Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, April 3, 2012

#863 Me Vs Huru-Hara Hari Ini

This is a quick update. Budak 2 orang tu tengah tido. Anytime buleh terjaga. Tak padan makan ubat batuk 2 das dah hari ni. Kul 4 baru nak tumbang!

Kelmarin Encik Jack ambik off. Saje lepak-lepak kat umah. Kelmarin jugak we noticed that mata Adam tak putih macam biasa. Reddish sikit nampak. Bawak pegi klinik doktor memang cakap ada infection. Baru nak jadi sakit mata lah tu. Hari ni jugak Adam start batuk-batuk kering. Baru nak rasa rilek dua tiga minggu budak 2 orang ni bebas penyakit, dah kena balik. Doktor tak bagi pegi skolah for 3 days. Biar mata dah okay baru buleh pegi.

Hasilnya, hari ini adalah sangat huru-hara. Trust me, aku lebih suka dia pegi skolah dari dok umah jadi sparring partner aku. Ada-ada aje nak kasi darah aku mendidih. Noti sangat skang. Makin dilarang, makin dibuat-buat. Macam sesaje je nak cabar ke-cool-an aku. Naik jugaklah tangan 4,5 kali hari ni. Tu pun takde tanda dia nak insaf. Serabut giler. Keje banyak nak buat, tapi kalu dia ada memang makin banyak la takleh buat. Zaraa pun tak tido lama kalu dia ada. Satu taman ni 2,3 hari ni dok dengar ngauman aku je la kot.  Tensi, tensi. Tensi giler!

Zaraa pulak dah berhingus hari ni. Huk aloh, baru je nak naik body, dah sakit pulak dah. Nak buat isolation budak 2 orang ni memang mustahil la. Adam will find a way to be near her. Dok dekat kalu main baik-baik takpe jugak. Ni, ada aje nak diusik adiknya. Bila dekat, adik mesti nangis. Mana la aku tak mengaum. 

Astro pun satu hal. Habis Secret Garden, ganti ngan Midas pulak. Huk aloh. Kalu citer Filipina memang aku dah tak setia dah. Citer Jang Hyuk ni sayang pulak aku nak lepas. (walaupun semua citer yang dia berlakon ending macam t*hi) Hahaha.... Kul 3 berkejar nak tengok Lola pulak. Dah la kelmarin miss, sebab menunggu berjam kat klinik. Benci betul. Dekat-dekat nak ending kalu termiss satu episod adalah sangat menterkilankan. Spanish telenovela buleh tengok online ke? With English subs? Cepatlah habis Lola. Aku dah tak kuasa nak terjebak lagi. Hopefully yang ganti adalah citer Filipina. Aku tak minat. Buleh la menjauhkan diri. Kesian jugak kat Adam. Aku mana layan sape-sape kalu dah terjebak ni.

Budak rambut bunga kobis ni pun buleh berkira jugak skang. Kalu aku ada dekat, dia buat dek je. Bila angkat kaki nak buat keje/masak, mula la dia memerap. Modus operandi adalah menangis sekuat hati siap growling sambil bergayut kat kaki aku. Kadang-kadang siap lepas tangan lagi berdrama air mata mintak diangkat. Ibu kepada kanak-kanak sebegini seharusnya dikurniakan 4 tangan. 

Breastfeeding journey aku dah tiba di penghujung jalan agaknya. Ataupun sebab terlampau stress dengan semua orang sampai susu makin deplete. Aku pun dah jarang bf dia skang. Tensi pun ye. Bila bagi, dok kepit ngan gusi sambil heret-heret ikut mana kepala dia nak kalih. Ingat chewing gum  ke apa.

Baby 8 bulan memang dah patut start kareb hard stool ek? Cik Mek aku ni dah banyak hari kareb stail gitu. Ke sebab dah tak breastfeed? Ke sebab tukar susu? Ke sebab aku bagi makan bubur pekat-pekat kurang berair? Jangan la sembelit gaya Adam. Tak larat dah episod sembelit-sembelit ni. 

Nak masak baby food apa ek karang? Stok nasik Zaraa dah abis tadi. Tinggal pumpkin puree aje. Kelmarin ke Tesco beli apples and pears. Any idea mommies?

5 comments:

mommyNadia said...

apple ngan pears tu sodap!!;)
sakit nye lah kalau dah buat pe chewing gum tu kan.Nadia kalau Ryan nak wak aksi gitu,cubit selalu,sakit wehhh!!!

bubur sup ayam pun sedap tu utk zaraa ;)

Blog Diva said...

nadia:apple n pear tu stim dulu ke buat mentah2?

memang sakit arr..tu rasa macam mls je nak bagi dia skang. lgpn susu pun dah nak kering loni.

u buat bubur buh garam tak nadia?

Anonymous said...

kesiannye..wish i am nearer..leh tolong2..huhuhuhu i'm sorry.
be strong Allah know u can go thru all those & besar ganjarannye.
kakak doa all cepat sihat!

Anonymous said...

http://www.homemade-baby-food-recipes.com/


Apple baby food - Chicken and Apple Dinner (7 months+)

1 boneless, skinless chicken breast (chopped)
1 apple, cored and diced
1 small sweet potato
4oz (1/2 cup) courgette/zucchini, chopped
16 fl oz (2 cups) homemade (or low sodium) chicken stock
tiny pinch of cinnamon

1)Peel and dice the sweet potato.
2)Bring the stock to a boil in a saucepan.
3)Add the chopped chicken, lower the heat and simmer for 10 mins.
4)Add the sweet potato and apple cubes and simmer for another 10 mins.
5)Add the chopped courgette/zucchini and cook for a final 5 mins, until the sweet potato is fork tender.
6)Puree or chop well, then sprinkle with cinnamon and serve.

-kakak-

Anonymous said...

heya tehsuraya.blogspot.com admin discovered your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer most cost effective backlink service Take care. Jason