Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 6, 2012

#851 Me Vs Dah Dapat

Ye dah dapat. Dah beli.4 benda sepanjang hujung minggu baru ni. Pokok hidup, mini rice cooker, walker and pasu bunga ngan tanah tanih. Mode seronok la.

Walker beli yang paling murah kat Carrefour, kat Tesco mahal-mahal. Bukannya aku nak menafikan kebahayaan menggunakan walker ni. Tapi nak buat macam mana, hidup surirumah tak berbibik ni memang keje-keje-keje la. I know the risk of using a walker. Tapi bahaya kalu tak guna tu lagi banyak. Asyik terlentang, tertonggeng situ sini dahi benjol apa citer. Kalu ada bibik takpe la tak guna pun. Kupas bawang, jemur kain, mop lantai buleh  je suruh maid buat. Buleh gilir-gilir pegang anak dengan bibik. Aku rasa kalu tak guna walker, lagi bahaya anak aku ni. Kalu asyik bergegar otak, tak bagus juga. Memang bahaya la. 
Sambil tunggu aku jemur kain.
Sambil aku lipat kain.
Sambil aku tengok Lola.
Time takde walker tu, nak tinggal smayang or ke toilet, aku susun kusyen banyak-banyak keliling dia kasi padded sikit. Tapi kekadang meliuk ke lain jugak. Nak buat cemana, aku takkan selalu ada untuknya. Sehari je dia dah master dah memanjat sofa buruk rupa aku ni. Now dah pandai nak kontrol body time nak landing tu. Jarang dah terlentang. Dah belajar dari kesilapan la tu. Prektis make purrrrrfect.
Sebelum  tido.
Now lega sikit la ada benda ni. Dia pun bukannya nak sangat dok dalam ni. Tak cukup feel memanjat kot. *nasib baik beli yang murah,takde la terkilan. Macam Ct la, aku boh time nak masak or ketika-ketika yang memerlukan sahaja. The rest of time, dia dibiar bebas meneroka rumah. Gaya panjat fridge tu macam la tangan macam Peter Parker! Asyik terkelepet depan fridge aje. Pastu nangis. 
Ada benda ni senang jugak nak suap makan. Aku takde highchair. Zaman Adam pun memang tak beli. Sebab tu kot anak-anak aku takde table manner. Makan kat luar memang susah. Time baby la. Time mula-mula buh Zaraa dalam ni, bila kaki pijak ke lantai terus zumzumzum drift situ sini. Tapi sambil mengiring la. ;p Adam dulu mula-mula buh dalam walker adalah sangat jakun. Nak kena kita tolak-tolak baru dia paham benda tu buleh bergerak. ;p
This is the best thing. Pokok hidup. Hasrat hati semenjak sekian lama. Pokok pandan aku dah ada member! Kalu umah dekat dengan  Ropi Al-Fayed, aku tak malu muka dah pegi cerut pokok-pokok yang dia tanam. Kami sama-sama minat gardening. Sila tahu. Ini antara pokok termurah dan termudah hidup. Dulu kat uni, aku bela pokok ni la dalam toilet. Cantiiiiiiikkk je nampak berjuraian depan cermin gosok gigi tu. This time nak biakkan camtu jugak la.

Pasu ada 3 bijik baru beli. Sekali ngan tanah-tanih. Tapi pokok nak tanam belum beli. Semua macam mahal je aku tengok. *padahal memang market price. Balik minggu depan nak cerut kat umah agam Panji la. Buleh ambik sebanyak mana aku nak. Encik Jack asyik mengidam nak tanam pokok pine. Laki bini sesama naik syeh siot. Pokok pine tengok aritu RM50+. Depends la size mana. Encik Jack ada misi nak menghijaukan beranda atas. Dia berkenan kat pokok buluh Cina tu, tapi aku tak setuju sebab nanti daun asyik luruh banyak,  masuk belah jiran marah pulak jiran. Kalu jiran takde pun, aku malas nak sapu daun. We planned nak beli planter panjang tu. Nanti tanam la apa-apa pokok hiasan yang evergreen dalam tu. Pokok jenis keladi ke... Lambat luruh daun. Encik Jack tanya pokok apa yang senang jaga, daun tak luruh. Jawapan aku- kaktus! Hoho.

Benda last yang beli baru ni, rice cooker kecik. Dah lama aku dok mengomel leceh masak nasik satu pot pakai rice cooker besar. Buang kerak sama banyak dengan yang aku makan. Rice cooker lama tu buleh pakai time ramai-ramai orang. Rice cooker baru ni syoklah masak satu pot je pun. Gambar malas nak ambik sebab kaler pink macam haiwan terlarang itu. For rice cooker, aku tak suka beli yang periuk dalam tu coating  hitam macam nonstick pan tu. Bila calar, coating layer dia akan tertanggal. Pastu kita dok makan plastik dalam nasik. Bagus jugak aku belajar Polimer dulu.

Zaraa selsema, batuk dan demam lagi. Jangkit dengan Adam. :( Bila la dugaan akan berakhir. Dah 4 bulan semua tak sihat ni. Letih. Sangat-sangat. Semalam mek ni tersedar every 10 minits or so. Ya Allah!!!! Cuba la bayangkan. Dah 4 bulan tak cukup tido. Mengalahkan dalam pantang. 

Risau betul dengan Zaraa. Tiap bulan batuk selsema. Kadang-kadang sebulan 2,3kali batuk repeating. Kalu pergi panel memang diorang selamba je kasi ubat batuk. Mengenangkan side effect ubat batuk ni buleh buat anak aku jadi slow learner, rasa serba salah nak bagi dia. Kalu bagi, effect akan datang. Kalu tak bagi, kesian dia takleh bernafas, tak mau menyusu, takleh tido. Zaraa ni jenis payah nak sembuh.

What should I do?

7 comments:

Hasnor said...

hihihi oloh buas bdk tino comey nih! aku pon ado walker weh...x dam nk igat..tp beli2, ruzain x sey duduk...cepat pulok tu bleh jalam..
huhu arituh molek2 idup walker (dedi dio gelenya beli baru)...g laa letok kt kt nurseri..masuk 2nd day..keno ujan! terus selok x bunyi lagu...haih..tensi2..

aku baru plan nk jual muroh2..

neway..meh beli bunga kt sg buloh! ahahah murah2 neh :P

nik faris malik said...

bukan ke pokok tu beracun?

Blog Diva said...

senor:oloh, beci la...bakpo bendo muroh2 jauh blako dariku?

UmmiAmmaR said...

teh..dah ada bbay baru ye..ya allah.. lamanya ummi tak tgk blog..smpai u dh ada anak dara pun ummi tak perasan.. tahniah teh..jelesnya i

Blog Diva said...

nik pareh:kelih sajo la.sapo suruh makei.

ummi:hoho...ado lagi?ingat kan dah x follow.

MiJa said...

hahaha sebijik macam walker Zakwan..yg penting ia sangat murah!!!hihi

Blog Diva said...

mija:wakakakaka...tau takpo!aku cari walker byk tpt tau nok compare hrga.mujo jupo di carrefour.hahaha... aku tau harga walker mu. dan mu juga tahu harga walker ku..hahaha