah pastu hire wire man pasang motor autogate. Easy.

Baru ni time reno umah, the wireman ada rekemen team dia untuk buat keje-keje pasang tiles ni. Kira kautim dengan dia la senang. Lagipun upah diorang cheaper than others yang kitorang dah survey. Kira jadilah. Tiles kitorang pilih kat White Horse punya showroom dekat Carrefour tuh. Time tu first day hantar Adam ke tadika Cina. Hihi. Hantar anak pegi sekolah, mak bapak pegi melilau ;p Besar gaban. Jakun bila masuk. Ala-ala Ikea la dalam showroom tu. Semua nampak cantik. Asal ada duit je. Kitorang mintak design template kat diorang terus. Pilih aje yang  mana berkenan dalam katalog yang tebal sejengkal itu, nanti diorang akan fotostat design yang kita pilih tu. 

Aku tengok dalam katalog banyak design style moden. Tak berkenan. Aku kan klasik punya orang. Last-last tengok design style diamond serong-serong terus berkenan. Kebanyakan jiran aku guna tiles 2'x1' tuh. Kitorang pakai 1'x1' je. Lagi cantik nampak diamond tu.

Nak jadi citer, sepatutnya diorang kena siapkan semua sebelum kitorang balik kampung. Tapi atas sebab-sebab yang aku sendiri pun tak tahu, semua tergendala. Janji nak siapkan tiles ngan gate siap pasang roda by Friday.  Tapi tak siap jugak. Saturday kitorang dah nak balik kampung. Last-last balik jugak kampung dengan umah tinggal tersengih gitu je tanpa gate. Ahahahaha... Aku hembus jugak doa-doa yang aku tahu. Serah kat Tuhan aje. Nasib baik takde pape jadi.

Sebelum panggil orang pasang tiles ni, encik Jack tanya aku, ruang tanah sekengkeng kera tu nak biar ke nak tutup semua. Tapi encik Jack cakap, kalu aku nak bercucuk tanam, aku kena handle sendiri keje-keje weeding mantainance semua tu. Omo omo. Tak nak la. Nanti kalu garden projek bertukar menjadi projek lalang, encik Jack marah aku pulak. So, solutionnya mudah aje. Kasi cover semua sekaligus. Nak tanam apa-apa, pakai pasu aje. Sobs... Tak dapat la aku nak tanam flora-flora kat umah ni secara terus ke bumi. Baru berangan nak tanam pokok bunga kantan biar nampak ala nusantara gitu...

Nusantara ke belantara ke... 


2 comments:

NikNadimah said...

simen blako jah seney...hehe.mu blk kkebun di baung bayey je la.

Blog Diva said...

mah:idea yg murni.tp jauh nyah...