Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, March 9, 2012

#852 Me Vs Things He Learn From School

Heh, aku ada confession of a broken heart nak buat kat sini. Aku patah hati banyak kali try buat caramel popcorn tak jadi. Popcorn je tu pass la. Nak buat caramel dia selalu failed. Cemano ha? Aku dah berguru dengan youtube dah tengok mat-mat saleh bikin caramel. Tapi hasil nan ado jugak. Frust tau hujan-hujan ni. Ingat nak makan sambil tengok Lola. Kensel.

Buat popcorn dengan dua orang kekanak ribena yang menyerabutkan ni memang menguji skill memasak yang tinggi. Sorang bergayut kat kaki nak berdiri. Sorang lagi bergayut kat kerusi nak tengok sambil tanya itu ini, cuit situ sini. Pffftt!!!! Hasil keserabutan maksima tersebut, habis berasap satu dapur. Susahnya nak makan popcorn!!!!
Popcorn cantiklah. Topping dia yang hancus. Aku memang tak pandai guna gula. Kalu pakai madu as in honey cornflakes tu, pejam mata je aku buat. Cecey.. Tapi madu takde la pulak. Terpaksa la asah skill pakai gula jugak. Gula tak hancur sepenuhnya, tapi dah kering garing dah. Nak curah atas popcorn cemano? Ada sesape buleh ajar aku buat caramel yang cair? Asyik pekat je aku buat. Tak sempat nak curah, dah keras macam batu. 

Bestnya kalu dah pandai buat caramel dia, buleh la buh dalam big bowl snuggle dengan pak aji depan tv tengok Twilight ke.... Kuangkuangkuang.... *budak dua orang ni apa citer
Dah sebulan kot Adam sekolah. Anak aku ni, kalu tanya buat apa kat sekolah, kawan nama apa, cikgu baik ke tak, cikgu pukul ke tak, bukannya dia reti nak cerita. So, memang kitorang no clues la dia belajar cemana kat sekolah. Tanya cikgu pun, cikgu cakap baru-baru lagi. Memang tak tahu la dia cemana kat sekolah.

Lately, aku perasan something. Time dia dok sorang-sorang dia akan 'cerita' pasal kawan dia secara tak langsung. Cuba kalu aku tanya or suruh ulang balik apa dia cakap, terus dia diam senyum-senyum malu. Jangan harap la dia nak bagitau kalu tanya betul-betul. Kalu nak tahu pasal sekolah dia, kena pasang telinga and concentrate betul-betul time dia mumbles sorang-sorang tu.

Semalam, time tengok tv tetiba dia tunjuk basuh tangan hingga ke siku. Mula-mula tak paham pebenda dia buat tu. Maklum la, kekadang auta je lebih kan. Pastu tetiba dengar dia cakap perkataan wuduk.... Oooo.. Cikgu ajar dia ambik wuduk kat sekolah kot. Good, good. Kalu hantar tadika Cina aritu, 3 hari pandai nyanyi Negaraku aje .... Kikikiki...

Lepas tu bila orang sibuk-sibuk tak pedulikan dia, dia ambik kopiah encik Jack, pakai atas kepala then perform solat. Aku terkesima tengok dia solat. Siap takbir, rukuk and sujud with tahyat. Waaaaaa.... Sungguh tak percaya dia dah tahu semua tu. Bukannya tak ajar kat umah. Ajar, tapi he never take seriously. This time semua agak perfect dia buat. Sejuuuuuuk perut aku mengandung kat dia. Tima kasih kepada cikgu dia. Walaupun profession cikgu tadika ni tak glemer dan gaji tak lumayan, tapi besar sumbangannya pada aku dan encik Jack.
Projek balik kampung kan nak cerut pokok hidup kat Panji (harap jadi la, jangan tak jadi pulak). Untuk itu, aku bertungkus-lumus tunggu Zaraa tido lena, keluar berjengket-jengket nak isi tanah dalam pasu-pasu yang aku beli wiken lepas. Taraaaaa... Please meet my baby hatcher---->>>>
Besar gaban la pulak. Kena buat satu pasu tu satu tema masakan. Kalu tema tomyam, satu pasu tu kena squeeze in pokok limau purut, serai, limau nipis. Buleh? Wakakaka... Tapi satu pasu tu aku nak jugak memenuhi nafsu serakah aku tanam hydrangea... Jangan tak berbunga sudah. 

4 comments:

mommyNadia said...

Buat gula hangus untuk caramel,panda ler ambe.tapi gak kalu nak cair,buh air bnyk je la kut.ce tgk recipe garrett popcorn tu ,mana tahu jadik,femes popcorn pn diva. Hihihi.

Apapun my adam same as urs.tak pernah eh dia cite dia blajo ape,kawan name ape.bo layan.bukan jenis kecek bnyk.leloh tnyo,tok se dia jawab eh.tension mommy ;(

raudhah sutrisno said...

Good job Adam!

Cara saya buat caramel utk puding caramel (tak tau la applicable ke tak):
- stgh cawan gula (or depends nak banyak mana) a few drops of water (or takyah air langsung lagi baik).
-put in a non-stick pan, bukak api sederhana, kacau dgn tabah sehingga mereka (butir2 gula) tu cair..bila dah cair + larut semua (clear solution), pelankan sikit api and keep on kacau vigorously la juga so that tak hangus
-teruskan pengacauan sehingga mencapai warna yang dikehendaki
-matikan api..masih lagi kacau2 and curahla mana nak curah..hehehhe..

harap membantu!=)

zahira said...

klong kalo buat caramel kena buat dlm vision. kalo periuk biasa tak sempat nak tuang dah keras.

Anonymous said...

sempat lok ambik gambar masa dio semaye..hehhehe