Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, April 22, 2012

#874 Me Vs Di Tengah Pekat Malam

Setiap kali dalam long journey, aku selalu tengok orang diduga pancit tayar kereta. Dalam hati sangat simpati, tapi dalam dunia sekarang, macam-macam boleh jadi. Nak tolong orang pun takut. Selalu jugak aku imagine kalu benda macam ni terjadi kat kitorang, macam mana lah ye....

Semalam perkara yang aku takut tu dah benar-benar jadi kenyataan. Bertolak after Asar. Lepas balik dari Golok tu Iron Chef ngan Encik Labu Labi bagitau Encik Jack sakit kepala. So aku pun tak nak la push-push dia suruh cepat-cepat berangkat. Just to play safe biar dia rest dulu baru bertolak.

9.18pm. Tengah laju-laju somewhere after Banding, tetiba tayar terjun lubang. Terus pancit. Tengah-tengah pekat malam, atas bukit dalam hutan. Aku rasa macam sangat-sangat tak percaya benda ni jadi kat kitorang. Atas dasar imuniti apa aku pun tatau. Terus stop keta dalam hutan atas bukit tu. Nak keluarkan tayar spare, kena kosongkan boot dulu. barang pulak sikit nyer penuh dalam bonet hasil belian kat Golok tadi kan. Punggah la keluar semua guni beras, beg kain, isi fridge Puan Menteri. Bawak keluar tayar spare, tengok-tengok takde angin. Sejak beli keta ni memang encik Jack tak penah tengok pun tayar spare ni. Huhu. A terrible mistake ye puan-puan. Time macam ni menyesal pun tidak berguna. Sila jangan ulangi kesilapan ini.

We had no choice. Tayar spare tu la satu-satunya last resort kitorang. Stesen minyak, rumah orang, kedai tayar, tow service semua beratus km lagi agaknya. Nak tak nak, kitorang terpaksa meneruskan perjalanan dengan tayar spare yang takde angin. Cubalah imagine sejam drive kelepek-kelepek-kelepek camtu beserta hazard light. Semua senyap dalam keta. Masing-masing dengan doa yang teringat nak sebut. 

Last-last nampak sign board stesen Shell, 5km ahead. Perasaan nampak sign board tu kan macam 'Orang Nak Bagi Sejuta Ringgit 5km dihadapan' haha. Masing-masing berharap biar sempat la sampai kat stesen tu at least. Buleh la mintak tolong kan. tapi apakan daya, Allah nak uji lagi. Tayar dah keluar bau hangit. Bunyi besi rim bergeser dengan tar makin ketara. Akhirnya keta dah tak mampu diteruskan. Betul-betul depan sign board 'Kg Sira Panas' kitorang side park keta. Memang takleh jalan dah. Dead end.

10.15pm.Semua turun. Pandang kiri kanan cari umah orang nak mintak tolong. Nampak la cerah lampu umah kat bawah gaung tu. Encik Jack pegi ketuk pintu mintak tolong. Memang rasa rendah diri sangat-sangat la time tu. Dalam hati, sangat-sangat mengharapkan ada yang sudi membantu. Kalu orang tak nak tolong pun kita takleh nak cakap apa jugak. Orang pun mesti takut jugak kan nak tolong stranger macam kitorang ni.
Bergerak dengan rim besi tu je atas jalan. Bayangkan.
Tuan umah yang nampak cerah tu datang tolong. Alhamdulillah, Allah bagi jugak kitorang jumpa orang baik-baik. Memang baik hati sangat. Dia suruh kitorang kaum yang lemah ni tunggu kat dalam umah dia. Agaknya dia nampak kot anak-anak aku dalam keta. Bini dia pun datang jemput kitorang ke rumah dia. Beriya dia offer. Kitorang pun tunggu la kat umah dia. Encik Jack dengan laki dia dok ikhtiar cari orang yang boleh pinjamkan tayar. 
Dari pengamatan aku, nampak susah jugak orang ni. Bini dia tengah masak sambal nasik lemak untuk tempahan. Siang hari keje tukang sapu sekolah. Malam masak untuk jualan. Umah dia memang serba kurang la. Aku rasa macam tak percaya ada lagi umah di Malaysia ni tak pakai paip air. Air kat umah ni pakai air bukit je. Time aku ada kat sini, air takde. Nak basuh botol susu budak-budak ni guna air tadahan aje. Huhu sangat la daif. Umah pun separuh siap je. Separuh lagi kat atas ada dinding je, atap takde. Bilik air kat luar rumah. Tandas seketul je. Pintu dapur pakai selak kayu macam zaman dulu-dulu. Very oldskool.
Sepanjang kitorang dok tunggu tayar siap pasang tu, bini dia offer macam-macam just to make us feel comfortable staying at their house. Angkat air, bentang toto kat Zaraa, hidang roti, pasangkan kipas kat kitorang. Nyamuk sangat banyak. Aku kalu buleh tak nak la nampak sangat tak boleh bertoleransi dengan nyamuk-nyamuk gemuk kat umah dia. Tapi kekadang tangan otomatik nak menepis. Takkan aku nak tengok je kan nyamuk sedut darah anak aku. Memang sangat thoughtful la. Dia offer tido kat umah dia aje kalu tak boleh meneruskan perjalanan malam ni. Sebelum ni pun memang dah ramai singgah umah dia mintak tolong since umah dia the nearest house dalam hutan tu. Baik betul sampaikan kitorang pulak naik segan dengan dia. Bukan senang nak cari orang yang baik hati nak tolong walaupun tak pernah kenal.

