Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, April 12, 2012

#867 Me Vs Her Itchiness

Dah 2,3 hari Zaraa dok menggaru muka, kepala. Is something wrong with her? Hari mula-mula jadi tuh aku ingatkan dia gatal-gatal biasa je. Kes merah-merah minggu lepas dah setel. Habis yang tu, dia start demam balik 2,3 hari ni beserta garu-menggaru yang lebih extensive. Semalam sampai berdarah kulit kepala dicakar, digaru, ditarik rambut. Why eh? Panas badan pun lambat turun. After 2 hours taken the meds, the temp still not going down. Risau weh.

Dah dekat seminggu anak dara aku ni tak pakai baju kat umah. Tertogel-togel di siang hari. Setel la masalah berbijik-bijik yang buat aku paranoidkan HFMD, but alhamdulillah bukan. Better paranoid than in denial right? Semalam kemuncak kegatalan dia, aku terpaksa pakaikan plus size mitten kat dia. Kesian sangat. Habis berdarah kepala kalu aku biar. Tak larat nak halang tangan dia dari garu dan tarik rambut. Kesian sangat-sangat. What is wrong with her. Ajak pegi klinik, encik Jack kata apa doktor buleh buat jugak. Haih payah cakap dengan orang pandai ni.

Time dia tido aku potong kuku dia siap-siap. Bila pakaikan mitten ni, memang berjaya la halang dia mencederakan kulit kepala dia. Tapi kalu dah merangkak situ sini dok lap lantai pastu dok jilat-jilat, kotor la pulak. Aiseh.

Muka dah 2 hari merah-merah. Macam freckles pun ye. Tapi warna merah macam rashes. Dari leher, telinga sampai atas kepala. Body and kaki takde pape. Apa la punya penyakit ni? Nak kata silap makan, memang dia tak nak makan dalam seminggu ni. Suap apa pun semua dia tutup mulut kemas-kemas tak kasi orang suap. Ubat je dia nak makan. Bubur memang out la. Kasi fruit puree pun dia tak nak. Kalu makan pun biskut rusk dia tu je. Memang kecik la dia minggu ni. Haih.... Memang tak seronok la bila suap semua dia reject.  Asyik buang je bubur minggu ni. Susu pun dia tak berapa nak jugak. Lagi la dehydrated.
Antibiotik dah habis. Bila demam nak baik ni. Aku dah nak saspek measles pulak ni. Aku tengah consider nak chop off her hair. Kesian dia dok tergaru-garu sampai menyakitkan diri sendiri. Nanti panjang la balik rambut tu.

6 comments:

aThidEaN said...

dear, bawa gi jumpa paed la.
measles maybe.tp measles xgatal pun

mommyNadia said...

ala siannye..
anak2 nadia pun jenis suka menggaru tahap menggila punye..
serabut kadang2..Ryan sekarang ni merah duk garu belakang tekok dia..org ingat mcm kena dera pun ade..
nadia pernah one time bagi Adam pakai stokin kt tangan sb mitten dak muat dah..time malam tido, garu tak sedar diri..
finally find out, adam sensitif skin,sabun baju pun boleh effect kalau pakai sabun biasa..adoiilah!

mama ct said...

mek...bawa jumpa peads mek.. sebab ada fever,refuse feeding and severe itchiness....camon mek...pujuk jack sparrow tu...umpan harta karun!!!

Blog Diva said...

athidean:nak cari paeds kat sini yg reliable pun satu hal.duit pun satu hal.stakat panel tu buleh la gagahkan diri pegi. huhu.

nadia:urs too,seriesly? kesian kan tgk dia garu2..i thought sbb sabun basuh jugak la. mybe sometimes i put too much detergen who knows kan. hmmm...nice idea jgk pakaikan stokin kat tgn. i dok pikir jgk mana nak cari mitten bsr utk muat tgn dia. yg dlm gmbr tu ngam2 je. but still, nak la 2-3 psg kan. buleh gilir2 cuci.benda ni kan senang kotor.

ct:haha.harta karun? kahkahkah.lucu la mu ni.

Anonymous said...

jgn jd doc sendiri..bawa gi jumpa paed as yr friend suggested. kesian budak. kita org tua pun seksa gatal2. jgn gi klinik biasa .sedih pulak kalau dgr the lil one sakit.kalu dia sakit teh koho sakit duk menjaga dia.

penang tak leh call taxi mcm kat kl ke?
-kakak-

Anonymous said...

teh..zara tok ngamuk suh buko mitten ko ? hehhee comei tgk dio pakai mitten

eh nanti kakak tinggalkan her hair clips kat kb deh! coz u coming back later kan
-kakak-