Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, April 17, 2012

#870 Me Vs An Appointment With The Psychologist

Tadi pegi epoimen Adam ngan paed psychologist. Sesambil tunggu turn yang bergerak macam siput tuh, Puan Menteri spelek jumpa doktor Zaraa kat outpatient clinic. Kes gatal-gatal, kepala bersisik tu la. Mija, doktor aku pun oyak eczema jugok. Tapi mula-mula dia cakap kenan ;p *aku suka doktor yang percaya ngan penyakit-penyakit mitos ni. Disebabkan aku cakap Zaraa ni kerap tak sihat batuk demam selsema, doktor request to run blood test. Olololo... Kesian anak aku kena cucuk ambik darah lagi harini. Eh tapi dia tak nanges pun. Terkebil-kebil mata tengok orang ambik darah dia. Cayalah mesi HUSM ni expert ambik darah. Cucuk sekali, terus dapat darah. Budak pun tak sakit la. Result blood test Khamis ni baru tahu. So, doakan semuanya baik ye kawan-kawan. Hopefully problem polycythemia dia tak arise lagi la. Kesian dia.

Setel ambik darah kat outpatient, lari-lari ke clinic paed balik. Nasib baik sebelah klinik aje. Klinik paed harini ramai patient kanak-kanak down syndrome. Mak-mak semua yang agak berusia. Proven la bersalin lepas umur 40an buleh sebabkan anak down syndrome. Heh, pandai-pandai aku je assume. Tapi kan, bila tengok diorang, memang rasa syukur sangat-sangat anak aku ok. Sorang tu, dah setahun lebih, berdiri tak boleh, jalan tak boleh, merangkak pun terhegeh-hegeh, cakap pun tak berbutir. Sorang lagi, umur 6 tahun tapi still pakai diaper. Semua budak down syndrome tadi ada problem sakit jantung. Insaf sangat-sangat bila tengok budak-budak tadi. Ada sorang budak lagi, aku tatau nama penyakit apa. Tapi buat aku teringat kat budak dalam citer Iep! yang pernah tayang kat Astro tu. Muka budak kat klinik tadi macam muka budak ni la. Sakit/sindrom apa ek? Saiz pun kecik berbanding budak usia dia. 
Datang klinik paed ni, macam-macam sakit budak buleh tengok. Kalu dok umah asyik perang ngan anak-anak. Bila datang klinik ni, tengok macam-macam Allah duga parents lain, rasa bertuah sangat-sangat dah aku. Walau anak tak nak menulis, walau anak sembelit type 4, tapi at least anak-anak aku masih follow growth progress macam budak-budak lain. Syukur, syukur.

Eh lupa nak cakap pasal psychologist tu. Takde apa sangat pun input. Semua tips-tips yang dia bagitau aku dah tahu. Tujuan epoimen harini sebab Prof Noorizan la nak suruh jumpa pakar psikologi kanak-kanak tu. Sebab nak tahu jugak kan nape Adam ni tak nak makan sangat. Mana la tahu kot-kot melalui meeting ni dapat satu resolusi macam mana nak tackle selera dia. Semua modal-modal nak spelek anak makan ni, semua aku dah try. Hoho. Apa guna celik IT kan.

Kalu tak try, takut terkilan seksok. Tu aku pegi jugak tu epoimen tadi. Mana tahu kan dia ada pendekatan yang aku tak tahu. Tapi tadi tu masuk jumpa sembang-sembang, kasi kertas suruh lukis gambar makanan, buah, ayam goreng, gambar kereta gitu je. Tanya itu ini sikit-sikit. Doktor sendiri pun surrender. Nothing much to be done to a picky eater like Adam. So, untuk kepuasan hati je la tadi tu. Kang esok-esok orang tanya, tak bawak dia jumpa psychologist ke? Buleh la aku jawab dah. Macam-macam dah ikhtiar. Dah memang dia tak nak makan. What to do.

3 comments:

NikNadimah said...

dr tu bkn serender...tu baru sesi membina hubungan..ada byk kali sesi lagi sebelum smpai proses penamat.hik3x...

Blog Diva said...

mah:serendar lah tu.kalu dok, mesti dio bui tarikh for the next epoimen. lgpn meme betul mung, bab appetite meme takdok caro doh.

MiJa said...

try mu gugel cradle cap.kait2 ngn eczema jgk.zakwan kalu time eczema attack,flare up kt pipi,tgn,kaki.dia alergik to telur,aku pun dh xmkn telur sbb bf keh.aku n hubby ada resdung.hb thp serius.xheran kalu ank ada eczema.
Amik darah utk gapo tu?allergic test ke?
-Mija-