Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 27, 2012

#860 Me Vs Pine Hunting

Ini sebenarnya citer Sabtu wiken baru ni. Tapi takde masa nak mengarang. Sibuk dengan Secret Garden kan. Kelmarin dah khatam dah. Rini, aku tak paham lah ending dia. Sebab aku tertinggal few episodes kot awal-awal tu.

Sori, kisah aku sangat boring. Balik-balik citer pasal budak-budak dalam umah ni, pegi pasar, pegi Tesco, balik kampung. Dah itu je life kitorang. Mana ada berjalan-jalan cari pasal. Tapi nak citer jugak. Ini pasal hobi gardening aku yang memang sangat aku minati. Baru ni pegi pasar tengok Aunty jual pokok tu ada. Pokok markisa yang aku idamkan tu pun ada. Terus bayar. Sebab tengok ada satu je kan. Kalu melewa dulu takut dirembat orang pulak. Dah seminggu tak tido malam dok koyakan pokok markisa tu. Temberangnya. 

Pokok dah beli, pasu ngan tanah belum ada. Pokok tu pun dia taruk dalam polybag aje. Petang, kitorang pergi neseri bunga kat BM yang kitorang pegi aritu. Pasu kat Tesco tak cukup besar. Lagipun pasu besar kat neseri tu murah, 3 for RM20. Okaylah tu. Tanah aku beli kat tesco aje. Cuma tanah merah je aku pakai tanah dari neseri.
Encik Jack tak habis-habis meroyan pasal pokok pine. Nah, aku layan je dia mengusya pokok pine. Haha. Apa yang best sangat dengan pokok pine tak tahulah aku. Asyik dok sebut-sebut nak tanam pokok pine depan umah. Beli, beli, jangan tak beli bie.... Tapi tak beli jugak pon!

Kat neseri arini sangat banyak pokok bunga. Aritu aku pegi tak banyak macam harini. Harini pokok stroberi, carnation, roses dengan amaryllis pun ada. Very the tempting! Kalu aku ni wanita bekerjaya, sumpah aku borong dah semua yang aku berkenan. Biar rumah jadik botanical garden. Umah ko ado?
Tanam pokok nyioq time dia tidoq je buleh.
Cik mek ni makin panjang rambut dia. Makin la rimas aku tengok. Asyik berpeluh aje. Lebat kan. Satu masalah tak boleh blah kalu rambut lebat ni-kelemumur! Haih, memang tak tahu nak buat cemana dah. Tiap kali mandi mesti syampu gonyoh scalp macam kat salun. Taruk minyak kadang-kadang. Tapi tetap tidak berhasil. Nak gonyoh dengan limau nipis, kang pedih pulak mata kalu terclumsy. Santan? Sayang nak guna buat masak. Santan susah skang ni. Kawan-kawan yang ada anak pompuan rambut lebat buat cemana ek tak nak kasi berdandruff ni? Pakai rejoice anti dandruff? Choiii la kan, muka lawa-lawa tapi kepala berkuping...

Wiken ni my in-laws nak datang menyerang. Pasti seronok tengok umah melimpah. Haha.. Aku dengan encik jack kena gigih sikit buat aktiviti keceriaan umah. Wakaka.. Nak jamu diorang apa ek? Aku ni hancus kalu nak jamu orang ramai-ramai. Tak reti nak bajet sebab dah 5 tahun reti masak untuk 2-3 orang je. Hihi. Kantoi.

Kakak ipar, ai masak buat nasik kerabu Golok okay tak? Ke you all request nak makan apa? Sila submit wishlist esok ye! Hahaha poyo. Maklum la, hotel kelas 5 Bintang Anggur la katakan... Hihihihi...

8 comments:

rzahira said...

nasi kerabu pun ok jugak :)

Anonymous said...

baru habis keje @ 12:52am sejukkan mata & hati & jiwa & raga ngan tgk gambar2 anak sedara...cik long love uols so much! muahhs
sweet dream darlings!
-cik long-

R I N I . R A N I said...

Mek, Secret Garden abih doh ko? Ganti ngan cito gapo loni? Sedapp laa mung ado astro, aku harap ke internet jah kalu nok tgk cito korea

Blog Diva said...

rini:kat astro prima tok abih lagi. arini baru episod 18.tok tubik lagi ngepeng cito ganti tuh. aku berazam toksei terjebak doh...hihi...tungge langge habih jadual surirumoh aku. dei kelih gak, mesti glojoh nok tahu the next episode kei...hahaha...hopefully jgn la cito sedap2 ganti..haha

Blog Diva said...

kaklong:tanya la mok nok mkn gapo. eceh..supo la pandai nok buat.. ;p

jie @ azie said...

aku tok dei nok tgk secret garden tu, sblm prima ado tubik dale channel one.. kalu hyun bin aku suko tgk my lovely kim sam soon (cito lamo)..lawok gilo cito dio. hencem pulok tu ;)

Anonymous said...

ape alamat nursery ni

Blog Diva said...

anonymous:nursery ni kat area bukit mertajam.opposite mahkamah tak silap. kalu tak opposite pun, memang dah dekat sangat dah la dengan mahkamah. dekat ngan stadium sukan dan kolam renang. Pusat rekreasi ke apa nama. sorri, lupa nama jalan. tapi rasanya area tu, satu tu je nursery ada. selamat mencari! kalu jumpa, share2 la stori ye!