Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 12, 2012

#868 Me Vs The Filter

Alhamdulillah. After 6 years getting married baru hari ni ada rezeki pakai water filter. Balik dari jualan gudang Pacific baru ni ada wakil jualan tengah distribute flyers pasal water filter cap X ni. *Malas nak promo jenama apa. Kebetulan wakil jualan ni datang pasang external unit water filter ni kat umah jiran aku sambil-sambil tu dia edarkan la flyers kat umah-umah dalam taman ni.

Elok kitorang keluar dari keta, wakil jualan tu kasi kat tangan terus. Encik Jack tanya serba sikit, then terus setuju. Aku tak tahu-tahu pun dia decide nak beli. Lepas bayar itu ini baru dia bagitau aku. Hari ni baru orang datang pasang. Kitorang ambik yang indoor unit aje. Encik Jack cakap kalu ambik outdoor unit nak salurkan satu umah buat apa. Nanti paip-paip besi tu karat bila dah lama-lama. Baik pasang kat dapur je. Takat nak mandi, nak siram bunga tak perlu air tapis pun takpe kot.

Selama ni untuk air minum kitorang beli je air tapis kat vendor machine tu. Kat kondo dulu senang, ada vendor machine kat dalam. Tak payah susah-susah nak kena start keta cari vendor machine. Kat umah baru ni semua jauh-jauh kalu nak jalan kaki. Dengan keta dekat la. Tapi nak kena drive la. Bila orang datang ramai-ramai, cepat je habis air. Leceh la kan. Dah sampai masa kitorang beli penapis air sendiri.

Sebelum ni dok usya Al-Jabbar. Dengar citer ada promo 50%. Kalu 1K, jadi 500 je. Nak cari Dr Sukida, tatau kat mana. Nak jadi citer jodoh dengan brand X ni, sebab dia datang menyerah je. Haha. Kalu nak harap kitorang pegi cari, lambat la sket kot.

Lepas ni tak payah susah-susah keluar pegi beli air dah. Anytime nak air, tadah je. Hoho. Alhamdulillah... Sebelum ni pernah koya jugak nak pakai brand ni. First introduced melalui rancangan hiasan dalaman rumah. Dalam hati terdetik bestnya kalu menatang ni ada kat umah aku. After 6 years, akhirnya belongs to us jugak. Kalu dah tertulis rezeki kitorang, akhirnya menjadi nyata jugak. 

Recent update pasal Zaraa. She's still scrathing her forehead and kepala. Pipi dan atas hidung dah kasar kemerah-merahan. No sign of disappearing yet. Poor girl. Hari ni makan biskut hi fibre Jacobs aje. She welcomes medicine very well instead.

Oh susahnya nak transfer gambar skang ni. My card reader dah tak nak berjasa agaknya. Keluar baru ni asyik lupa nak beli lain. Benda bukannya mahal sangat. Huhu... It's time untuk tukar baru. Dah banyak tahun guna. Kena set reminder dalam henpon gamaknya.

2 comments:

mem fiza said...

haha,harap2 bukan elken..aku benci kat org desperate nak jual product..pastu kata bio aura guna babi dlm filter..semedangkan terang2 dah ada sijil halal.. xde unsur binatang tu..

Blog Diva said...

madu:haha.elken? hoho, nasib baik bukan. ala, cap biasa-biasa je. yang penting ada air pns, air sejuk ;p