Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 19, 2012

#872 Me Vs Bidan VIP

Tadi balik umah MIL. Sesambil jumpa MIL kusayang tu, sesambil nak berubat kenan si Zaraa ni. MIL bawak kitorang jumpa bidan tersohor Kampung Apal. Dia buat air penawar. Adam pulak dah seminggu tak kareb. MIL suruh bidan itu tolong tengokkan. Dia urut-urut perut Adam. Mula-mula Adam tak nak bekerjasama. Suruh baring tak nak, mengamuk-ngamuk keengganan. Pastu bidan tu urut direct je sambil posisi duduk tu. Lama-lama terlena atas riba Puan Menteri. Senang la nak kerjakan dia pastu.
 
Tok bidan ni memang tersohor. Tapi aku tak paham apasal peberet dia mesti nak pakaikan 'gelang' kat budak-budak. See dalam picture below ni. Tok bidan tengah pintal benang jadi gelang/rantai. Peh, expert menggentel. Kejap je siap.
Kat umah tok bidan ni dia ada jual tit bits untuk budak-budak. Nak tunggu turn (kitorang no2 je pun tapi hazabnya nak tunggu dia sembang) tu berapa ringgit duit MIL melayang sebab dok layan cucu-cucu nak itu ini. Adam macam biasa la. Kecelaruan minda bila tengok junk food banyak-banyak depan mata.
Pot-pet-pot-pet, siap la. Adam dapat gelang, Zaraa pun dapat gelang. Tok bidan cakap, kalu keturunan Nik-Nik, raja-raja, memang kena buat ikut cara dia. Tak boleh ambik mudah. Wakakaka. As a modern thinker, aku dengar je la. Nak terima bulat-bulat, it's baseless kan. No komen.
Adam bila sedar je terus nak tarik rantai dia. Tak selesa je nampak. Nanti la, 3-4 hari lagi aku gunting la. Macam ketat je tengok. Mulut asyik dok suruh bukakan semua benda-benda kat badan dia.
Zaraa. Sebelum balik, MIL bagi dia pegang botol mineral kosong ni. Sampai tertido dia pegang botol ni. Tak lepas-lepas botol dipegangnya.

Milestone? Hihi. Mek ni dah keluar gigi bawah. Hari ni baru nampak. Or perasan. Patut la asyik demam panas sejuk je sepanjang minggu ni. Patut la eksyen benar tak mau moi dah. Asyik nak makan adult food je lately. Alhamdulillah. Gigi dah nak keluar. Mulut makin kuat membebel. Sepanjang hari macam kicau burung kat umah ni. Best suara baby! Baru la seswai nak berjalan. Ni, berjalan dah laju tapi gigi nan ado. Sure pelik kan.

Balik dari MIL's place dah lewat petang. Tak sempat nak pegi jenguk result blood test Zaraa. Supposed pagi tadi pergi ambik result. Hmmm... Ahad ni la kot pulak. Hopefully semua okay Amiiin.

3 comments:

niSamiR said...

Tukang urut aku pun ada bgtau..dia kata kitorg adik bradik ke empat2 kena ceaser sbb x buh kain kuning ats perut.voley gtu?seriau gk..nk caya pun susah.blasah sajork..

niSamiR said...

Btw ada improvement 2 kidos?

Blog Diva said...

takdok pun ;p