Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, April 22, 2012

#873 Me Vs The 12 Ugly Unhappy Days

Dah 12 hari Adam tak kareb. Sepatutnya hari ni nak bawak dia pegi trip ke Golok satu family. Atas saranan Puan Menteri, aku batalkan saje hasrat murni nak beli-belah kat sana semata-mata untuk bawak Adam jumpa doktor. Petang karang nak bertolak balik Penang dah kan. Apa-apa hal baik setel sini dulu. Nak kena masuk wad ke, biar tentu kat sini. Bila dah sampai Penang, payah pulak nak arrange pakar-pakar ni.

So, aku split dengan encik Jack. Aku ke hospital bawak Adam. Dia ke Golok beli barang-barang kiriman semua orang. Terpaksa la kan. Bab kesihatan anak ni memang tiada kompromi bagi sape-sape pun.
Cek BP. Puan Menteri kata BP dia macam orang tua. Hihi.
Puan Menteri cakap, kesian takut dia meneran sampai blood shot macam hari tu lagi. So, kitorang bawak dia terus ke unit kecemasan dengan harapan dia dapat dipengsankan dan boleh dikerjakan. Ikutlah nak korek ke nak buat macam mana. Aku serahkan anak aku biar diorang ikhtiarkan la. Memang kalu urut perut dia, rasa ketul-ketul stool. Kesian dia. Tak sanggup tengok dia meneran teruk macam hari tu. Hari tu pun 10 hari tak kareb. This time dah 12 days. Puan Menteri is really worried. Aku lagi la. Dok risau takut dia nak kareb tengah jalan dalam hutan nun lagi.
Lambat jugak nak tunggu doktor cek tuh. Pegi X-ray, tengok stool dia compact  bulat ketul-ketul macam dried figs dalam perut. Sepanjang usus dia lah! Memang dah penuh. Kesian anak aku. Kalu kita orang tua ni pun tak kareb 2-3 hari pun rasa kemain tak selesa. How on earth la usus dia can hold up to 12 days ni. Gelisah  jugak aku ni. Dia makan banyak jugak kat kampung seminggu ni.
Sementara tunggu doktor datang tu, aku rasa aku yang cuak lelebeh. Dalam hati dok tertanya-tanya apa la diorang nak buat kat Adam. Memang simpati la kat anak aku. Kecik-kecik dah went thru all this sort of things. Kalu aku jadi dia pun aku trauma. Nasib baik ada ipod Bos IBM kasi pinjam nak relaxkan dia. Itupun kejap-kejap tanya nak jumpa doktor adik ke? Nak ambik ubat berak bubuh dalam susu ke?
Kat A&E nih, kitorang angkut skali Zaraa dengan Bos IBM. Kalu nak tinggal diorang kat umah, pepehal si Zaraa ni kareb sape nak basuh. Kalu aku tak mai, nanti sape nak pikul Adam incase diorang nak sedate ke apa-apa. Aku kena mai jugak. Budak kecik ni kitorang letak kat bilik menyusu kat A&E. Very comfortable and convenient. Toys pun banyak. Buleh la kasi dia busy sikit sementara tunggu turn tu.
Main kejap, ngantuk tido. Toto baby pun ada disediakan kat sini. Bersih nampak di mata aku. Garfield pun ada. Toys kat sini nampak branded-branded. Kekadang doktor-doktor yang anak dah besar suka contribute toys anak diorang kat hospital. Tengkiu ye doktor-doktor! Suka anak saya main.
Doktor paed mai. 'Cek jalan', (nasib baik tak gelepar kuat-kuat) dia cakap stool tak keras sangat. Cuma besar sebab tu dia takleh nak korek. Nak bius tak berbaloi untuk kes macam ni. Terus call Prof Noorizan yang pernah handle kes Adam ni. Bila review kes budak tak kareb belas-belas hari, tak suka makan, tak suka minum, picky eater-terus Prof tahu sape empunya gerangan. Hahaha... Cucu bos kan.

Doktor kat A&E cakap, takleh buat apa jugak. Dia cakap, bila Adam tak makan, kurang Potassium menyebabkan usus jadi malas. So, stool jadi statik kat situ je la. Usus normal kan bila kita makan, ada pergerakan peristalsis. Dia prescribe lactulose lagi untuk satu minggu ni. If after a week dia still tak kareb, kena bawak pegi hospital. The best way is to let the stool come out itself. Hayo! Aku yang trauma tengok dia meneran nanti.
Sambil tunggu Puan Menteri ambik ubat, biar dia cool down rilek-rilek main sini dulu. Tengok la masterpiece cityboy buat umah. Haha. 
Bos IBM takde keje.
Hampa jugak balik tanpa berjaya buat apa-apa kat dia. Ingatkan buleh la suruh doktor korek time dia pengsan tu. Takde la dia sakit meneran kan. Balik lah ke rumah dengan penuh frast masalah tak setel. Perut dah buncit macam budak Somalia. Jalan pun tertonggek-tonggek. Muka pun kaler dah lain.

Cepatlah kareb Adam oi...

6 comments:

cikgicomel said...

oh my...empati sgt2 ko markodam.aku x kareb sehari pun se'eh doh sero apatah lagi 12days!

Allah hanya akan menguji insan yang betul2 kuat!kalau dia lemah mmg takkan diuji.aku igt tu je la bila terpaksa hadapi byk perkara.kita susah org lain lagi susah.

haih sejak bila aku pandai tulis kata2 bermadah ni?wakakakaka....

Hasnor said...

huhu lamo nya mung dio x berok..
mesti mung penah try dh dih, ubat hok supo kito nk banok tuh, picit dlm punggung tuh, pastu sero nk berok :P huhuhu..

dop pon, ambik hok ubat gula tuh (lepas banok jgk doktor wi)...huhu..

aiyoo..gano tuuuu...arinih berok dop lg?

Blog Diva said...

mah:aku takdok aroh nok raso doh rusing gilo mikir ko dio. wok gi spital, doktor suruh wait n see. call saing2 hok doktor ni, ado oyat gitu, ado oyat gini. sero tak berdaya sgt2.

senor: dok lg stakat ni.xtahu nok wat gano doh. ikhtiar blako doh.ubat masuk ikut punggung tu doktor x rekemen. aku pun takut tear teruk plk kat tpt keluar tu. seriau weh. selagi tak tubik tu slagi tu la rusing gilo ni.

Hasnor said...

oh yo ko...
huhu ado saing aku arituh, dio sembelit, doktor wi ubat tu keh..sbb kita terus sero mulas nk yakkk..
ubat seblom banok tuh..
aku x sure laa kalu taik keras dio jd lembut dulu ko atau tubik keras jgk..

huhuhu..siammm ko adam..
buah2 oren, pisang sumo dio x mkn ko mung?
sabar je la mung dih, bak kata dimah..Allah menguji ore hok kuat2 jah, hok bleh menghadapi..walaupon perit nk menghadapi..huwaaa..

nati kalo aku g paed, aku try tanyo tep laa..
i'allah

Blog Diva said...

senor:anok aku ni tok makei samei. buoh hok sedak tahap gaban pun semo dio juih jah. tah la. putuh aso jgk aku.

Hasnor said...

huhuhuhu...bertabahh lah dih :D