Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, March 25, 2012

#859 Me Vs Experimenting Baby Food

Hari ni encik Jack pi Kepala Batas, ada program UiTM kat sana. Buleh la aku bereksperiment makanan Zaraa ni. Tapi kucar-kacir jugak takde encik Jack ni. Sepanjang hari terjerit terpekik kat budak dua orang ni. Zaraa dah 4 hari aku perasan dah boleh dok sendiri without support. A yay news for her. Maka selari dengan itu, memang sangat tak duduk diam lah beliau. Kalu orang pegang tangan support dia bertatih tu, eksyen benar. Koya ganah pegang sebelah tangan aje. Macam la ekspet dah berjalan tu.
Tengok si Faris Nukman bambam tu makan oat+pumpkin, aku pun teringin la nak cuba try test kat cik mek ni. Today I added banana to the oats and pumpkin. She ate it all. Lapar kot. Aku try pun sedap. Patut la dia makan.
Oats + banana + pumpkin
Stok nasik Zaraa dah tinggal satu container je. Harini dah kena buat stok lain la. Tiap hari sayur asyik buh carrot je, pasti dia bosan kan. Tukar menu la pulak. Today nak guna ayam, udang XXL, brokoli. Tapi guna brokoli ni menjadikan bubur berbau seperti rotten veggie. Takpe, nanti cover dengan puri labu yang manis itu.
Aku punya habit, memang tak suka bubuh makanan panas-panas dalam plastic container. Tak kira jenama mahal setara apa pun. Tak kira dia cakap tahan panas ke apa. Plastic is still plastic. Kot mana-mana pun akan leach jugak into the food. And I don't want to feed plastic to my baby. Cara aku, sejukkan dalam pinggan kaca dulu. Bila dah zero heat baru pindah masuk dalam bekas plastik kecik-kecik tu. 
Kali ni aku mashed pumpkin, taruk asing. Tak terus blend dalam nasik. Buleh la gilir-gilir either nak buat as a  side dish or just simply suap gitu je as dessert. Aku belah 4 terus. Nanti kalu nak sikit je, buleh terus ambik banyak mana as I wish. Orang lain mungkin guna tray ice cube tu. Tapi fridge aku tak muat nak letak macam-macam. 
Boring makan nasik rasa brokoli, I can just dollop some pumpkin puree onto the rice. Senang. Skang ni masak nasi Zaraa seminggu sekali je.
Bila semua sudah sejuk, dah pindah masuk container, terus simpan dalam freezer.
Disebabkan nak marathon Secret Garden, aku masak light and easy aje. Dah lama nak makan simple camni. Kalu encik jack ada, takut dia tak approve pulak.
Off to Secret Garden. Have a nice day everyone!

5 comments:

mommyNadia said...

Duk scroll gambor, kejjut ingat cik zaraa makan mee ngan udang XXL tu??mommy dia pny rupenye!! ;)

Nadia pun biar dia sejuk dulu disuhu bilik, baru baru masuk peti, kalau masuk terus, penurunan suhu mendadak takut tak bagus utk makanan tu nanti.Betul ke statement I buat ni.Lantok ;)

Anonymous said...

sedapnyeeeeeeeee hok bwh sekali tue!
-kakak-

Blog Diva said...

nadia?cik zaraa i buh jgk seekor udang XXL itu dlm bubur dia..takkan mommy je kan makan sedap :p

Mama said...

wah mek...ko dah bagi zaraa udang?...hahaha...tak de family hx alergik udang tak per ....aku tak bagi lagi..tunggu setahun...


aku punya container semua glass...dan aku tunggu suam baru masuk peti...heheh..nak tunggu sejuk sgt aku tak masuk freezer....aku masuk kat bawah je..sebab buat hari2 kan...hahahah

semenjak dah 10 blan ni lagi lah..setiap meal fresh...masak masa tu jugak...dah tak simpan2 dlm peti...gile gigih kan....aku tak de tv nak kejar tengok cerita...so kejar masak mkn anak2 aje lah...and classes too!

Blog Diva said...

ct:aku try bagi udang tu pun sebab nurse yang suruh. aku ikut je ;P

rajinlah ko masak tiap2 hari bagi faris makan. anak aku ni makan sikit je, tak berbaloi nak masak fresh tiap hari.