Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, March 12, 2012

#853 Me Vs Pokok Free

Harini pepagi lagi dah blah ke Klinik Oftalmologi HUSM for Zara's eye assessment. Kul 9.30 dah siap. Kejap je sebab tak dilate mata pun harini. Just buat vision test aje. Time nak test tu, Zaraa tido. Kejut la dia. Dalam mamai-mamai pun layan jugak. Lulus 6/6. Alhamdulillah. Masalah bulu mata tumbuh ke dalam pun dah okay. Apa ke namanya penyakit bulu mata terjah ke dalam tu lupa yang doktor sebut. Doktor suruh datang balik lepas 6 bulan lagi for monitoring. Oh tolonglah discaj cepat-cepat. 

Balik umah, kemas barang then terus ke Panji. Kan ada projek pokok free. Hehe. Sesambil nak bagi bengkung herba kat Kama. Sebelum tu encik jack ajak pegi tengok umah arwah ayah aku. Hoho. Dia lagi thoughtful dari aku. Hasil pemerhatian dari luar.....
Singgah usya kejap je. Kan nak pegi Panji ambik pokok lagi. Hasil cerutan free.....
Antaranya.
Ikutkan, banyak lagi nak usung bawak balik Penang. Tapi ni pun dah rupa keta berhias dah. Dah jadi hutan rimba dalam bonet keta. Rilek dulu. Next time balik, aku angkut lagi ngehngehngeh. Kama tapau her famous sambal belacan, asam pedas ngan sup ayam khas untuk Adam. I'm blessed ;p Lepas puas hati, terus bertolak balik Penang.

Singgah smayang Zohor kat masjid di tanah merah. Disebabkan Zaraa skang dah ada bling-bling, lagi la aku risau nak tinggalkan dia sorang-sorang. Tmpat wudhuk dengan ruang solat agak jauh. Adam pulak bukannya nak tolong jaga adik. Jumpa gu terus lupa adik. Time camni la teringat kat kes culik budak... Oh no!!!! Baik aku tunggu encik jack sudah smayang dulu la baru pass kat dia. Biarlah dia membebel aku lambat pun.
Ukur kak, jangan tak ukur!
Kalu mata tak luas camni la kot.
Buas weh dalam keta pun!
Sampai Penang kul 6. Terus tanam pokok. Malas nak tunggu Khamis. Petua tanam pokok berdaun ni kena buat hari khamis baru pokok tumbuh segar bugar. Tapi takpe la. Takut mati terus pulak nak tunggu Khamis. Hari ni baru Isnin. Pokok ambik banyak. Pasu la pulak tak cukup. Tanah pun nak kena beli lagi. 

Payah ada hobi orang kaya ni.

1 comment:

jie @ azie said...

selamat bercucuk tanam..puan blog diva!!!