Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, April 6, 2012

#864 Me Vs Hantu Tepung Gomak

Semalam pegi klinik lagi. Zaraa demam and naik banyak rashes. Nappy rash, kat lutut ada bijik-bijik air. Kat perut, atas belakang etc etc... Doktor cakap bukan chicken pox, bukan measles. Bukan denggi. Alhamdulillah. Suhu badan 38. Itupun dah home treatment dua kali sebelum pegi klinik. Turun sekejap je, then naik balik. Tapi tuan empunya body adalah sangat aktif ligat di sekeliling rumah. Memerap pun aktif jugak.
Ni semua gambar kelmarin. Memang tak pakaikan seluar kat dia sebab rashes tu la. Doktor pun suruh bukak semua yang boleh. Tapi aku ni jenis yang tak biasa nak biarkan anak tertogel-togel tak pakai baju. Orang tua-tua cakap, takut sejuk dada. Sejuk kaki takpe ;p Kesian dia, habis merah-merah atas bontot, kat depan, celah kangkang. Poor baby. Mesti sakit. *berimaginasi
Hasil pegi klinik semalam, dapat sekarung lagi ubat. Ubat selsema, batuk + kahak, antibiotik, ubat sapu gatal (macam air kapur tuh), ubat demam. Makin penuh la pintu fridge aku dengan ubat anak-anak. Orang bangga kumpul fridge magnet. Aku kumpul ubat anak. Ko ado? Pagi ni lepas mandikan Zaraa, terus sapu Calamine lotion satu badan. Dah rashes pun satu badan kan. Rupa pun dah macam hantu tepung gomak. Versi comel. Haih, cepatlah sembuh. Kesian merah-merah sana sini, bijik-bijik sana sini.
Demam-demam pun, membuas macam biasa. Korek bakul toys sampai jatuh tertonggeng dalam bakul haha. Tapi muka menten inesen. 
Demam ni buat dia tak lalu makan. Suap nasi tak habis pun. Doktor cakap kena stop bagi meaty food kat dia dulu. Kalu nak buat moi, bubuh sayur je dulu sampai rashes dia hilang. Takut gatal allergy ke apa. Kebetulan, kelmarin aku try suap pear and apple kat dia. Hi tea la konon kan. Orang lain makan keropok lekor, dia pap-pap-pap mulut nak jugak. So, suap fruit puree je la kat dia.
Cara aku mudah aje. Potong satu per empat epal dengan pear  Ni edisi percubaan aje. Nak tahu dia suka ke tak. Then, peel the skin off. Stim dalam periuk sampai buah empuk. Keluarkan dan parut. (nak blend sikit sangat kan)
Hasilnya... I still get the smooth consistency. Bergoyang-goyang Zaraa kepelikan dengan rasa puree ni. Selalu aku bagi pisang dengan pumpkin aje. Nak bagi mango puree, takut batuk pulak. Zaraa makan tak banyak sangat. Terkejut lagi kot dengan kesedapan puri ni. Kena bagi masa sikit kat dia nak biasakan diri dengan rasa yang baru ni. Slow-slow lah ye. Ehem, dia tak habis, aku sudi tolong habiskan. Memang sedap!

Buat aku teringat kat apple pie Dave's Deli aje. *drooling

3 comments:

rzahira said...

kesiannya Zaraa...igtkan nappy rash kat area bontot jer...1 badan pun boleh kena ek?

Blog Diva said...

kaklong:bukan nappy rash la kot. more to food/ env allergy.tp yg dalam pampers tu yang teruk skali.

mem fiza said...

Mek Teh..kena standby ubat demam yg masuk ikut bontot..last monday Farhana demam..sampai 38.9 degree.terus aku mintak Dr Kamal Fasha tu masuk ubat kat bontot..sejuk terus bdn.. calamine tu okey..tp lmbt sikit nak ilang rashes..jgn bg berpeluh sgt + slalu mandi je bg ilang miang...