Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, March 15, 2012

#854 Me Vs Cuti Sekolah.Yang Meruntun Jiwa

Muka pasrah kena tepek stiker masa tunggu mommy jemur kain.
Mak-mak orang di luar sana cemana cuti sekolah anak-anak? Aku sangatlah huru-hara. Tiap hari perang dengan anak jantan aku ni. Cikgu kasi homework suruh tulis a-c aje, itupun berbuih mulut ajak tulis. Kalu aku pegang pensel dengan dia, dia nak la tulis. Bila aku lepas, suruh dia tulis sendiri, huk aloh. Menconteng sebarang ada la. Tiap hari dok tackle dia ajak menulis, belum berjaya. Adam ni Iqra', ABC, 123 semua tahu. Suruh sebut semua boleh. Tulis aje yang failed.

Tapi kena syukur jugak sebab dia dah tahu mengaler skang. Walaupun warnaan hasil tangan dia masih amatur lagi, kira boleh la. Dulu langsung tak boleh mewarna. Now dah boleh toreh 2,3 kali lulus la nak buat aku lega sikit. At least! Ada jugak pekdah dia gi skolah tu kan. Hoho.. Memang lama dah kalah dengan Ct. Tabik kat Ct buleh homeschool anak dengan begitu awesome sekali. Aku, bab keceriaan umah buleh harap la ;p

Semenjak cuti sekolah ni, memang aku lebih busy dari biasa yang dah busy bee. Adam order nak makan itu ini. Minum susu mengalahkan baby kecik. Memang tak ekonomi la susu time cuti sekolah. Time sekolah, mintak susu time nak tido petang je. Pastu time nak tido malam. Cuti sekolah ni memang fasa balas dendam kat susu la. Kadang-kadang kalut nak menyusu adik, Adam pun sibuk nak suruh bancuh susu kat dia. Bila la dia nak bercerai susu ni. Aku ingat taktik busuk aku kalu puting botol tu dah rosak, memang tak nak ganti baru dah. Hopefully, dia akan tak nak minum susu dengan sendiri. Tak pun, drastic method lain, buang terus botol susu. Kalu nak minum, minum dalam cawan. It's time kan. Dah umur 5 tahun pun. Pakar gastro dia pun dah suruh stop terus susu. Aku aje yang tak sampai hati. Biasalah ibu kan.
Oh hey, Selasa aritu balik keje encik Jack belikan pasu panjang tu dengan tanah sekali. (sila beli kat Tesco, lagi murah dari neseri) Aku baru bajet nak beli ujung minggu ni. Sungguh mithali encik Jack. Sangat-sangat supportive terhadap hobi aku yang nombor dua ini. Jangan tak tahu, encik Jack masih bising-bising menginginkan pokok pine. Beli, beli jangan tak beli.
Lemongrass, curry leaves, turmeric plant.
Wakakaaa.. Tengok la herba-herba dapur aku yang cinonet ni. Gigih la nak tunggu bila buleh hasil. Tinggal nak balik kampung baru ni tengok-tengok dah tumbuh serai aku. Serai yang Puan Menteri bawak entah bulan berapa lagi. Biarlah dia nak hidup kan. Next project nak cari pokok jeruk purut. Pastu kesum, pastu, pastu, pastu.... Wakakaka... Skang ni main crash semua pokok dalam satu pasu. Nanti bila ada rezeki lagi, buleh la aku pindahkan diorang dalam rumah baru. Beli plastik aje la. Ekonomi sikit. Ringan pun ringan kan.
Budak dua orang ni sepanjang cuti sekolah ni memang saling menggigit antara satu sama lain. Play together, fight together, sleep together. Memang darah tinggi la mommy dia nak handle dua-dua. Can I say that I prefer him going to school rather than stay at home with us? Hahaha... Memang payah nak buat keje bila dua-dua saling maju milestone masing-masing. Tiap-tiap hari menyinga dan memetir aje maknye. Tak sihat aku kalu tiap hari camni.
Sebelum tido
Adam masa first day start cuti sekolah aritu dia tak paham konsep cuti sekolah. Asyik tanya dan mintak nak pegi sekolah aje. Pagi-pagi dah bangun mintak nak mandi, pakai baju sekolah. Sejak sampai ke Penang dari kampung wiken baru ni, memang kitorang sembunyikan Hot Wheels 20 bijik tolak 3 bijik tercicir kat Apal yang encik Hilal bagi tu. Saje, konon nak suruh dia buat keje sekolah. Tapi tak buat-buat jugak pun! So, Hot Wheels tu selamat la dalam stor. Hahaha.. Biar, tahan lama sikit. Kalu tak, memang sekejap je rupa keta potong dah. Hahahaha..

5 comments:

Hasnor said...

heheeh...salute lah aku weh..
memey memenatkn jd supermom nih :) kagum aku :)
aku hok jd housewife skali skala ni pon, mmey x dam ok nk manage jiwa..ahahaha...
this week pon maid aku highlight, x dey nk jago, duk ralik baloh laaa 2 bradik.
main2...gegey..baloh..aiyo...

neway...best siott...ado sgalo mok nenek pokok tuh.
hok aku mapuh keras dh..huhu tinggal halia jah subur.
serai ngey pandan mapuh keno makey ko ulat :(

Blog Diva said...

wakakaka...tu gmbr 2,3hari lepas. harini pokok kari aku layu doh heh. keno gi mitok anok kari dgn jiran la napok gayo nok gati hok ni. ;p

memei penat la mu weh.tokleh imejin la kalu aku kijo gano. loni pun perang sokmo jgk aku dgn daddy dio. masing2 ala2 xrela nok caro ko anok kei..kahkahkah..

Hasnor said...

keh keh keh...supo we..aku pon mitok hok jiran :P hehehe..
cepat bena keno mkn ko ulat lonih.

adui..jolo weh mung dih.
letih suri rumah nih..nk betul belakam pon x dam.
memey kagum aku.
anok soram lain..huhu
anok dua gak, memey x dey laa nk g toilet pon payoh! hahaah..

bertabahlah dih..
besar ganjaran tuh..
jaga anak sdiri ;)

NikNadimah said...

fav spot nujaid jgk tu bwh towel...aboh nyo ogeh ko dio.comey zaraa!nok pinje rambut sikit...

tgk ko naufal hotwheels tu maunyo lopat bintang dio...20pcs skali dapat tuuuuu...aku tgk pun sero nok etep!hahahha.

cuti sekolah adalah hari cuti utk budak sekolah,jadi berilah adam cuti!kihkih3x

Blog Diva said...

mah:hot wheels tu BIL aku bui tiko blk kg baru ni.mlm hok buleh tu, bukei stakat budok2 (anok sdaro en jack) jah dok nerap main keto, hok tuo2 (BIL2, en jack, MIL) pun join nerap skali main keto.hahahaha.. memei sinar banar la gusi adam tgk keto 20 butir ni. tp loni aku susuk dlm stor.konon nok suruh dia study la kei. haha..tok stadi2 pun jgk. biarlah keto tu dok senyak2 dlm stor, lmbt buruk sikit.