Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 20, 2012

#839 Me Vs Weaning Zaraa

Smear-y girl.
The I-Want-More-Please Face.
Her first smudge.
Grinded anchovies, pumpkin puree, rice+carrot+chicken porridge
Aku start weaning Zaraa sebelum umur dia 6 bulan lagi. I don't really go by the book. Dari usia berapa  bulan lagi aku dah suap-suap dia. Tapi tak serius la. Kalu nampak dia macam ala-ala terliur tu aku bagi aje. Doktor memang suruh start umur 6 bulan. Tapi nenek-nenek kita dulu baby lepas pantang pun dah start suap pisang lecek kalu baby asyik menangis lapar kan.

Zaraa ni aku introduce jugak makanan kat dia sebelum 6 bulan lagi. Tak nak jadi macam Adam. Sampai skang pun itu ini serba serbi tak nak makan. Apa-apa kesilapan yang aku buat masa raising Adam, I hope to correct during Zaraa's time. Lagipun kesian tengok dia tiap kali kitorang makan, terlopong terjelir-jelir lidah macam nak rasa jugak. Aku kasi je la. Sikit-sikit takpe kan.

Dulu masa Adam, aku tak banyak ilmu pasal weaning (and nursing etc). Mungkin sebab tu weaning Adam seems to be hard and I had a bumpy road. Yang aku tahu time tu, buat bubur je la. Plus suap buah-buahan. Time tu belum start blogging lagi. Skang ni dapat banyak manfaat dari berblogging yang orang tak tahu. 

Dulu tiap hari aku masak bubur nasi kat Adam. Tak habis, buang. Esok buat lain. Kali ni macam banyak ilmu skit. Buat banyak-banyak sekaligus. I mean, buat untuk 2-3 hari sekali. (alah, baby besar ni makan banyak mana sangat kan?) Simpan pulak dalam taperwear kecik-kecik portion untuk sekali makan. Tak payah la nak kena masak bubur hari-hari. Pastu hari-hari tak habis, hari-hari buang kan. (dulu aku takde microwave, tu la pasal) Now dah ada microwave, senang la. Buat makanan dia untuk 3 hari. Simpan dalam fridge. Time dia lapar, humban dalam micro for 15 seconds, dah buleh suap. Takde la aku terhegeh-hegeh nak tunggu bubur masak time dia nangis lapar kan. Oh kenapa la dulu tak terfikir nak buat camni ye.

This time, aku nak cuba macam-macam. Sebelum ni tak tahu pun puri labu itu sangat sedap. Bila dengar sepupu aku selalu buat untuk baby dia, pastu kawan-kawan pun buat jugak, aku pun sama la naik syeh. Sebab tu belum Zaraa cukup 6 bulan lagi aku pun gatal tangan nak menyuap dia. Tengok Mommy Nadia, Ct, Nadimah dok buat entry pasal weaning, aku pun terhegeh-hegeh la jugak weaningkan anak aku. Kahkah. Nasib baik Zaraa kasi positive respond. Seronok kan buat apa pun, anak makan je.

First try adalah puri labu. (sebelum tu macam-macam la aku kasi tapi secara main-main aje sambil suap ke mulut aku). Hoho rasa nak salahkan orang pulak tak bagitau aku awal-awal benda ni sedap. Manis! Zaraa makan dengan syok sekali. Tukang suap pun sangat seronok la. Pernah perati orang suap baby makan tak? Aku geli hati tengok mulut tukang suap time menyuap tu. Perasan tak? Hihi. Perati, jangan tak perati. Best je gelakkan orang, aku sendiri time menyuap baby pun camtu jugak tindakan refleks mulut... Akakakakaka...

Tapi aku dah stop bagi puri labu. The reason? Entah. Tiap kali lepas makan, Zaraa asyik nangis aje. Puan Menteri kata labu tu 'sejuk' punya properties. Sakit perutkah? Kembung perutkah dia? So aku stop je la. Kasi bubur nasi plus plus kat dia. So far aku dah cuba nasi + carrot + ayam + potato + bilis serbuk + bilis rebus.... Kekadang time malas, aku suap biskut baby tu je kat dia... Nestum belum try bagi lagi. Sebab Puan Menteri ala-ala tak berkenan process food ni. 

Skang ni nampak Zaraa macam dah boring. Aku kena tukar menu. Kasi aku idea sikit buleh? Menu biasa-biasa sudah la. Jangan yang pelik-pelik dan mahal-mahal. Hehe. Surirumah memang kedekut.

Kalu ni dah boring, nak suap apa lagi ye?

6 comments:

NikNadimah said...

ore tuo oyat labu tu sejuk...even pise aku bui make ko nujaid aritu mokcik hok mari umh MIL aku kkejut.dio kato x masuk angin bui make pise x mmasok (cth direbus).aku jwb berlapik la "takpo sikit2"...xleh menidakkan...takut dio kecik ati.

sepengetahuan aku x brp tahu ni,makanae utk baby leh sipe dale peti 48jam jah.kalu frozen sapa 3 bln la...tp ikut mu la selagi rasa dia ok.hehe (aku pom gitu jgk).

acu mu try makaroni+ayae+carot+brokoli...lps tu kalu wat bubur,mu boh skali kurma.rasa nasi tu manis2 sedak.buh daun sup atau daun bawang ok gok...nati ado aroma la skit.pahtu apo lagi ek...keledek nujaid suko gok..

hehe terbuat esei plok kat ruangan komen ini.ngehehe~

Blog Diva said...

mah:markoni ayam brokoli tuh blend jgk ko lecek2 ko guano? menarek tuh.

Blog Diva said...

eh, wi ubi stelo tuh xkembung ko perut budok?

NikNadimah said...

aku rebus semo tu lps tu blend.tapi sifir dio kalu blend tu jgn smpai halus mulus sgt (sbb nati boleh memuakkan).ore klate kato gaddik...hehe.memey sedap!sor lg bubur nasi atau macaroni lecek tu boh cheese sket,jadi bau wangi jah.

so far nujaid ok ubi stelo...sedap.pah katku join skaki!

raudhah sutrisno said...

Zaraa sangat comel!!! Geram amat!
Zara dah ada gigi? kalu nk tumbuh tu, bleh la introduce finger food..start ngan buah2 la kot..potongkan betik ke, mangga ke..mummy pun leh tumpang sekaki! disamping dia dpt mkn, dpt prektis motor skill..biar dia suap sendiri..eh, zaraa brapa bulan eh sebenornye?
PS: Cantik rumah baru! =)

Blog Diva said...

raudhah:ahahaha..sempat lagi selit pasal umah ye.

zaraa dah nak masuk 7bln. belum ada gigi lagi. skang ni dia mcm da xbrp minat nak makan dah.mentang2 dah dapat kan. dulu time xboleh tu, dok terliur aje.