Tayar keta dia aje yang match dengan keta kitorang. Terpaksa la pinjam tayar mitsubishi gallant dia pasang kat keta encik Jack. Wiken ni terpaksa la pegi hantar semula. Takpe la, janji buleh balik malam ni jugak. Kul 12 baru setel semua dan continue journey. Singgah stesen Shell nak cek tayar tempat cerah, rupanya bukan kitorang je yang pecah tayar, ada lagi mangsa pecah tayar kat tempat yang sama, malam yang sama. Tapi orang tu nasib baik ada driver lori berhenti tolong. Dan dia nasib baik sebab tayar spare dia ada angin and well maintained.

Perjalanan diteruskan. Aku ngan Puan Menteri bergilir-gilir terlelap. Berat sungguh mata. Budak-budak pun dah tido. Kesian encik Jack drive penat sorang-sorang. Aku cuba sedaya-upaya sembang dengan encik Jack takut dia mengantuk. Cukuplah setakat pecah tayar. I don't wish for another mishap. Sampai umah kul 2 pagi. *yawning Sampai je umah, budak-budak dua orang ni segar bugar balik. Huaaaa... Semua orangg dewasa adalah sangat pancit tahap gaban. TIDOLAH WEIIII!!!!
Rim belakang pun belok.
Depan tayar Mitsubishi Gallant, belakang tayar Nissan Sentra.
Alhamdulillah semua dah selamat tiba.

6 comments:

Hasnor said...

isk..scary nyo munggg..
sib baik laa x dok gegapo..huhu..

* aku terus cito ko matno..suh cek tayar spare :D..
kalu jd kt kl pon, naya tuh weh...x nati ko dlm hutan!

Blog Diva said...

senor:hor lah mung.memei menjadi pengajaran la ko semo org. memei kito ni mudoh tok ingat ko bendo hok jrg guno ni. tp takpo, mu gi holiday bukei nge keto sokmo kei. kapatube pilot caro blako doh.

Hasnor said...

hahaha...dop la weh..naik keto supo tulo jgk lass.
adui scary ok!
kalu jd ko aku tu gano..pengsan!

sib baik laaa x jd gapo2 dih..

** ruzain arituh aku lalu siang2 kt tasik banding nk kelik kelatey, tiok selok sejam! aku sero supo dio napok bendo2 kot..

fuuhh..inhale exhale...

wiken ni terus cek!

Blog Diva said...

senor:mu sokmo kelik kb ikut grik ko? tok jauh ko dari ikut gua musang tuh? bakpo mu kelik kot grik?

*byk sungguh pertanyaan daku

Hasnor said...

heheeh...tgk time laa..arituh aku kebetulan dr bukit merah..so aku lalu grik..

hehe..kadey2 kalu musim kelatey jem..aku memey lalu jeli grik..
malas nk sumbat kt gua musang :)

cikgicomel said...

pengalaman tu sebenarnya ada hikmahnya...btul dok?melalui pemerhatian...dan juga pengamatan.alhamdulillah Allah masih beri kita yg lebih baik dpd org lain.

tapi mmey scary weh...doh la mlm buto mujo ado puan menteri.huk3x...

so far aku tgk encik N sebelum long journey mmey ccaro la ko tayar,angin n such nih...sbb aku sdri pun tak penah terpikir semua mendo ni.tahu naik,duduk pahtu sapa tepat nok gi...huhuhu.